Showing posts with label Tradisi. Show all posts
Showing posts with label Tradisi. Show all posts

Wednesday, 20 July 2022

W-W: Kuih Tak Tahu Nama?

Assalamm...

Beli di pasar tamu Sepitang, katanya kuih @ makanan orang Brunei.  Ada penjual tu bagi tahu nama tapi lupa.  Ada pelbagai jenis inti, kami beli inti lokan.  Sedap dan murah, sepeket tu RM2.00 saja.

Pulut, ada inti dalamnya dan dibalut dengan daun nipah.



Siapa yang tahu nama kuih ini, tolong bagi tahu ya.

Wassalam.

Wednesday, 13 July 2022

W-W: Kuih Pasung

Assalamm....

Kuih pasung, tempat lain mungkin dikenal dengan nama lain.  Kalau balik Sabah, jumpa orang jual mesti beli.  Buat sendiri tak pernah, nantilah belajar, ada cara gulung daun kat bawah tu.

Makan dengan tenang sambil menunggu speedboat di terminal deri Labuan ke Menumbuk, Sabah.




Boat tak sampai lagi kuih dah habis, enak banget.

Wassalam.

Wednesday, 13 November 2019

Chalet Warisan Puan, Paya Datok, Alor Gajah Melaka

Assalam...
Kanduri majlis perkhawinan sepupu diadakan di Chalet Warisan Puan, mulanya kami ingatkan majlis diadakan dalam dewan dengan suasana moden tetapi ternyata salah. Di adakan diperkarangan Chalet Warisan Puan dengan suasana kampung.  Mula kami pun ingat nak menginap di chalet ini, tapi rupa-rupanya 6 unit chalet yang ada sudah ditempah kesemua oleh pihak pengantin.

Pelamin dan meja tetamu utama serta meja pengantin berdekatan dengan rumah tuan punya chalet.  Melihat pada rumah tradisi tuannya saja sudah terpesona ini kan pula chalet-chalet yang dibina dengan gaya rumah tradisi melayu lama.


Unit chalet yang besar dikenali sebagai Omak dan Abah, boleh menempatkan 6 orang dewasa dan ada 2 katil saiz queen.  Terletak paling atas sekali, sesuai sebagai susunan teratas dalam keluarga.


Ini unit chalet atok, maaf tiada gambar dalaman chalet, sebab masa tu semua orang sibuk melayan tetamu di bawahagian bawah, kang terjah masuk dikata penceroboh pulak.  Tapi setiap unit dilengkapi dengan kemudahan asas bilik air, katil tilam, tv, mini bar, penghawa dingin dan sebagainya.


Persekitaran chalet yang dijaga rapi dan sangat bersih.  Terdapat pokok buah-buahan dihalaman, suasana seperti kita tinggal di rumah kampung sendiri.



Unit chalet ondang kedua besar yang boleh memuatkan lebih penganjung, semua untuk satu family yang terdiri daripada 4-6 orang.


Ini pula adalah dapur dan tempat makan yang disediakan.  Pengunjung boleh masak-masak di sini.



Ada pondok (pundang) untuk berehat-rehat.


Telaga pun ada, mana tau ada yang nak merasa pegang timba nak cuba ambil air dari dalam telaga.  Nak bagi anak-anak mencuba mandi air telaga pun boleh.


Tempahan untuk sebarang majlis, katering, khemah dan sebagainya boleh diuruskan di sini, kurang beban nak uruskan banyak hal.

Yang berminat untuk menginap di Chalet Warisan Puan, boleh call nombor talipon tu, atau bercadang nak buat sebarang majlis pun boleh.

Tahniah pada tuan punya chalet, idea untuk menjadikan kawasan chalet sebagai tempat kerja kahwin sangat-sangat fantastik.  Dapat membantu pasangan yang ingin membuat majlis di kampung dalam masa yang sama seisi keluarga dapat berkumpul semua.
Wassalam.

Monday, 13 May 2019

Leppe-Leppe (Belebat / Lepat)

Assalam...
Lari sikit dari cerita makanan buka puasa, ini adalah makanan tradisi orang bugis yang dinamakan Leppe-leppe (Lepat).  Tetapi lepat ini dibuat bukan untuk makanan pada masa bulan puasa ataupun menu hari raya.  Leppe-leppe selalu disediakan ketika ada acara kesyukuran sambut kelahiran bayi, naik rumah, sambutan maulid nabi mahupun tahlilan untuk arwah.  Kiranya ini hanya boelh dijumpai ketika ada acara tertentu dan tidak dibuat  untuk saja-saja nak makan.  Kalau nak makan saja-saja, selalu mereka sediakan pulut biasa saja.



Leppe-Leppe (Belebat / Lepat)
Sumber: Hjh Jumria

Bahan-bahan
1 kg beras pulut
1 liter santan
Sedikit garam
Secukupnya daun kelapa (muda)

Cara Penyeediaannya
* Sediakan daun kelapa, bahagian yang muda sama macam nak buat ketupat.  Buang urat tengah lidi dan lipatkan daun sebanyak 5 kali sepanjang sejengkal.
* Sediakan pengukus, jerang air hingga mendidih kemudian masukkan pulut.  (tunggu wap panas naik kemudian tutup pengukus.  Kukus pulut hingga masak.
* Panaskan santan dan garam hingga mendidih sekejap.
* Keluarkan pulut dari kukusan dan gaul dengan santan sedikit demi sedikit hingga semua bahagian terkena santan.  Guna senduk kayu ketika mengaul pulut dengan santan.
* Biar pulut suam dan isikan ke dalam kelongsong daun kelapa.  Padatkan isi di kedua-dua hujung kelongsong dan setiap bahagian.
* Kemaskan balutan daun kelapa hingga menutupi pulut dan ikat mengelilingi kelongsong. Ikatan perlu kemas supaya tidak tercabut ketika merebus nanti.
* Susun lepat yang telah dibalut ke dalam periuk untuk merebus.  Air untuk merebus hingga ke tahap sama dengan lepat.
* Rebus hingga masak, atau daun kelapa bertukar warna (sekurang-kurangnya 2 jam).  
* Keluarkan lepat dari periuk, gantung atau anginkan hingga sejuk.

Dulang berisi 10 jenis makanan (kebanyakkan adalah kuih) yang akan diletakkan dihadapan imam yang akan mengetuai majlis bersanji atau tahlil.  Setiap bungkusan itu nanti akan dibahagi-bahagi kepada sesama mereka.  Antara menu yang terdapat dalam bungkusan adalah kuih putih (beppa puteh), bahulu, kuih oto (beppa oto'), goreng pisang, leppe-leppe (belebat), pulut (sokko), kuih koci (dodo' cangkuning), kuih buah sepang, dodol dan wajid (bajek).  Orang jawa ada nasi ambeng, orang bugis pula ada kuih 7 atau 10 jenis dalam dulang (beppa pitu rumpa atau 10 ruppana).


Pernah juga jumpa menu raya dalam masyarakat lain yang buat semacam ini.  Tapi pulut tak perlu dikukus hingga masak terlebih dahulu, cuma ditanak separuh masak bersama santan.  Kelapa parut turut dicampurkan ke dalam pulut. 
Wassalam.

Wednesday, 24 April 2019

Bolu Jadul (Indok Beppa)

Assalam...
Kunjungan ke Polewali sedikit masa lalu, banyak mengajar saya tentang erti dan semangat persaudaraan dan kejiranan.  Semangat hidup berjiran masih dipegang kuat seakan cubit peha kiri peha kanan turut terasa pedihnya.  Semangat tolong menolong tidak hanya terbatas pada saudara dekat sahaja, jiran tetangga turut sama berganding bahu.  Pengalaman menguruskan jenazah dan kenduri tahlil semua berjalan sangat lancar dengan bantuan mereka.
Saya saksikan betapa komitednya jiran tetangga datang membantu urusan daripada mula hingga akhir.  Ketika hari-hari tahlil diadakan, masak-memasak semua dilakukan oleh jiran tetangga, mereka tahu tugas masing-masing, jika rumah arwah terkurang satu barang atau perkakas cepat-cepat kembali ke rumah sendiri untuk mengambil barang tersebut.  Sama halnya dengan juadah, menu yang hendak dimasak, ke pasar beli barang, jemputan dan berkat untuk mereka yang datang menolong semua tuan rumah serah kepada seorang ketua dan tugas dibahagi-bahagi kepada jiran tetangga.  Selepas hari tahlil masih ada yang datang menolong untuk basuh pinggan, kemas rumah dan menyusun atur semula perkakas.  Ini adalah dua resepi bolu jadul yang mereka sediakan untuk santapan tetamu yang datang ketika hari tahlil diadakan.


Bolu Jadul / Indo Beppa
Sumber: Tanta Suma'

Bahan-bahan - untuk 6 biji kek
500gm majerin / mentega - cairkan
30 biji telur
6 cawan gula pasir
6 cawan tepung gandum
6 sdt tbm / ovallete
6 sdt vanila
6 sdt baking powder
6 sudu besar susu serbuk
Chocolate paste secukupnya


Cara Penyediaannya
* Grill acuan guna majerin dan tabukan tepung.  Buang lebihan tepung.
* Pukul semua bahan-bahan kecuali majerin hingga kembang dan putih.
* Masukkan majerin, kacau rata dan tuang ke dalam acuan.
* Bakar hingga masak, lebih kurang 30-45 minit atau sehingga pencucuk kek bersih ketika diuji.
* Gris permukaan kek dengan sedikit mejerin sementara masih panas sebelum dikeluarkan daripada acuan.


Bolu Syrup / Bolu Orange
Sumber: Lia (Mama' Mutiah)

Bahan-bahan
3 biji telur*
2/3 cawan gula pasir*
1/2 sdt tbm / ovallete*
1/2 sdt baking powder*
1/2 sdt vanila*
1 cawan tepung gandum
50ml (1.5 penutup) syrup orange ABC
30ml susu pekat 
30ml minyak masak 

Cara Penyediaannya
* Sediakan acuan gris dengan majerin dan taburkan dengan tepung.  Buang tepung lebihan daripada acuan.
* Pukul bahan bertanda '*' hingga kembang dan putih.
* Masukkan syrup, susu pekat dan minyak.
* Kaup balikkan tepung hingga sebati.
* Tuang dalam acuan dan bakar hingga masak.
* Lebih kurang 30-45 minit dengna api sederhana.
* Gris permukaan kek dengan sedikit mejerin sementara masih panas sebelum dikeluarkan daripada acuan.  

Dapat makan bolu jadul yang dikenenkan dengan air teh o panas, aduh sedapnya tak perasan dah setengah loyang masuk mulut.
Wassalam.

Tuesday, 9 April 2019

Hantaran Perkhawinan Suku Bugis & Suku Mandar

Assalam...
Syukur diberi rezeki dapat menyaksikan majlis perkahwinan di daerah Polewali, Sulawesi Barat sekaligus dapat melihat adat budaya sebenar yang masih mereka amalkan di sana.  Walaupun kedua-dua suku (Bugis dan Mandar) ini menebar ke serata nusantara, tetapi kemungkinan ada sedikit perbezaan dari segi sambutan dan sudah terasimilasi dengan budaya setempat.  Pasangan pengantinnya daripada 2 suku yang berbeza, pengantin lelaki (suku mandar) dan pengantin perempuan (suku bugis).   Malu jer sebab saya cakap ada mini pickup truck yang membawa almari tidak dapat lalu kerena jalan sesak.  Ketika itu rombongan pengantin lelaki sampai, sementara keluarga daripada pihak pengantin perempuan sangat sibuk menyambut tetamu.  Tidak tahu langsung yang semua isi pickup tu adalah barang hantaran untuk pengantin perempuan


Sedulang pisang yang terdiri daripada 4 jenis pisang.  Pisang berangan, pisang raja, pisang abu dan pisang hijau.  Keempat-empat jenis pisang ini boleh dikategorikan sebagai pisang kelas tertinggi penggunaanya dalam masyarakat bugis dan mandar, buah pisang menjadi pilihan utama untuk sesuatu acara.


Kotak empat segi (sulapa' eppa) dibuat daripada bambu dan bertutup ini dipanggil "wala suji", bukan kueh suji tau.  Wala suji dan bentuk empat segi (sulapa' eppa) ini mempunyai makna simbolik tentang kehidupan manusia yang perlu berpandukan kepada kesempurnaan merangkumi empat penjuru utara, timur selatan dan barat ataupun api, angin, tanah dan air.  Pemilihan bahan yang digunakan untuk menghasilkan wala suji itu daripada bambu tua juga mempunyai makna bukan sahaja sebagai tumbuhan yang paling berguna kepada manusia tetapi juga terkandung pembelajaran bermakna jika memahami proses pertumbuhan pokok bambu (buloh).  Sebelum memunculkan tunas dan daun bambu, proses penyempurnaan pada struktur akar terlebih dahulu berlaku (akar berselirat bukan akar tunjang) sebagai asas yang kuat untuk pokok bambu bertahan dan tidak mudah patah.  Begitu juga dengan manusia, perlu diterapkan asas (keimanan) yang kuat demi mendepani kehidupan seterusnya.


Isi dalam bakul bambu (walasoji), kelapa dan pisang masih utuh dalam setandan.  Buah nangka pula adalah yang sebiji besar (sama ada yang masak atau nangka muda).  Simbolik sebagai bekalan makanan asas untuk memulakan hidup setelah mendirikan rumahtangga.  Adat orang dulu-dulu .

Ini pula adalah isi yang terkandung dalam kotak yang dipikul oleh 2 orang lelaki yang mengiringi rombongan pengantin lelaki (gambar pertama), diatas kotak turut dihiasi dengan juntaian seperti bunga telur.  Pulut, telur rebus, kuih penyaram (jompo-jompo) dan ketupat nasi yang didalam kelongsong bulat kecil itu.


Mas kahwin, wang tunai dalam frame dan bungkusan macam hamper tu adalah seperangkat alat solat (telekung dan sejadah).  Kedua-dua benda ini diletakkan di hadapan pengantin lelaki, wali dan saksi.  Ketika akad dijalankan, pengantin perempuan tidak keluar menunggu di dalam bilik pengantin. 


Barang hantarannya pula lengkap, mereka tidak mengira mengikut berapa dulang nak hantar dan berapa dulang perlu dibalas.  Perkakas asas dalam dapur, besen, kuali, sudip, gayung dan penyepit buluh untuk makanan dan bara, benda ini disediakan oleh pengantin lelaki.  Manakala pihak perempuan hanya menyediakan pinggan makan, pinggan lauk, ceper, mangkuk, dulang, gelas dan tempat basuh tangan (kegunaan untuk 2 orang, suami dan isteri).  


Barangan dandanan diri, untuk kebersihan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, barangan hiasan dan barang untuk bersolek.

Ini pula kotak-kotak yang mengandungi pakaian dalam, anak baju, seluar dalam dan kain dalam (petticoat).  Persalinan untuk pakaian luar tetap ada baju, kasut, tapi saja tak ambil gambar, kan yang itu dah biasa kita jumpa.


Tidak dilupakan tambahan, alat untuk bersolek dan merapikan diri, kapas muka, cermin dan sikat rambut.  Bedak, lipstik, celak, sabun mandi tetaplah ada cuma tak dibawa bergambar sama.


Soal kesihatan ambil berat, hantaran berus gigi bersama ubat gigi.

Saya mencari kot ada lesung batu mereka jadikan hantaran tetapi tiada, jika ada batu cobek kan senang pengantin perempuan nak buat sambal ulek.
Wassalam.

Tuesday, 5 March 2019

Pokok Kabung / Aren

Assalam...
Pernah tak you all minum air nira kabung (pokok aren)? Apa beza nira nipah dengan nira kabung? beza sebab dari pokok yang berbeza, nipah tumbuh di kawasan tanah paya sementara kabung pula di kawasan berbukit dalam hutan atau pinggir hutan.  Rasa air nira lebih kurang sama manis, tetapi bagi saya nira dari pokok kabung lebih manis lagi.  Bunga pokok kabung ada 2 jenis yang boleh menghasilkan buah (attap seed/ kolang kaling) dan jenis yang satu lagi menghasilkan air nira untuk pembuatan gula merah (gula kabung / gula aren).



Pokok kabung ini jenis yang tinggi, jadi bayangkan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja sebegini.  Perlu memanjat dari satu pokok ke satu pokok untuk mengutip air nira.


Walaupun memanjat pokok kabung menggunakan tangga, tetapi pokok yang tinggi sebegini bukan sembarang orang yang boleh melakukannya.


Buah kabung yang dah besar menunggu matang untuk menghasilkan attapchi (buah kabung / kolang kaling).  Tandan bunga yang besar seperti ini tidak sesuai untuk menghasilkan air nira kabung.  Menghasilkan buah kabung juga perlu berhati-hati kerana getah daripada kulit buah sangatlah gatal jika terkena pada kulit.


Ini jenis bunga yang sesuai untuk diambil niranya.  Sebelum panggal tandan dipotong, pangkal hendaklah sentiasa diketuk manakala tandan bunga digoyang-goyangkan seperti membuai untuk menghasilkan nira yang berkualiti. 


Salah satu kaedah menabung air nira kabung, dan waktu untuk mengutip air nira selalu pada waktu awal pagi atau petang.


Kebetulan terserempak dengan individu yang baru balik mengutip air nira.  Air nira kabung dikumpulkan dan di simpan di dalan bentuk seperti batang paip putih itu untuk dibawa ke tempat penyediaan gula kabung.


Nira yang baru diambil daripada pokok adalah air nira yang sangat manis, air nira boleh disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan daripada masa dalam tempoh beberapa ketika.  Jika nira dibiar beberapa jam pada suhu bilik akan bertukar masam dan dikenali sebagai tuak.  Namun begitu tuak ini, tidak lah memabukkan.  Pemungut nira kabung selalunya akan didihkan air nira terlebih dahulu sebelum disimpan atau dikumpulkan untuk mengelakkan menjadi masam dan menjejaskan kualiti gula kabung.


Gula kabung / aren yang terdapat di pasar-pasar tradisi di Indonesia dibungkus menggunakan daun pisang kering atau sejenis daun hijau.  Tempurung kelapa atau bekas daripada kayu biasanya dijadikan cetakan untuk membentuk gula merah.

Kuih-muih tradisi yang menggunakan gula kabung asli memang terasa sangat sedap untuk dinikmati,  Dikatakan mengambilan gula kabung asli mempunyai manfaat dari segi kesihatan berbanding dengan gula lain yang dihasilkan secara sintetik.
Wassalam.