Showing posts with label Sate. Show all posts
Showing posts with label Sate. Show all posts

Thursday, 13 August 2020

Aidll Adha 2020

Assalamm...
Sudah dua kali kita menyambut raya pada waktu PKP dan kedua-duanya sangat berbeza daripada tahun-tahun lepas.  Raya puasa sambut di rumah sendiri sebab rentas negeri tidak dibenarkan, ketentuannya mertua dari kampung yang datang sambut raya dengan kami sebab pak mertua ada masalah kesihatan dan perlu dirujuk ke PPUM segera.  Bermula dari situ lah yang ayah kena hd 3 kali seminggu dan tinggal bersama kami hampir 2 bulan sementara menguruskan segala dokumen, dan menguruskan tempat hd baru berdekatan di Jerantut.  Seminggu sebelum Aidil Adha, urusan ayah telah selesai dan beliau dapat hd di Jerantut dan kami pun plan nak balik beraya di Pahang, berkumpul dengan adik-beradik yang boleh balik beraya.  Hanya 4 orang daripada 7 beradik en.Abe yang dapat berkumpul dan kami balik 2 hari sebelum raya.  Macam biasalah jalan raya musim perayaan ke pantai timur tu sesaknya luar biasa walaupun kami melalui jalan lama, dini hari baru sampai rumah. 

Sehari sebelum raya, mertua ke pekan untuk membeli barang-barang untuk masak-masak raya petang dan malam nanti.  Sarapan nasi berlauk pagi tu untuk yang tidak puasa sunat sebelum mulakan operasi cuci dan kemas rumah.  Rumah ditinggal hampir 2 bulan macam-macam hal berlaku, paip air bocor menyebabkan dinding dan siling dapur serta satu bilik berkulat serta serangan anai-anai pada perabut di bilik tidur.  Minggu lepas balik hantar barang sempat kemas sikit dan buang perabot yang terjejas.  Katil dan almari baju jadi mangsa dan tidak dapat diselamatkan terpaksa dibuang dan dibakar.  Ini tengah diy buat rangka katil sementara pagi itu.


Sebelah petang saya ambil tugasan cuci ayam dan sediakan bahan-bahan nak masak-masak raya sebab dah tak larat teruskan mengemas bersama adik.  Mertua yang ambil alih tugas memasak untuk juadah buka puasa dan makan malam petang tu.  Rehat-rehat selepas makan malam, masing-masing ambil tugasan, saya tolong  mertua buat tapai, permintaan last minute daripada cik aji (bonda ustad dasuki) minta dibuatkan tapai 2 kilo yang dibungkus dengan daun getah, tapai untuk rumah ini dah buat semalam.  Peluang yang bagus sebab sebelum ini memang tak pernah lagi tengok cara balut tapai guna daun getah, selalu mertua guna daun pisang ataupun letak dalam container kecil.  Aktiviti mengemas sambung esok lagi dan yang lain tolong cucuk sate.


Daun getah yang telah dibersihkan, perlu betul-betul kering sebelum digunakan untuk membungkus tapai.  Itu tips supaya tapai tak merah kata mak mertua.


Percubaan pertama, asyik nak cari daun getah yang besar sebab boleh letak pulut banyak-banyak dan senang nak lipat.  Asyik mengelat je kerjanya, tapi mereka lagi mengelat kata tak pandai bungkus tapai dan pulut lepo.


Hasilnya ada yang kembung dan merekah sebab terlalu banyak pulut.  Hantam saja lah labu, dah dekat tengah malam masa tu dan ada 2 kilo pulut lagi masih menunggu giliran untuk buat pulut lepo minta dibungkus. 


Pagi raya, tiada yang pergi sholat raya, orang perempuan tak dibenarkan sholat di masjid kampung.  Ayah ada hd pagi itu di Jerantut, kami bertiga teruskan berkemas lagi, nasib lah raya PKP tiada orang datang berziarah, pagi raya rumah macam tongkang pecah.  Dekat tengahari sepupu call nak datang beraya lepas jumaat, speed mengemas terpaksa dilajukan harap dapat settled sebelum mereka sampai.  Standby susun kerusi dan meja di garage sekiranya mengemas tak boleh siap, boleh lah mereka duduk dan makan di situ nanti.  Alhamdulillah petang tu sempat semuanya dan ayah pun sempat balik dari hd sebelum mereka datang, dapatlah sembang santai-santai sambil menikmati juadah bersama.


Sebelah malam, santai adik beradik bakar-bakar sate.  Sendiri perap, sendiri cucuk, sendiri bakar dan sendiri makan.  Saja nak rasa bagaimana jika sediakan sendiri, projek bakar lemang tidak dapat dilaksanakan sebab ada tugas yang lebih penting, sudahnya beras pulut dan kelapa hantar ke rumah pak itam.  Malam raya pak itam call datang ambil lemang, hehehehe.  Malam tu tidur awal sikit sebab plan kami 4 orang nak bertolak ke Kota Bahru jam 5.


Terbabas waktu nak bertolak 5 pagi, semua tak sedar jam loceng bunyi, alih-alih dengar azan subuh.  Jam 7 lebih sikit kami bertolak ke KB pagi itu, perjalanan balik hari semata-mata nak hadiri majlis kesyukuran sepupu kahwin.  Dalam benak asyik terfikir tak jem ker dalam perjalanan.  Pergi sesak sedikit terutama kawasan dekat pekan, dapat sampai KB jam 1 tenghari.  Sedang elok lah perut pun dah lapar kan, terus je boleh makan?


Mak ngah terima menantu orang Sibu Sarawak, selamat untuk Hazman dan Humairah.  Bagi peluang chek berjumpa adik-beradik dia yang lain di rumah kenduri saja, abang dah siapkan jadual sebelum jam 4 kena gerak balik untuk elakkan kesesakkan sebab masa datang pun dah nampak kenderaan bertali arus keluar dari kelantan.  Siap urusan, kami gerak balik dalam 4.15 petang, nampak mereka bungkuskan bekalan gulai atau lauk.  Kesesakan memang dah dijangka dibanyak kawasan, redho saja lah dan kami sampai rumah (Batu Balai) pada jam 2 pagi.

Esoknya sambung lagi cuci rumah sampai ke petang.  Kali ini cuci rumah sungai pula, mertua ada 2 rumah jika tak banjir duduk rumah dekat sungai, masa banjir pindah duduk rumah dalam kebun.  Banjir bulan 6 hari tu agak tinggi hingga cecah lantai, dah berapa bulan tak dibersihkan, selut dan tanah pun dah mengeras.  Selesai cuci 2 buah rumah terus rasa ada hati boleh offer service cuci rumah lepas ini, hahaha.  Malam tu tangguh balik PJ, nak rehatkan kaki, lagi pun tengah jem sangat tu tengok update pengguna jalan raya, balik esok pagi lah.
Wassalam.

Saturday, 8 September 2018

Willy Sate, Kajang

Assalam...
Sejak dijamu sate sedap ketika berkunjung ke rumah kawan umrah di Kajang tahun lepas, masih teringat-ingat kesedapan sate itu.  Kawan tu bagi tahu sate yang mereka jamu kami itu mereka beli daripada stall Sate Willy yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.  Memandangkan tetamu petang tu semua dari luar daerah dan mereka menetap di Kajang,  sepakat suami isteri menyajikan makanan yang terkenal di Kajang kepada tetamu.  

Beberapa kali nak pergi mencari Sate Willy ni, tetapi asyik tak menjadi, macam jauh, ending makan je sate yang dekat-dekat sini.  Kebetulan minggu lepas hantar adik balik Putrajaya, petang tu kami corner sekejap masuk Kajang mencari Sate Willy.


Kami pergi medan selera tepi highway SKVE tu, Sungai Ramai Foodcourt tak silap nama tempat tu.  Tak masuk pun sampai ke bandar Kajang sebab sini lebih mudah nak patah balik ke Putrajaya.


Tempat ini macam happening sangat nak cari makan, banyak gerai yang menyajikan macam-macam makanan.  Tinggal pilih dan order saja.  Sistem order di sini macam warung sate yang lain buat order, bayar dan nyatakan nombor meja nanti mereka akan hantar bila pesanan dah siap.


Sebelum keluar dari rumah tadi dah minum petang, jadi kami hanya order sate 25 cucuk, 2 ketul nasi impit dan minuman.  Hajat nak makan sate kambing, tapi dah habis pula.  Ramai sangat agaknya penggemar sate kambing lagi pun musim cuti mesti ramai yang datang cari makan di sini.

Nasib baik tak ikutkan sangat sifat tamak ketika nampak makanan.  Sebelum makan dah tanya adik jika nak tambah apa-apa sebab macam sikit jer kan sate untuk 3 orang tu.  Kesudahannya termengah-mengah nak habiskan sate tu.  Hari ini dan esok lusa cuti kan panjang, boleh lah sesiapa nak bawa kawan-kawan atau keluarga makan sate kat sini.  
Wassalam.

Thursday, 28 September 2017

Naik MRT & Sate Kajang


Assalam...
Sahabat baik saya, dia ini dalam kategori sahabat dunia akhirat.  Dia tahu pasal saya luar dan dalam, dah lalu zaman susah senang bersama (Alhamdulillah dia dah cukup senang sekarang, saya je belum lagi).  Tapi tak kisah lah tu, dia senang saya pun turut merasa tempiasnya.  Hasrat dia nak datang KL berdua dengan anaknya, nak pergi naik LRT & nak makan Sate Kajang.


So sebelum hari yang dijanjikan, saya pergi servay dulu jalan nak pergi tempat Sate Kajang tu dengan menaiki MRT.  Sebab sendiri pun belum pernah lagi naik MRT sejak ianya dilancarkan pada penghujung tahun lepas (2016).  Menaiki train dari stesen muzium negara, (conecting stesen dengan Kelana Jaya LRT, di stesen KL Sentral) ke stesen last di Kajang dan patah balik ke Stesen Sungai Buloh.  Balik dari Sungai Buloh turun stesen Bandar Utama, hentian terdekat dengan rumah.


Petang sabtu tu, kami park kereta di Bandar Utama menuju ke Stadium Kajang.  Nak pergi makan sate, nak pergi makan sate.  Excited sungguh makcik, nak imbas kenangan lama lah tu.


Cap ibu dan anak yang sangat riang menaiki MRT, datang dari jauh tu dua beranak ini semata-mata nak naik MRT.   Saya cerita kat anak tu, dulu umi awak buat tesis pasal rangkaian aliran keretapi di Lembah Klang ini, lepas ini awak boleh lah buat revision sebab dulu masa umi awak buat paperwork dia tu, baru ada komuter dan lrt saja.


Stesen hentian kami, adalah Stadium Kajang.  Bau yang sate yang semerbak sebaik saja keluar daripada train.  Sebelum kami menuju ke Sate Hj Samuri tu, kami selesaikan dulu tanggujawab yang perlu dilaksanakan di surau dan bilik air stesen.


Petang sabtu, malam minggu, ujung minggu, hari dan waktu orang ramai keluar mencari makan bersama dengan keluarga.  Cukup ramai manusia di situ, tawaf beberapa kali, turun naik ke tingkat atas mencari meja kosong, nan hado.  Yang dapat meja pun, kena tunggu lebih kurang sejam baru dapat ayang yang mereka order.  Mood terus kelaut masa tu, tapi 2 beranak ini bersemangat nak makan sate, maka beraturlah nak beli bungkus balik makan kat rumah. 


Pasrah jelah sebab tak dapat meja, tempat duduk nak menunggu pun  takde, jadi saya panjat kereta kuda yang takde kuda, diorang buat hiasan depan kedai.  Bad mood tiba-tiba sebab rasa tak menjadi plan kami malam tu.  Selepas 2 beranak tu dapat bungkusan sate dan air, mereka pun ikut macam saya naik ke kereta kuda.  Buka bungkusan dan kami menikmati sate di atas kereta kuda.  Dapat makan sate mood terus kembali ceria. 


Tak fikir dah pasal jelingan daripada pengunjung lain.  Yang penting kami happy makan sate atas kereta kuda, rasa macam kami je yang ada kat situ.  Mungkin sebab tengok kami seronok kat atas tu, ramai juga yang berganti-ganti naik ambil gambar kat kereta kuda yang takde kuda.
Wassalam.

Tuesday, 20 September 2016

Sate Sepitang, Sabah


Assalam...
Orang kata, kalau sudah sampai di pekan Sepitang, jangan lupa mencuba satenya.  Sepitang itu di mana? alamak opps ada yang tak tahu Sepitang itu di mana, di Sabah bah.  Terletak di kawasan pedalaman atas yang merupakan daerah yang bersempadan dengan daerah Lawas di Sarawak.  Terus pada topik asal nak makan sate, antara list to do bila sampai ke sini ketika roadtrip hari itu.  Gerai sate banyak di food court tepi laut, di kawasan water front tu.  


Sebab ada orang dah syorkan makan di satu gerai itu, jadi kami terus saja menuju ke sana tanpa mempedulikan pelawaaan daripada pengerai yang lain.


Saya lebih suka makan yang ini, sayap panggang (sayap panggilan orang Sabah untuk kepak ayam).  Memang sedap sangat pada tekak saya sayap yang dijual di sini.


Kuah kacang untuk sate, kuah kacangnya agak cair dan halus.  Tak nampaklah ketul-ketul kacang tanah dalam tu, macam kuah sate yang di Semenanjung ini.


Side order, ketupat yang comel-comel.  Rasanya pembalut tu bukan dari daun kelapa.  Tebal dan keras semacam je.


Selera tak tengok tungking panggang ini? antara hidangan terlaris di sini.  Geng-geng saya pun attack yang ini dulu berbanding sate.  Ada petua kata, kalau tak cukup mancung boleh amalkan makan tungking ayam, tapi saya tak makan sebab perasan dah cukup mancung walaupun hidung tetaplah pesek. 


Bulih tahan ini sumandak makan sampai licin semuanya.  Lapar gilak bengkali diorang ini?


Harga per stick


Banyak sebenarnya gerai makan di sini yang menjual pelbagai makanan selain menjual sate, jadi kalau ada orang yang tak suka sate tu still boleh menjamu selera.  Tetapi sebab terkenal dengan sate, jadi kami mencari gerai Sate Warisan Kita ini.


Kami makan sate di sini, hasil rekomendasi oleh sahabat fitri originality orang Sipitang.  Not bad, lain kali boleh datang lagi.
Wassalam.