Showing posts with label Rumah Allah. Show all posts
Showing posts with label Rumah Allah. Show all posts

Wednesday, 25 March 2020

Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Assalam...
Masjid Sri Sendayan, merupakan masjid baru dibuka pada September 2019 dan menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan ketika ini.  Mula menjadi tarikan pengunjung dari luar daerah selepas dibuka dengan rasmi kerana keunikkan senibinanya.   Masjid yang dibina menelan belanja hampir 100 juta dengan konsep wakaf dari tetuan RHB bank menerapkan senibina luar negara dan pasukan arkitek yang di datangkan daripada Dubai, Cina, Mesir, Turki dan Maghribi. 



Dua bangunan yang terpisah dan terletak dihadapan ini menempatkan pejabat pentadbiran masjid, perpustakaan, bilik kuliah dan dewan serbaguna.  Terpisah dilaluan menuju bangunan utama Masjid Sri Sendayan.


Terdapat 2 tempat wuduk terbuka begini yang terletak di perkarangan masjid.


Dua menara.


Pandangan dari luar atau dari hadapan bangunan berkubah yang ada jam tu macam satu bangunan dengan bangunan Masjid.  Sudah sampai, kena jalan jauh rupanya untuk sampai ke perkarangan bangunan masjid.


Ruang legar bangunan utama, ramai pelawat yang lepak-lepak kat sini sambil menunggu ahli rombongan masing-masing bersholat.


Ruang legar menggunakan bumbung kaca, tu nampak macam open air kan.  Penjimatan tenaga pada waktu siang dengan hanya menggunakan cahaya matahari.


Perincian pada bahagian atas laluan ruang legar.


Laluan di bahagian luar ruang legar.  Terdapat satu lagi laluan berbumbung daripada bilik air di sebelah luat hingga ke bangunan masjid. 


Pintu ke dewan sholat utama (lelaki) di tingkat bawah.


Tempat mengambil wuduk, bilik air dan kawasan pengurusan jenazah.  Ada kawasan open air dan sangat bagus  untuk ventilasi yang baik.

Bagi jemaah wanita yang kurang upaya untuk berjalan jauh, boleh berkereta hingga ke pintu sebelah kanan masjid.  Di situ dekat dengan lift untuk ke bahagian dewan sholat wanita di tingkat 2. 


Tempat wuduk bahagian wanita di tingkat atas.


Ruang sholat utama tingkat bawah boleh nampak detail ruang dalaman masjid, terima kasih bagi pinjamkan gambar.


Dari ruang sholat wanita, di tingkat atas hanya boleh intai macam ini saja.


Zoom sikit nampak macam ini.


Ruang sholat wanita.


Corak ukiran pada lelangit ruang sholat.


Perincian pada lampu dan ukiran siling dewan sholat.  Kebanyakkan bahan binaan dan ukiran masjid aladah ditempah khas.


Keunikan senibina masjid membuatkan ia menerima julukan dari orang ramai sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi, dan masjid kerajaan Uthmaniyah.
Semoga masjid besar yang boleh memuatkan bilangan jemaah hampir 5000 orang ini dapat terus diimarahkan oleh penduduk sekitar.
Wassalam.

Friday, 23 August 2019

Istandbul Aku Singgah: Masjid Jami' Sultan Ahmet Istanbul Turki

Assalam...
Sambung lagi cerita constantinople yang tertinggal.  Berjalan kaki dari restoran tempat kami berehat, tidak lah jauh sangat tak sempat berpeluh pun sebab cuaca sejukkan.   Ini adalah pintu utama untuk memasukki perkarangan Masjid Jami' Sultan Ahmet atau lebih dikenali sebagai nama Masjid Biru (Blue Mosque).  Saya teringat cerita ustad beberapa hari lepas, cerita tentang ukiran gerbang masjid dengan simbolik sarang lebah yang turut di guna pakai oleh masjid-masjid utama di dunia. 

Plaque masjid jamek Sultan Ahmed 1 (Blue Mosque).  Nama masjid biru itu mendapat nama sempena dominasi penggunaan warna biru pada zaman dahulu yang mana turut menggunakan jubin marmar buatan tangan berwarna biru sebanyak 20,000 keping.  Menara masjid yang terdiri daripada 6 menara ekoran kesilapan mendengar titah sultan altin minareler (menara emas) ke alti minareler (enam menara).


Tempat geng cik Kiah berkumpul sementara menunggu yang lain datang.  Ketika kami sampai masjid ini sedang elok azan sohor, so mana yang boleh sholat mereka pergi dulu berjemaah kat dalam tu, yang lain tunggu kat luar nanti tour guide bawa masuk ramai-ramai.  Rasa macam lambat jer nak kena menunggu saya pergi dulu riki-riki jalan nak masuk.


Dari pintu utama masuk dewan sholat memang tak boleh masuk, ramai jemaah tengah bersholat.  Ada notis ya waktu buka dan tutup.


Ruang legar di dalam kawasan masjid.  Ramai pelancong yang menunggu untuk masuk melawat, yang tak best tu siap ada yang bawa haiwan peliharaan (anjing) mereka sampai ke kawasan ini.


Sudah puas berlegar-legar di kawasan tengah ini tapi masih tak jumpa jalan masuk.  Jasmin, kita minta stay dekat pintu, dah pesan kalau acik lambat balik pergi kumpul dengan geng lain yang tunggu kat tempat tadi.  Acik nak cari jalan untuk pelawat masuk ke dalam masjid, sambil mencari terjumpa pula mak Jasmin yang baru selesai sholat di kawasan beranda, dia pun sedang mencari jalan nak masuk ke ruang utama masjid.


Akhirnya kami jumpa signboard tempat untuk masuk, laluan untuk pelawat berada di tepi masjid.  Kami berlari-lari ke arah sana dan nampak barisan orang beratur tak panjang lagi, ialah baru buka kan lagi pun rasanya ramai yang tak perasan laluan ini sebab ramai bertumpu kat ruang tengah tadi. 


Laluan untuk masuk, walaupun nampak ramai orang tetapi sekejap saja sudah dapat masuk ke dalam.  Ada panduan atau dress code yang kena dipatuhi untuk memasuki ruang masjid.


Antara pintu kayu asal masjid yang masih digunakan.  Penuh dengan ukiran corak tumbuhan dan ayat suci al-quran.


Karpet merah dalam masjid, mestilah suka sebab dapat jejak kaki ke sini.  Nak kata gembira dia umpama jumpa karpet hijau ketika memasuki masjid Nabawi di Madinah, itu lain. 


Sholat zohor baru selesai ketika itu, walaupun masih ramai jemaah di kawasan dewan sholat utama, mungkin sambung sholat sunat.  Pelancong yang baru masuk juga ambil peluang yang sama untuk bersholat.


Lakaran pada setiap kubah masjid adalah tidak sama.  Kubah utama diapit antara kubah-kubah kecil yang dilengkapi dengan tetingkap kaca dan kesemua jubin yang menghiasi adalah jubin buatan tangan.


Rantai panjang yang tergantung daripada kubah utama adalah tempat tergantungnya candilier yang diletakkan telur burung unta sebagai kaedah untuk menghalang terbentuknya sarang labah-labah.


Corak pada kubah utama, jenuh saya mendongak dan berhati-hati agar tidak terlanggar pengunjung yang lain atau memasuki ruang sholat lelaki.


Kaligrafi dan jenis kemasan pada salah satu tiang masjid biru.


Masjid Biru ini dibangun dengan tujuan untuk menandingi Hagia Sophia (Gereja Byzantium) yang dibangun pada masa Kaisar Byzantyium, yaitu Contantine I dimana letak gereja tersebut berhadapan dengan masjid biru. Pada mulanya, atap dari masjid Turki berbentuk rata dan belum memiliki kubah yang megah seperti saat ini namun seiring dengan berdirinya gereja Hagia Sophia yang tinggi dan gagah, dibuatlah kubah besar untuk menandingi kegagahan dari gereja tersebut.  Gaya arsitektur Turki Utsmani dipilih sebagai arsitektur utama pada masjid ini, umumnya masjid di Turki cenderung mengunakan dua gaya arsitektur yaitu arsitektur Saljuq dan Turki Utsmani.


Taman bunga yang terjaga di kompleks masjid di mana dapat memanjakan mata setiap yang berkunjung dan beribadah di masjid yang bersejarah ini.


Berehat sebentar di taman antara Masjid Biru dan Hagia Sophia sambil makan roti simit.  Boleh tahan ramai orang tapi ada jer tempat duduk. 


Di belakang adalah Masjid Sultan Ahmet manakala di hadapan pandangan tertuju ke Hagia Sophia.  Mampu pandang saja Hagia Sophia tu sebab kami tak sempat nak masuk melawat.  In sha Allah ada rezeki boleh datang lagi.

Moga Allah bagi rezeki boleh datang jalan-jalan ke sini lagi, banyak lagi benda menarik di bumi Turki terutamanya tinggalan sejarah Islam .
Wassalam.

Sunday, 30 December 2018

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas

Assalam...
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, terletak di kawasan Likas, tapak asal masjid adalah kawasan pantai dan laut Teluk Likas, yang telah ditambak.  Pembinaan masjid ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan bermula daripada tahun 1986 dan hanya dibuka pada tahun 2000 sejajar pada tahun dan bulan yang sama Kota Kinabalu di angkat sebagai bandaraya di Malaysia.  Nama masjid ini juga diambil sempena peristiwa itu - Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.


Sungguhpun Masjid Bandaraya adalah masjid yang terbesar di Kota Kinabalu, lebih dari segi keluasan serta dapat menampung kapasiti pengunjung yang ramai, namun Masjid Negeri di Sembulan masih kekal peranannya sebagai Masjid Utama di Negeri Sabah.


Ruang sebelah luar, menempatkan ruang untuk aktiviti komuiti, bazar, pejabat, pusat tuisyen dan sekolah.  Masjid Bandaraya memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran peringkat awal kanak-kanak dalam bidang Al-quran, selain memberi bantuan kepada anak-anak dari keluarga yang kurang mampu serta kanak-kanak istimewa.


Ketika masuk dalam ruang sholat masjid, saya ingatkan inilah ruang sholat utama.  Tercari-cari mimbar tapi tak ada, sebaliknya nampak orang keluar masuk melalui gerbang tengah itu.


Ruang sholat utamanya terletak di hadapan ruang tengah yang saya lihat tadi, baru lah nampak ada mimbar di situ.  Terletak dihadapan sekali dan dibahagian bawah kubah masjid.


Ini ruang sholat wanita yang terletak di sebelah belakang ruang tengah tadi.


Sebagai sebuah masjid utama, peranan masjid tidak hanya terhad sebagai tempat sholat sahaja tetapi mesti memainkan peranannya sebagai intitusi dakwah islamiah untuk kemajuan syiar islam di negeri Sabah.  Penubuhan akademi Al-Mubarak contohnya bergiat aktif dengan menyusun dan mengendalikan pelbagai program yang melibatkan seluruh umat islam dan semua peringkat umur.


Bangunan bazaar di hadapan masjid menempatkan lebih banyak outlet menjual makanan dan kemudahan lainnya. 


Program pengimarahan Masjid Bandaraya meliputi segala aspek pendidikan, dakwah, ekonomi, sosial,  belia dan riadah.  Pihak jawatakuasa dan pentadbiran juga sentiasa menjalin hubungan kerjasama dengan masjid-masjid utama dalam mahupun luar negara.  

Oleh kerana masjid ini menerima ramai pelawat terutama mereka yang bukan beragama Islam, jawatankuasa atau biro yang mengendalikan pelawat dan pelancong perlu bertindak lebih proaktif supaya kejadiaan tidak diingini berulang lagi.  Pelancong sebegini perlu diberi penjelasan yang tepat akan peraturan dan tatasusila yang mereka perlu patuhi jika berada di dalam kawasan masjid. 
Wassalam.