Showing posts with label Polewali. Show all posts
Showing posts with label Polewali. Show all posts

Tuesday, 23 August 2022

Kanak-kanak Bermain Guli

Assalamm....

Permainan kanak-kanak zaman dulo, rasanya kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia sudah jarang yang berjinak-jinak dengan guli ini.  Pemandangan yang jarang dapat  kita lihat masa kini, kanak-kanak masih bermain dengan tanah berbanding bergelut dengan phone dan gadjet.

Yang bermain ini kanak-kanak lelaki dan perempuan, baju pink badan agak besar tetapi masih dalam kategori kanak-kanak.  Dia pesan, tak mau tunjuk muka, ok janji harus ditepati. Dah tahu malu tapi masih suka main dengan adik-adik bawahannya.

Seingat saya kecil dulu pun tak pernah main guli, kecuali guli tu digantikan dijadikan batu seremban atau hendak main congkak.  Budak lelaki je yang main guli di kampung saya, memang mereka tak bagi can kalau ada budak perempuan nak join. 


Harapnya masih bertahan permainan tradisi ini di mainkan sampai bila-bila, walaupun kini sudah ada pengaruh gadjet di dunia mereka.

Wassalam.

Wednesday, 24 April 2019

Bolu Jadul (Indok Beppa)

Assalam...
Kunjungan ke Polewali sedikit masa lalu, banyak mengajar saya tentang erti dan semangat persaudaraan dan kejiranan.  Semangat hidup berjiran masih dipegang kuat seakan cubit peha kiri peha kanan turut terasa pedihnya.  Semangat tolong menolong tidak hanya terbatas pada saudara dekat sahaja, jiran tetangga turut sama berganding bahu.  Pengalaman menguruskan jenazah dan kenduri tahlil semua berjalan sangat lancar dengan bantuan mereka.
Saya saksikan betapa komitednya jiran tetangga datang membantu urusan daripada mula hingga akhir.  Ketika hari-hari tahlil diadakan, masak-memasak semua dilakukan oleh jiran tetangga, mereka tahu tugas masing-masing, jika rumah arwah terkurang satu barang atau perkakas cepat-cepat kembali ke rumah sendiri untuk mengambil barang tersebut.  Sama halnya dengan juadah, menu yang hendak dimasak, ke pasar beli barang, jemputan dan berkat untuk mereka yang datang menolong semua tuan rumah serah kepada seorang ketua dan tugas dibahagi-bahagi kepada jiran tetangga.  Selepas hari tahlil masih ada yang datang menolong untuk basuh pinggan, kemas rumah dan menyusun atur semula perkakas.  Ini adalah dua resepi bolu jadul yang mereka sediakan untuk santapan tetamu yang datang ketika hari tahlil diadakan.


Bolu Jadul / Indo Beppa
Sumber: Tanta Suma'

Bahan-bahan - untuk 6 biji kek
500gm majerin / mentega - cairkan
30 biji telur
6 cawan gula pasir
6 cawan tepung gandum
6 sdt tbm / ovallete
6 sdt vanila
6 sdt baking powder
6 sudu besar susu serbuk
Chocolate paste secukupnya


Cara Penyediaannya
* Grill acuan guna majerin dan tabukan tepung.  Buang lebihan tepung.
* Pukul semua bahan-bahan kecuali majerin hingga kembang dan putih.
* Masukkan majerin, kacau rata dan tuang ke dalam acuan.
* Bakar hingga masak, lebih kurang 30-45 minit atau sehingga pencucuk kek bersih ketika diuji.
* Gris permukaan kek dengan sedikit mejerin sementara masih panas sebelum dikeluarkan daripada acuan.


Bolu Syrup / Bolu Orange
Sumber: Lia (Mama' Mutiah)

Bahan-bahan
3 biji telur*
2/3 cawan gula pasir*
1/2 sdt tbm / ovallete*
1/2 sdt baking powder*
1/2 sdt vanila*
1 cawan tepung gandum
50ml (1.5 penutup) syrup orange ABC
30ml susu pekat 
30ml minyak masak 

Cara Penyediaannya
* Sediakan acuan gris dengan majerin dan taburkan dengan tepung.  Buang tepung lebihan daripada acuan.
* Pukul bahan bertanda '*' hingga kembang dan putih.
* Masukkan syrup, susu pekat dan minyak.
* Kaup balikkan tepung hingga sebati.
* Tuang dalam acuan dan bakar hingga masak.
* Lebih kurang 30-45 minit dengna api sederhana.
* Gris permukaan kek dengan sedikit mejerin sementara masih panas sebelum dikeluarkan daripada acuan.  

Dapat makan bolu jadul yang dikenenkan dengan air teh o panas, aduh sedapnya tak perasan dah setengah loyang masuk mulut.
Wassalam.

Thursday, 18 April 2019

Take a Break: Permandian Salu Pajaan, Kanang Polewali Mandar

Assalam...
Kisah dan ceritanya melompat-lompat sekejap di Pahang, sekejap di Polewali, sekejap di Sabah ikut suka hati nak cerita mana dulu, begitu juga dengan tuan blog yang tidak tetap pendirian. Bukan jenis yang suka mengikut plot dahulukan yang mula dan kemudiankan yang kemudian, dia pakai taram ikut suka dan mood.  Dengan itu makin lapok lah cerita yang lama, peram tak tahu sampai bila.



Hari last di Polewali, kami sempat pergi rekreasi di Salu Pajaan yang terletak di Kanang.  Plan last minit, sebab tu tak sedia apa-apa makanan, kami singgah beli jer di pekan.  Beli nasi kuning dan kuih-kuih sikit.


Untuk sampai ke kawasan Wisata Alam Salu Pajaan akan melalui kawasan perkampungan dan dusun buah-buahan.  Di sepanjang sungai tu, terdapat beberapa kawasan rekreasi yang diusahakan oleh orang tempatan tetapi kami memilih untuk berada di Salu Pajaan.  Dah lupa berapa bayaran masuk, ingatkan bayaran masuk tu sekali untuk menggunakan kemudahan seperti pondok, rupanya kena bayar asing.  Sewa pondok besar macam kami pilih 150rb rupiah.


Terdapat kemudahan kolam renang yang sesuai untuk  orang dewasa dan kanak-kanak manda-mandi.  Agak senang untuk mengawasi kanak-kanak yang mandi kolam berbanding mandi di sungai.


Sepupu sepapat mereka ini monopoli kolam kanak-kanak hari tu.  Mainlah puas-puas anak-anak woi mak pak angpa dah bayar tiket masuk tadi, anggaplah kolam tu angpa yang punya.


Tak suka mandi di kolam, jom mandi secara alami di sungai.  Kanak-kanak kecil kena awasi jika nak mandi di sini sebab batu agak licin dan air deras.


Ada group ibu-ibu sedang bersenam pagi.


Lalu di tepi sungai nak balik berehat di pondok kami, ada ramai group yang sedang buat aktiviti bakar-bakar ikan.  Sedapnya lah, dapat ambil bau ikan bakar jer sebab kami sendiri beli nasi bungkus saja tadi.


Kebetulan semasa kami pergi tu, musim buah di  Kanang.  Kawasan ini memang terkenal sejak dahulu lagi sebagai dusun buah-buahan daerah Polewali, buah langsat dan durian yang paling femes di tempat ini.  Kawasan pedalaman yang agak berbukit sangat sesuai untuk dusun buah-buahan, manakala kawasan datar adalah kawasan sawah padi yang menganjur hingga ke pantai.


Musim durian ketika itu sempat kami memanfaatkannya daripada beberapa penggerai yang menjual di dalam kawasan itu.  Sebab semua hantu durian, memang berebut-rebut makan terutama kanak-kanak.  Selepas berendam dalam sungai, panaskan badan makan durian.

Setelah semua dah puas mandi dan makan, kami bergerak meninggalkan tempat ini sebelum zohor.  Sempatlah nak rehat kejap sebelum meneruskan perjalanan panjang malam tu.
Wassalam.

Tuesday, 9 April 2019

Hantaran Perkhawinan Suku Bugis & Suku Mandar

Assalam...
Syukur diberi rezeki dapat menyaksikan majlis perkahwinan di daerah Polewali, Sulawesi Barat sekaligus dapat melihat adat budaya sebenar yang masih mereka amalkan di sana.  Walaupun kedua-dua suku (Bugis dan Mandar) ini menebar ke serata nusantara, tetapi kemungkinan ada sedikit perbezaan dari segi sambutan dan sudah terasimilasi dengan budaya setempat.  Pasangan pengantinnya daripada 2 suku yang berbeza, pengantin lelaki (suku mandar) dan pengantin perempuan (suku bugis).   Malu jer sebab saya cakap ada mini pickup truck yang membawa almari tidak dapat lalu kerena jalan sesak.  Ketika itu rombongan pengantin lelaki sampai, sementara keluarga daripada pihak pengantin perempuan sangat sibuk menyambut tetamu.  Tidak tahu langsung yang semua isi pickup tu adalah barang hantaran untuk pengantin perempuan


Sedulang pisang yang terdiri daripada 4 jenis pisang.  Pisang berangan, pisang raja, pisang abu dan pisang hijau.  Keempat-empat jenis pisang ini boleh dikategorikan sebagai pisang kelas tertinggi penggunaanya dalam masyarakat bugis dan mandar, buah pisang menjadi pilihan utama untuk sesuatu acara.


Kotak empat segi (sulapa' eppa) dibuat daripada bambu dan bertutup ini dipanggil "wala suji", bukan kueh suji tau.  Wala suji dan bentuk empat segi (sulapa' eppa) ini mempunyai makna simbolik tentang kehidupan manusia yang perlu berpandukan kepada kesempurnaan merangkumi empat penjuru utara, timur selatan dan barat ataupun api, angin, tanah dan air.  Pemilihan bahan yang digunakan untuk menghasilkan wala suji itu daripada bambu tua juga mempunyai makna bukan sahaja sebagai tumbuhan yang paling berguna kepada manusia tetapi juga terkandung pembelajaran bermakna jika memahami proses pertumbuhan pokok bambu (buloh).  Sebelum memunculkan tunas dan daun bambu, proses penyempurnaan pada struktur akar terlebih dahulu berlaku (akar berselirat bukan akar tunjang) sebagai asas yang kuat untuk pokok bambu bertahan dan tidak mudah patah.  Begitu juga dengan manusia, perlu diterapkan asas (keimanan) yang kuat demi mendepani kehidupan seterusnya.


Isi dalam bakul bambu (walasoji), kelapa dan pisang masih utuh dalam setandan.  Buah nangka pula adalah yang sebiji besar (sama ada yang masak atau nangka muda).  Simbolik sebagai bekalan makanan asas untuk memulakan hidup setelah mendirikan rumahtangga.  Adat orang dulu-dulu .

Ini pula adalah isi yang terkandung dalam kotak yang dipikul oleh 2 orang lelaki yang mengiringi rombongan pengantin lelaki (gambar pertama), diatas kotak turut dihiasi dengan juntaian seperti bunga telur.  Pulut, telur rebus, kuih penyaram (jompo-jompo) dan ketupat nasi yang didalam kelongsong bulat kecil itu.


Mas kahwin, wang tunai dalam frame dan bungkusan macam hamper tu adalah seperangkat alat solat (telekung dan sejadah).  Kedua-dua benda ini diletakkan di hadapan pengantin lelaki, wali dan saksi.  Ketika akad dijalankan, pengantin perempuan tidak keluar menunggu di dalam bilik pengantin. 


Barang hantarannya pula lengkap, mereka tidak mengira mengikut berapa dulang nak hantar dan berapa dulang perlu dibalas.  Perkakas asas dalam dapur, besen, kuali, sudip, gayung dan penyepit buluh untuk makanan dan bara, benda ini disediakan oleh pengantin lelaki.  Manakala pihak perempuan hanya menyediakan pinggan makan, pinggan lauk, ceper, mangkuk, dulang, gelas dan tempat basuh tangan (kegunaan untuk 2 orang, suami dan isteri).  


Barangan dandanan diri, untuk kebersihan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, barangan hiasan dan barang untuk bersolek.

Ini pula kotak-kotak yang mengandungi pakaian dalam, anak baju, seluar dalam dan kain dalam (petticoat).  Persalinan untuk pakaian luar tetap ada baju, kasut, tapi saja tak ambil gambar, kan yang itu dah biasa kita jumpa.


Tidak dilupakan tambahan, alat untuk bersolek dan merapikan diri, kapas muka, cermin dan sikat rambut.  Bedak, lipstik, celak, sabun mandi tetaplah ada cuma tak dibawa bergambar sama.


Soal kesihatan ambil berat, hantaran berus gigi bersama ubat gigi.

Saya mencari kot ada lesung batu mereka jadikan hantaran tetapi tiada, jika ada batu cobek kan senang pengantin perempuan nak buat sambal ulek.
Wassalam.

Tuesday, 12 March 2019

Buah Buni @ Bunne

Assalam...
Salah satu buah nadir yang saya jumpa ketika berkunjung ke Sulawesi Barat baru-baru ini adalah buah bunne sebutan bagi orang tempatan di sana, buah ini sukar dijumpa kerana penanamannya tidak dikomersialkan dan jarang dijual di pasar-pasar.  Dikenali sebagai bignay fruit (Antidesma bunius) di Filipina.


Apabila makan perlbagai warna itu terasa manis, masam dan kelat.  Setiap warna buah mewakili satu rasa yang tersendiri. 


Ketinggian pokok buni, agak tinggi 15-30 meter dan berkayu keras.  Memandangkan tangkai buah terletak dihujung-hujung dahan, takde lah kami memanjatnya, hanya petik yang tercapai saja.

Mencari-cari jika ada anak pokok bunne yang boleh di bawah balik, tapi tak ade pula.


Buah buni yang berwarna gelap kehitaman itu rasanya masam manis, manakala yang warna pink dan merah masih sangat masam. Jika hijau dan cerah putih itu rasa kelat, memang harus kenyit-kenyit mata kalau makan yang muda.

Bila tanya pak google pasal buah ini, ternyata di Pulau Jawa buah terkenal untuk membuat rojak buni atau dicampur bersama rojak buah.  Lagi satu dikatakan mengandungi banyak khasiat pemakanan terutama vitamin c dan antosianin seperti yang banyak terkandung dalam buah-buahan bernama beri, acai beri, mulberi, raspberi...
Wassalam.

Sunday, 3 February 2019

Buah Coppeng (Jamblang)

Assalam...
Alhamdulillah dapat merasa buah coppeng.  Saya tak pernah jumpa di sini, atau saya saja yang tidak tahu.  Bentuknya lonjong seperti buah anggur, tapi ada sedikit warna unggu pada lidah bila memakan buah ini.  Penduduk tempatan memanggil buah ini sebagai Buah Coppeng, hasil tanya pada pak google, Bahasa Indonesia dikenali sebagai Buah Jamblang, (English di kenali sebagai Java plum, black plum, jambolan, jamun - sp. Syzygium cumini).  Rasa buahnya kelat-kelat manis dan sedikit masam.


Buah Coppeng banyak dijual di pasar tradisi Central Pekkabata (Polewali) Mandar.  Mungkin musim buah ini bersamaan dengan buah-buahan lain seperti durian, langsat dan rambutan juga.


Saya beli satu liter (ukuran / takaran) yang penjual di pasar itu guna dengan harga 6000 rupiah.  Tak habis makan sendiri saya ajak budak-budak makan, mereka pun tak kenal buah tu, bila mereka tanya ini buah apa, saya bagi tahu buah anggur hutan alias coppeng.

Info pak google kata buah ini mengandungi banyak khasiat untuk manfaat kesihatan tubuh badan.  Orang tempatan kata sedap di makan setelah digoncang bersama sedikit gula dan garam.
Wassalam.

Saturday, 2 February 2019

Musim Hijau, Polewali

Assalam...
Pemandangan indah sawah padi yang menghijau dengan latar belakang perkampungan dan gunung-ganang, sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati yang tengah bersedih.  Nikmat pemandangan cantik Allah beri untuk muhasabah diri.  Setiap yang ada hanya pinjaman, maka manfaatkan ia sebaik mungkin.


Hari ini mungkin masih dapat melihat pemandangn secantik ini, esok belum tentu.  Sama ada pandangan mata kita yang tiada atau suasana ini yang akan berubah.


Ini pemandangan sawah padi yang tersaji depan mata kiri kanan jalan, sepanjang perjalanan ke daerah Polewali Mandar.


Rasa sayang kiranya hanya dipandang begitu saja, teringat untuk abadikan sebagai kenangan-kenangan.  Sebahagian gambar adalah hasil kamera dan sebahagian menggunakan phone.


Dijangka dalam tiga ke empat bulan lagi, musim menuai (panen) padi, suasana hijau ini akan bertukar warna pula.


Semoga pokok-pokok padinya subur, terus memberi rezeki kepada mereka yang berbudi pada tanah dan memberi manfaat semesta alam.


SubhanaAllah cantiknya, damainya tempat ini hanya itu yang mampu diungkapkan. 


Kasawan perkampungan di belakang itu dikenali sebagai Kanang.  Hadapan rumah pemandangan dengan sawah padi, sementara di belakang pula adalah bukit-bukau yang terkenal sebagai dusun buah-buahan langsat dan durian untuk daerah Polewali.


Kami yang sentiasa melihat hutan batu akan berkata, alangkah indahnya jika dapat melihat kehijauan begini setiap hari.  Mereka yang tinggal di sini pula mungkin akan terfikir yang sebaliknya..


Masih ada sebahagian tempat yang pemandangan sawah padi baru selesai penanaman, belum seberapa hijau.

Jika ada rezeki berkunjung ke sini lagi, suasana dan pemandangan pasti sudah jadi lain, harapnya tetap mesra seperti dahulu.
Wassalam.