Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Tuesday, 24 March 2020

Sotong Tin, Tumis Caca Marba.

Assalamm...
Sesekali layan makanan dalam tin untuk tukar-tukar selera, yang menjadi pilihan selalunya sardin cap ayam saja.  Kita tukar kali ini sotong tin pulak, ramai penggemar sotong kata sedap sotong tin, jadi kami pun nak try.  Nak cuba hidangkan kepada si penggemar sotong, dia boleh terima ke tak.  Kalau dia suka boleh lah buat stok sesekali, jika buntu nak sediakan lauk apa, hidangkan saja yang ini. 


Sebenarnya kami memang jarang makan lauk-lauk dalam tin begini selain sardin.  Salah satu sebab kita masih mudah nak dapatkan bekalan makanan laut yang segar di pasar atau kedai runcit.  Saya pun takde idea nak masak apa sotong tu, tapi kalau boleh nak masak cara yang mudah.


Kami jumpa orang share resepi tumis mudah macam ini, lalu masak lah ikut cara kami tak teringat pula nak sambalkan sotong tin tu, takde stok cili giling sama masa tu.  Campurkan apa yang ada saja, kebetulan ada petai yang dah hampir kering, perisi petai tu dan masukkan sekali tu yang bagi nama caca marba.


Sotong Tumis Caca Marba
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
1 tin sotong tin - potong kecil
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inc. halia*
1 cili besar*
Cili padi* (ikut pedas yang dikehendaki)
Petai (optional)
Daun bawang - ptotong panjang
Garam
Kicap sotong
Kicap manis
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaannya
* Bahan bertanda '*' di hiris halus.
* Tumis bawang hingga layu dan masukkan bahan hiris yang lain serta petai.
* Tambahkan kicap, garam, serbuk perasa, tambah air jika perlu.
* Masukkan sotong, sesuaikan rasanya.  Tak perlu masak lama sebab sotong memang dah masak.
* Tutup api dan hidangkan.



Sebelum hidangkan pada orang, baik kita rasa dulu, pastikan ada nasi panas dan jangan ada lauk lain sebab nak ambil feel kan.  Bagi saya ok lah boleh terima, kalau buat masin dan pedas sikit boleh jadi pembangkit selera makan.  Apa kata si penggemar sotong, dia tak dapat nak teka dia makan apa, teruk sangat dah tu.  Sehingga jumpa janggut sotong tu baru dia tahu yang itu adalah sotong sebelum tu teka isi ayam lah, ikan lah, tahu lah.  Ermmmm test out lah tu pada dia.

Dalam pasaran saya tahu brand ini saja, tapi panama gaya hanya setakat ini dulu kot sebab sambutan dari si penggemar sotong di rumah ini kurang menggalakkan.  Mungkin juga cara masak yang kurang digemari punca kurang sambutan, kalau di sambalkan sotong tin tu baru boleh terima dek tekak.
Wassalam.

Friday, 26 April 2019

Black Spaghetti ala Chef Nas

Assalam...
Suatu hari bff en.Abe bersama keluarga kecilnya datang dari kampung, singgah dan menginap di rumah.  Mereka saja-saja datang sebab nak bawa anak isteri berjalan-jalan.  Hari tu adalah hari bekerja tak dapatlah nak masak-masak beria-ia kan lagi pula nak keluar selepas magrib berjalan-jalan.  Mereka singgah sekejap saja dan keesokkan hari dah nak balik, sebagai alas perut petang tu en.Abe sediakan spaghetti.  Ala-ala nak buat spaghetti seafood aglio olio, tapi masukkan sekali dengan dakwat sotong, jadilah spaghetti hitam gitu.

Jamu lah mereka makan dengan si hitam ini, saya intai-intai air muka mereka makan.  Lalu ke tidak nak telan spaghetti hitam nie, Alhamdulillah berselera jer mereka makan.  Tapi mereka ini jenis tak makan banyak macam we all, makan jika bertambah pun buat syarat saja.  Memang boleh nampak jika saiz badan dijadikan perbandingan, mereka semua halus-halus.


Black Spaghetti
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
1 paket speghetti
500gm sotong (ambil dakwat sotong)
1 biji bawang holland*
1 labu bawang putih *
1 biji lada bangala hijau *
1 biji lada bangala merah*
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Cili padi - 
Sedikit oregano
Sedikit cili flake
Asparagus
Tomato cerry
Daun selasih
Minyak zaitun 
Garam dan serbuk perasa
Air secukupnya


Cara Penyediaannya
* Rebus spaghetti hingga ala dante (lembut tetapi masih kenyal-kenyal).  Letak beberapa titik minyak zaitun ketika merebus.  Lepas toskan spaghetti siram sedikit minyak zaitun lagi.
* Blend kasar (tanpa air) bahan bertanda '*'. 
* Tumis bahan blend tadi hingga naik bau.  Masukkan sotong dan dakwatnya sekali.
* Tambah air dan sayur, tunggu hingga mendidih kemudian masukkan spaghetti.
* Gaul dan tambahkan garam serta serbuk perasa. Angkat dan hidangkan.

Cik mimi ada bertanya ketika makan, memang selalu ker masak begini.  Alamak, nak jawap pun jadi serba.  Nak berterus terang ker tak ya, nak cakap sebenarnya nak buat spaghetti lain tapi hasilnya lain.  Mampu senyum saja tak perlu kata apa-apa.  Selang beberapa hari mereka balik, en.Abe dapat whatapp dari bff dia kat cik mimi nak resepi spaghetti hitam, so kita tepek sekali lah di sini.  Wassalam.

Saturday, 24 December 2016

Pasar Ikan Di Jeti Nelayan Sempurna, Sabah


Assalam...
Terjumpa pasar ikan nie dengan tak sengaja, gara-gara mencari ais batu dan kotak untuk menyimpan ketam yang kami beli dari penjaja di depan penginapan.  Malam sebelum tu dah beli ketam dari mereka tapi dah habis, kami bawa pergi kedai makan terdekat dan minta pekerja situ masak kan untuk kami.  Kira masa ini beli untuk dibawa balik ke Sandakan, itu pun lepas peniaga tu sarankan kami boleh beli ais dan kotak di bangunan kedai yang terletak di belakang Pejabat Perikanan Semporna.  


Antara jualan hasil laut penjaja yang ada di hadapan Dragon Inn.  Seafood tu semua hidup lagi, udang lipan tu penuh dengan telur.  Kalau nak beli yang kering pun ada macam abalone, scallop, sea cucumber dan macam-macam lagi.


Ikutkan hati nak beli scallop kering tu, sekilo harga murah sangat tak sampai seratus ringgit, wal hal harga di pasaran untuk scallop kering bermula dari RM350 sekilo.  Tapi lupakan lah, ikutkan hati dan perasaan, alamak lagi cepat lah dapat gout nanti, cukuplah dengan alahan yang ada.


Kalau dah jumpa longgokan ikan segar macam ini, dengan harga yang sangat murah, anda rasa nak tengok saja kah?.  Sekadar cium bau dah kenyang, ke nak berumah tangga dekat-dekat kawasan ini supaya senang nak dapatkan bekalan?.


Hasil laut yang pelbagai warna, rasa-rasa nak angkut bawa balik je semua jenis.  Penggemar makanan laut macam kita orang memang meroyan bila tengok benda-benda macam ini. 


Jarang dapat jumpa ikan belanak sebesar macam tu, tengok sisik berkilau-kilau menunjukkan betapa segarnya ikan belanak tu.


Cuba teka berapa ringgit kami beli sotong 3 longgok tu?  Beli sampai tak ingat dunia sebab ada orang tu peminat tegar encik sotong.  Sampai air sotong tumpah kena pada beg baju semua, tak jadi baginya.  Bertabah lah kami yang lain penangan bau air sotong.  Pengajaran sebab tak seal kemas kotak tempat sotong tu.


Memang tak boleh lupa, sampai ada yang berangan nak terbang pergi beli ikan ke Semporna, moga-moga jadi kenyataan.
Wassalam.

Monday, 15 August 2016

Ketupat Sotong


Assalam...
Sessi main masak-masak dengan mak mertua, kali ini belajar buat ketupat sotong yang merupakan salah satu makanan tradisi orang pantai timur terutama kelantan dan terengganu.  Ketupat sotong ini sebenarnya kena makan sebagai lauk dengan nasi atau dimakan begitu saja?  saya pun tak berapa pasti.  Tetapi kedua-dua cara itu pun boleh mengikut citarasa masing-masing.




Jom ikut langkah demi langkah ini, simple dan mudah saja untuk menyediakan menu ketupat sotong ini.



Kulit luar sotong tu boleh dibuang kalau hendakkan sotong yang putih.   Tetapi sebab kami suka ketupat sotong yang asli dan masih nampak kulit yang bintik-bintik jadi biar ajelah.



Ketika proses memasak itu pun, kulit luar sotong akan tertanggal dengan sendirinya.



Ketupat Sotong
Sumber: Nang Teh


Bahn-bahan
1 kg sotong - bersihkan dan asingkan kepala dan badan.
2 cawan beras pulut - rendam sekejap
1 liter santan cair
500ml litre santan pekat 
Garam secukupnya
Gula pasir
Gula nipah (manisan)
Daun pandan


Cara Penyediaannya
*  Campurkan beras pulut yang telah direndam terlebih dahulu dengan sedikit santan cair dan garam.
*  Isikan pulut ke dalam badan sotong sehingga 2/3 penuh.
*  Sumbatkan balik kepala sotong ke badan sotong dan kemaskan dengan lidi.
*  Susun sotong dalam kuali atau periuk, masukkan santan cair dan daun pandan.  Masak hingga menggelegak.
*  Masukkan santan pekat dan gula nipah.
*  Tanak hingga pulut masak dan kuah pekat sedikit.




Wassalam.

Tuesday, 28 June 2016

Janggut Sotong Goreng


Assalam...
Biasanya kalau pergi pasaraya Aeon (dulunya Jaya Jusco) salah satu tempat faveret nak lepak sambil menjamu selera adalah di food court dia.  Banyak makanan boleh dijadikan pilihan lagi best time happy hour dia sebab ada diskaun.  En.Abe tak pernah miss untuk memilih janggut sotong goreng ini (nama tu saya yang bagi).  Sebab harga sotong ikut berat timbangan, ambil sikit saja harga dah berapa, tak murah tau.



Suatu hari tu dapat kepala sotong yang agak banyak, puas juga mencari resepi nak memasaknya.  Lepas buat sambal, buat tumis pula, buat masak hitam, ulang lagi buat sambal tapi masih berbaki.  Mengenangkan en.Abe suka sangat beli janggut sotong goreng kt Aeon, saya pun cuba buat jugak.  Buat ala-ala pun jadilah yang penting sedap.  Saya rujuk resepi dari sini walaupun saya hanya menggunakan janggut sotong.  Sebagai rujukan akan datang saya cnp resepinya di sini.




JANGGUT SOTONG GORENG
Sumber: Ayu S'pore
Sumber Kedua: Kak Rose

Bahan-bahan; 
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam & lada sulah
1/2 sudu Italian herbs ~ tak ada, ganti dgn serbuk kari
1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak)1 sudu kecil serbuk cili



Cara Penyediaannya;
*  Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
*  Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
*  Pukul telur sikit dan masukkan sotong, ketepikan.
*  Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
*  Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan telor, salutkankan sotong dengan tepung.
*  Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
*  Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili. 


Wassalam.