Showing posts with label Madina al-Munawwarah. Show all posts
Showing posts with label Madina al-Munawwarah. Show all posts

Friday, 2 December 2022

MIL Dipilih Sebagai 'DuyufurRahman'

Assalam....

Syukur Alhamdulillah, tahun ini MIL dapat terpilih sebagai tetamu Allah (duyufurRahman) mengunjungi Baitullah untuk menunaikan ibadah umrah.  Hasrat dan impian yang sekian lama diidamkan.  Beberapa tahun lalu adik-beradik MIL ajak pergi bersama-sama tetapi ketika itu terpaksa ditolak kerana menjaga ayah yang kurang sihat.

Apa yang lebih manis, MIL menunaikan umrah atas tajaan anak saudaranya bersama dengan 6 orang lagi  adik beradiknya (kesemua adik beradik 11 orang, 4 orang tak dapat pergi).  Perancangan mereka pergi 8 orang adik beradik tetapi, ketetapan Allah berkata lain, saat akhir mok ngah terpaksa tarik diri kerana suami yang sedang sakit.

Abang-abang 'B' bergambar dengan encik Iqbal, biar jangkit aura bisnes jutawan kata mereka.  Iqbal turut menghantar adik dan keluarganya yang akan menunaikan umrah bersama rombongan MIL.

Gambar terbaru MIL 7 orang adik beradiknya selepas menunaikan umrah wajib.  Beberapa tahun dulu, mereka mengerjakan ibadah umrah 7 beradik juga bersama mok ngah tanpa MIL.  Tahun ini 7 beradik bersama MIL tanpa mok ngah.

Ini di Jabal Rahmah bersama moknik dan anak bungsu moknik.  Rezeki moknik kali ini mengerjakan umrah bersama kesemua anak, menantu dan cucu-cucunya.

Semoga bertambah murah rezeki anak saudara yang menaja umrah MIL dan boleh luaskan lagi tajaan umrah selepas ini.  Boleh lah taja sepupu sepapat pula kan, ahak.

Wassalam. 

Tuesday, 7 April 2020

Loa Mandre: Nasi Arab Wadi Qudaid

Assalamm....
Ada rasa nak makan nasi arab lah, aaish duduk rumah diam-diam ini macam-macam lah yang teringin tu.  Alasan nak keluar le tu, cari-cari dalam aplikasi grab radius 10km takde pula restoran nasi arab yang beroperasi, nasi kandar banyak lah.  Takpe lah kita buat kerja baling belakang lah (TB) makan nasi arab di Wadi Qudaid.  Rasa-rasanya ramai yang pernah yang pernah singgah sini, kedai makan yang selalu jadi persinggahan jemaah umrah dari Madinah ke Mekah.  Singgah rehat, makan, ke bilik air dan sholat magrib. 



Suasana senja di luar restoran, jemaah yang dah ready, sedang rehat-rehat sambil menuggu makanan dan waktu maghrib.


Mutawwif dah pesan sampai saja di sini elok semua buat urusan ke bilik air terlebih dahulu sebab kat sini kena beratur panjang.  Yang ini semua sudah sttlekan urusan di bilik air dan bersiap untuk makan dan sholat bila masuk waktu.


Sedulang nasi arab untuk 5 orang, berlauk kan ayam panggang, ikan goreng talapia dan sedikit acar.  Nampak plan jer kan tapi sedap sebenarnya, ada yang tak makan ikan dalam group kami tu rupanya.  Tak habis pun kami makan berlima, yang lebih saya tapau tak baik membazir.


Ini nasi arab jenis apa ya, mandy? kabsah? bukhari? mansap? atau maqlubah?.  Tak kisah lah, semua jenis pun suka dan pandai makan saja.


Bismillah jom kita makan, ada juga yang pergi sholat dulu lepas tu baru makan.  Di sini sholat kena berganti-ganti sebab tempat agak terhad, jemaah pun bukan dari group kita saja, macam-macam group dan negara ada. 


Suasana senja di padang pasir yang cantik, walaupun hanya sekejap dapat merasainya.


Santai abang-abang ini di hamparan permaidani sambil menunggu kawan-kawan lain selesaikan sholat maghrib.

Selesai urusan, mutawwif pesan terus naik bas untuk kita teruskan perjalanan menuju Mekah dan tolong pantau kawan masing-masing yang duduk di sebelah dah naik bas atau belum.  Tapi biasalah kalau dah ramai-ramai ada macam-macam karenah yang menyebabkan kita lambat sedikit, cari bas tak jumpa dan sebagainya.
Wasalam.

Sunday, 31 December 2017

Sokaifat Bani Saedah


Assalam...
Terjumpa taman ini pada pagi terakhir berada di Madinah al Munawwarah (sebelum bertolak ke Mekah al Mukkarmah petang itu) semasa dalam perjalanan, (berjalan kaki) dari tempat penginapan ke pasar.  Sokaifat Bani Saedah mengikut sejarah adalah tempat di mana Abu Bakar Al-Siddiq di pilih menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW.


Sokaifat atau taman mendapat nama daripada nama  suku (Bani Saedah) yang memiliki tempat tersebut.  Kira rezeki nak ditemukan dengan tempat ini sebab pada hari sebelumnya saya hanya ternampak pasar (terletak bersebelahan dengan taman ini) daripada bangunan yang menempatkan bilik pameran berkenaan nama-nama Allah dan Nabi Muhammad SAW.


Setiap suku mempunyai sofaikat mereka sendiri, fungsinya sebagai tempat berkumpul atau lokasi untuk bermusyawarah ahli suku.  Sofaikat dahulunya tempat yang mirip aula, tetpi kini telah dijadikan sebagai taman oleh kerajaan Arab Saudi.


Pelbagai tumbuhan yang ditanam untuk menghijaukan taman ini terutama pokok kurma, tapi tak nampak pokok yang berbuah ketika itu (bukan musim agaknya).  Ada petugas yang menjaga rapi tanaman di situ, ketika kami singgah mereka tengah menyiram pokok dan mengemburkan tanah (ketika itu dah nak masuk musim panas)


Taman ini bersambung dengan Pasar Nabi yang terletak di hujung.  Rasulullah SAW telah meminta tanah kosong untuk dijadikan pasar agar kaum muslimin mempunyai pasar sendiri dan bebas daripada membayar sewa seperti yang dikenakan di pasar orang yahudi.  Bani Saedah telah menyerahkan tanah kosong tersebut walaupun pada asalnya tanah itu disediakan untuk tanah perkuburan.  


Jalan lurus jer dari hotel ke pasar, Taman Bani Saedah ini kiranya terletak di tengah-tengah perjalanan.  Selalu memang tak merayau ke mana-mana selain ulang-alik ke masjid dan hotel.  Hari last baru nak cari sedikit barang untuk dijadikan buah tangan.

Rasanya dalam pakej kami, lawatan ke tempat ini tidak termasuk dalam ziarah dalam.  Tetapi tempat ini senang untuk ditemui kerana hanya berada dibelakang bangunan pameran Muhammad the Massenger of Allah, jika dari hotel Mawaddah al Safwah dan hotel Movenpick jalan lurus ke depan.
Wassalam.