Showing posts with label Kanser Fighter. Show all posts
Showing posts with label Kanser Fighter. Show all posts

Monday, 23 March 2020

Damailah Mak Teh

Assalamm...
Innalillahi wainnailahirojiun, sebaik mendengar berita Mak Teh sudah kembali ke Rahmatullah, mesej pemberitahuan jam 6 pagi di phone Nadia tak sedar sebab semua kepenatan balik lewat dari hospital malam sebelumnya.  Malam tu semua tidur lewat dan kepenatan terutama ayah yang memang kurang sihat, setiba dari kampung, abang bawa ke hospital untuk melawat mak teh yang kritikal waktu itu.  Digagahkan juga tenaga tuanya demi melawat adik perempuan tunggalnya atas nasihat kami semua. 


Mak Teh kembali kepada penciptanya waktu subuh hari jumaat, waktunya sama dengan arwah bapak hari tu.  Ya Allah satu demi satu orang-orang pinjamanMu yang Kau tarik balik Ya Allah.  Urusan pemandian jenazah diuruskan di bilik mayat Seremban kemudian dihantar ke Masjid Bandar Springhill Senawang untuk di sholatkan selepas sholat Jumaat.


Masih tertanya-tanya siapa kah gerangannya anak yang Allah hantarkan hari tu.  Bermadah tidak seperti usianya, membuat aku berperasangka yang bukan-bukan.  Maaf makcik lupa tanya nama, semoga Allah merahmatimu selalu nak, terima kasih sudi sedekah kan bacaan Yasin untuk arwah mak Teh.


Sayu tengok atok yang datang dari jauh pada hari pengkebumian mak teh.  Kurdat tuanya masih boleh dia gagahkan ke sana ke mari demi anak cucu.  Semoga Allah berkati umur dan kurniakan kesihatan pada atok.



Damailah mak teh dipersemadian terakhirmu, berehatlah daripada urusan dunia dan derita dari kanser scoma.  Allah Ya Razak Ya Rahim kurniakan roh mak teh tempat terindah bersama-sama para solihin.,,Amin amin Ya Rabb.
Wassalam.

Monday, 3 February 2020

Syafakillah Untuk Mak Teh.

Assalam....
Mak Teh, ibu saudara en.suami di diagnose mengidap kanser sarcoma tahap 4, mulanya ramai yang menjangkakan kanser lymphoma kerana bengkak dan benjolan yang timbul dibahagian leher.  Kehidupan seorang yang sihat dan ceria selama ini, tiba-tiba bertukar 360 darjah setelah mengalami sakit sekitar 3 bulan yang lalu.  Mula-mula bengkak biasa seperti beguk di leher dan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital Seremban.  Peringkat permulaan beberapa saringan kesihatan dan ujian darah dilakukan tetapi masih tidak dapat mengesan sakit yang dihidapi.  Bahagian leher terus membengkak dan menyukarkan untuk menoleh ke kiri atau ke kanan, baru doktor sarankan untuk membuat ujian biopsi dengan mengambil sedikit tisu di bahagian bengkak.  Mak teh buat scan di KL sebab peralatan di hospital sebelum ini tak complete untuk tentukan tahap kanser dan rawatan susulan yang sesuai.  
 
Kami datang melawat di IKN Putrajaya selepas mak teh menjalani rawatan kimoterapi.  Nampak sangat keadaan mak teh lemah dan perlu ditempatkan di ward beberapa hari sebelum dibenarkan balik.  Sempat suapkan makanan dan borak-borak dengan dia, dia tanya resepi buat bubur yang dia makan.  Sedih melihat keadaan dia sebenarnya, tapi kena tahan jangan nangis, kita yang sihat kena bagi semangat pada dia.  setiap kali jumpa mak teh tak lupa minta kita doakan dia.

"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"
Artinya: Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.  Amin, amin yarabbal alamin. 


Minggu depan mak teh kena buat kimo kali kedua di IKN lagi, semoga mak teh terus kuat dan sihat selepas ini.  Amin.  Tolong doakan mak teh saya ya sihat semula.
Wassalam.