Friday, 28 July 2023
Cha Ba Ang
Friday, 23 October 2020
Kengsom Siakap (Asam Pedas Thai Style)
Situasi kedua- juga berkisar pada ibu dan anak-ankanya. Suatu malam si ibu mengadu sakit pinggang sangat dia meminta salah seorang anak perempuannya (ada 3 orang anak perempuan di rumah ketika itu) untuk mengurut atau memicit bahagian yang sakit. Permintaannya lebih ditujukan kepada anak gadis bungsunya, tetapi si bungsu hanya berdengus ketika di suruh dan menunjukkan tanda protes. Dua lagi anak gadis di dalam bilik sibuk dengan phone dan langsung tak hiraukan permintaan si ibu. Ibu sampai mengatakan takpelah, moga esok pagi dia keras di pembaringannya, tak apalah. Kejadian berlaku dihadapan si menantu dan suami (anak lelaki si ibu) tetapi anak lelaki itu juga seakan tidak tahu apa yang terjadi kerana sibuk dengan phone sehingga isterinya memberitahu yang adik perempuannya semua menolak untuk mengurut si ibu. Si menantu jadi serba salah nak menolong sebaliknya dia minta si suami untuk memicit ibunya sendiri dengan alasan suaminya lebih tenaga untuk mengurut badan ibu yang agak plum, menantu hanya mampu sediakan minyak urut yang selalu digunakan oleh suami. Suami menolak pada mulanya dan tak senang dengan saranan si isteri sambil itu memanggil setiap adik perempuannya untuk mengurut si ibu tetapi tiada respon dari semua nama yang disebut. Akhirnya anak lelaki yang mengalah untuk mengurut ibu, ketika itu barulah si bungsu mula mendekat dan memolong menyapu minyak di belakang si ibu.
Selesai dari dua situasi itu, menantu ajak suaminya berbincang tentang peristiwa itu. Bagi menantu, perlakuan adik-adik si suami sangat melampau dan tidak boleh diterima olehnya. Kenapa si anak persoalkan si ibu yang menyentuh bahagian badan anak yang sensitif sebagai suatu yang memalukan, walaupun mungkin si ibu tanpa sengaja atau dengan tujuan untuk bergurau. Bukan kah dulu semasa bayi dan kanak-kanak setiap inci tubuh itu ibu yang basuh, gosokkan daki dan merawat jika sakit. Alasan si suami, mereka semasa kecil sangat susah, adik-beradik ramai dan ayah sakit, si ibu tidak sempat membelai atau usap-usap mereka seperti yang dilalui oleh si menantu. Si menantu beruntung, adik beradik tak ramai, punya nenek dan ibu yang sayang, setiap masa dibelai dan diusap manja. Ibu si menantu tak punyai anak ramai, tapi tak pernah meminta seperti pengemis pada anaknya jika meminta untuk dipicit atau di urut. Sebab jalan hidup yang berlainan dan pendekatan yang berlainan ker, menjadikan anak-anak juga tumbuh dan berlainan sensitiviti walaupun pada ibu mereka sendiri?. Soal lebih-lebih boleh jadi gaduh suami-isteri, jadi lebih baik berdiam diri.
Patutlah si menantu tak pernah melihat kemesraan anak-anak dan ibu di dalam keluarga suaminya tidak seperti bentuk kemesraan si menantu dan ibunya sendiri. Di sini kemesraan itu bentuknya lain, sangat berlainan dan terlalu asing bagi menantu. Mungkin di sini kemesraan itu cukup dengan hanya mengimbas kenangan semasa kecil dan disusuli dengan ketawa adik-beradik yang berdekah-dekah. Si menantu terbayang-bayang kemesraan ketika bertemu ibunya, manjanya terlebih bagai anak-anak, sesekali minta ibu suap makanan, baring dipangkuan ibu, tidur sebantal dengan ibu, sentuhan dan usapan jangan cakap lah tak terbatas. Sering kali bila si menantu tidur si ibu datang belai dan usap ubun-ubun menantu, mungkin baginya anaknya itu masih kecil walhal sudah menjadi isteri orang. Mungkin juga salah menantu tidak meletakkan diri selayaknya, inginkan kemesraan seperti yang didapati dalam keluarganya tetapi bentuk di sini berlainan dan dia belum faham atau dia masih tak membenarkan dirinya untuk masuk ke dalam bentuk ini.
Wassalam.
Thursday, 24 May 2018
Ayam ala Phad Phed
Ayam ala Phad Phed
Sumber: Nang Teh
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci. lengkuas
1 inci halia
4 batang serai - 2 batang titik, 2 batang blend
1 inci. kunyit hidup
10 biji cili padi - tambah jika suka yang lagi pedas
Daun limau purut
1 biji cili merah - hiris
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
2 keping asam gelugor
Sayur - kacang panjang & terung, boleh ganti dengan sayur lain sperti lobak merah atau bunga kobis.
Cara Penyediaanya
* Blend halus cili, halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, 2 batang serai, dan 2 batang lagi hanya diketuk-ketuk.
* Tumiskan bahan blend hingga wangi dan masukkan ayam. Tambahkan sedikit air dan biarkan mereneh hingga masak. Lebihkan air jika suka yang berkuah.
* Boleh juga terus masak dengan mencampurkan ayam, bahan blend dan air seperti mak mertua selalu buat, sebab diet ayah mertua kena kontrol tak boleh lemak.
* Bila air dah agak kering, masukkan sayur terung dan kacang panjang, asam keping, garam dan gula.
* Masukkan cili merah dan daun limau purut. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
* Siap untuk dihidangkan.
Monday, 21 May 2018
Thai-style Pumpkin Coconut Milk Dessert
Thai-style Pumpkin Coconut Milk Dessert
Sumber: Blogtamsu.com
Bahan-bahan
120gm labu - rebus hingga empuk dan haluskan
120gm tepung pulut
80gm gula merah / nipah
240ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaannya
* Campurkan tepung dengan labu yang telah dihaluskan. Sebatikan adunan hingga tidak melekat pada tangan.
* Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli.
* Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola labu, jerang hingga bebola timbul (macam buat kuih onde-onde buah melaka tu).
* Angkat bebola labu yang sudah terapung, tos dan ketepikan.
* Dalam periuk lain, campurkan santan, gula dan sedikit garam. Masak dengan api sederhana sampai gula larut. Kuah perlu dikacau selalu untuk mengelakkan santan pecah.
* Didikan kuah seketika dan masukkan bebola labu, atau boleh juga siramkan kuah ke atas bebola labu yang telah disiapkan dalam mangkuk.
* Tapis kuah jika dikuatiri ada benda asing daripada gula sebelum campurkan dengan bebola labu.
* Hidangkan ketika suam atau sejuk.
Tuesday, 12 December 2017
Kerabu Kerang ala-Thai
Kerabu Kerang ala-Thai
Sumber: En. Abe
Bahan-bahan
1 kg kerang
1 biji tomato (buang biji)*
1 gengam tomato cery - belah dua
3 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
3 biji limau nipis / guna lemon pun boleh
2 batang serai*
5 bji cili padi*
3 tangkai daun ketumbar*
2 tangkai daun sup*
sos ikan
gula perang
kicap cair
Cara Penyediaannya
* Rebus kerang dengan air yang sedikit, saya letak 3 biji bawang putih ketuk kasar.
* Rebus hingga air mendidih seketika. Matikan api. Jika rajin buang kan kulit kerang separuh.
* Hiris halus semua bahan bertanda '*", bawang putih cincang halus.
* Masukkan kerang rebus ke dalam mangkuk, tambahkan bahan-bahan yang telah dihiris halus.
* Perahkan asam limau / lemon, tambah gula perang, sos ikan dan kicap cair.
* Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
* Hidangkan bersama nasi panas.