Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday, 6 October 2022

Lana's Bakery Land (Wholesale Bakery Supply)


Assalamm....

Betapa pentingya menyimpan data dan infomasi kata orang, sebab mungkin berguna pada masa akan datang.  Tapi kalau dapat data privasi dan pribadi orang jangan suka-suka nak sebarkan, dapat ke orang yang tak bertanggungjawap naya orang tu.  Tapi kalau info pasal kami jumpa satu kedai bahan-bahan bakeri ini, bagus untuk di kongsi.  Tempat begini selalu menjadi syurga shopping untuk para bakers sekalian, yang tak pegang title bakers macam saya pun boleh datang nengok-nengok.

Ceritanya, suatu hari kami berkunjung ke kedai yang selalu pergi nak dapatkan satu produk, tapi diberitahu stok habis sejak beberapa bulan yang lalu.  Tiba-tiba macam gelap dunia, masa sudah suntuk, nak berkejar ke cawangan lain kedai itu jauh pula.  Nasib sel-sel otak orang sebelah bersambung dia kata pernah jumpa kat tik-tok atau kawan dia ada cerita ada satu tempat baru dalam kawasan ini kalau nak beli bahan-bahan kek atau yang sewaktu dengannya.  Saya tak layan tik-tok sebab tu saya tak tahu, haruskah aku menjerumuskan diri ke apps itu? Walaupun dia terlupa nama kedai, cari punya cari Alhamdulillah jumpa juga kedai ini.

Masuk-masuk je memang teruja tengok tempat ini, walaupun senyap sunyi sebab dalam tu ada 2 orang pekerja dia saja di kaunter.  Kawasannya besar iyelah lokasinya dalam kawasan industri kan bukan macam lot kedai biasa.  Tak akan ada kes berlaga punggung jika pembeli ramai mamcam yang selalu terjadi di kedai-kedai bahan bakeri lain.

Seronok dapat memilih bahan-bahan dalam peti sejuk beku begini.  Senang nak banding harga mengikut jenama kan.

Tiada masalah nak beli barang yang berat dan besar sebab ada troli disediakan, dan tinggal tolak ke kereta apabila sudah selesai berbelanja.

Para coklat terpamir cantik di dalam bilik khas yang di namakan chocoland.

Semestinya jika ke kedai bahan bakeri, bukan bahan saja dijual, assessori, peralatan, packaging dan segala yang berkaitan ada di sini.

Sebenarnya ini kunjungan kali kedua, baru dapat menjelajah dan ambil gambar.  Pertama kali tu hanya beli bahan yang dikendaki terus caoww.

Para bakers yang nak pergi tu alamat kedainya, minta tolong jer pakcik waze atau makcik google map tunjukkan. Insha Allah jumpa.

Lana's Bakery Land - Wholesale Bakery Supply
14, Jalan Teknologi, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya Selangor.
Buka setiap hari - 9.00am 7.00 pm.

Wassalam.

Thursday, 30 July 2020

Burn Cheese Cake, Simple tapi sedap

Assalam...
Burn cheese cake yang menjadi kegilaan ramai, saya lambat sikit nak mencuba sebab kurang gemar dengan kek yang berasaskan keju ini.  Tapi keinginan untuk mencicipinya tu tetap ada, jika saja-saja buat memang tak habis jadi kita cuba time kita ada majlis kumpul-kumpul lah kan.


Suatu hari en.Abe balik kerja dia bagi tahu esok department dia nak buat makan-makan, boleh tolong buat apa-apa tak?  Terus jer ting nak cuba buat kek keju hangus nie, lagi pun baha-bahan memang dah ada stok.  Dalam pada kata tak suka makan tapi stok bahan ada, macamana tu?  Tapi buat pertama kali ini tak dapat juga nak merasa, bagi jer bawa seketul macam tu pergi gathering di tempat kerja.


Baca teliti resepi yang dikongsikan oleh rakan-rakan di fb, macam senang sangat nak buatnya, hanya blender semua bahan dan bakar.  Kalau tiada oven boleh bakar dalam air fryer pun bisa deh.


Gambar kiriman ketika majlis baru berlangsung, nampak dapat sambutan kek ini.  Majlis baru start dah tinggal separuh, sebelah kiri kek tu adalah nasi kaya juga dapat sambutan.  Kebetulan mak mertua ada di rumah ketika itu, en.Abe minta supaya ditambah satu lagi menu pemanis mulut tradisi orang kelantan yang juga salah satu air tangan mak mertua.


Resepi dan kuantiti bahan boleh rujuk seperti dalam gambar.  Panaskan oven dengan suhu 200'c.  Hanya campurkan semua bahan ke dalam jug blender, blend hingga semua bahan sebati dan halus.  Tuang ke dalam acuan yang telah dilapis dengan baking paper (parcement paper) bukan kertas minyak biasa tu ye untuk mengelakkan kek melekat.  Bakar dengan suhu tinggi pada 20 minit pertama dan turunkan suhu ke 170'c untuk 20 minit yang berikutnya atau sehingga kek masak dan keluarkan daripada oven dan sejukkan.  Keluarkan daripada acuan apabila kek telah betul-betul sejuk.  Kek akan kembang dan naik ketika membakar dan menyusut ketika di sejukkan.  Jika hendak menikmati kek yang sejuk boleh sediakan lebih awal atau sehari sebelum dan simpan di dalam peti sejuk, tapi tak kurang enaknya jika di nikmati ketika suam cuma hati-hati ketika memotong kek.

Untuk resepi ini, sedang elok kalau guna baking tray bulat saiz 6 inci atau 7 inci nampak kek tinggi, tapi saya xde saiz tu terpaksa lah guna tray 8 inci dan hasilnya nampak sedikit nipis.
Wassalam.

Thursday, 26 March 2020

Brownies

Assalamm...
Tempoh PKP dilanjutkan ke 14 April, 2020.  Seperti yang dijangkakan dengan melihat pada bacaan graf harian mereka yang dijangkiti covid-19 semakin meningkat.  Kes kematian juga sudah mencatatkan sebanyak 20 jiwa pada hari ke8 PKP ini.  Harap semuanya bersabar dengan keadaan yang berlaku sekarang dan teruskan duduk diam-diam di rumah.


Orang kata coklat dapat melegakan tekanan, jadi jom ambil sumber coklat dengan menyediakan coklat brownies.  Brownies mengikut sejarahnya adalah kek bantat yang tersilap buat, tetapi lama-lama menjadi kesukaan ramai.  Brownies adalah sejenis kek tapi tidak dipanggil sebagai kek.


Chocolate Brownies
Sumber: Mulia

Bahan A
300gm dark chocolate
150gm mentega
* Cairkan guna kaedah double boiler
 
Bahan B 
200gm brown sugar (boleh kurang jadi 170gm jika tak suka manis)
4 biji telur (gred B)
1 sudu teh esen vanilla
* Kacau telur dan esen vanila hingga sebati dan campurkan gula.  Jangan kacau lama

Bahan C
100gm tepung gandum
30gm serbuk koko
* Ayak bersama tepung

Bahan D
2 sudu air panas 
3/4 sudu kecil nescafe
* Campur dan gaul sebati


Cara Penyediaannya
* Sediakan loyang 9 x 9, griss dan lapikkan dengan baking paper.
* Panaskan oven guna suhu 150'C.
* Campurkan bahan A dan bahan D.
* Tambah bahan B dan  C berselang seli.  Gaul perlahan hingga semua sebati dan tidak berketul.
* Masukkan ke dalam loyang pembakar. Hentakkan loyang sekali untuk mengeluarkan gelembung angin.
* Bakar selama 30-40 minit, mengikut kepanasan oven.
* Setelah 30 minit, test brownies dengan cake taster.  Matikan oven bila brownies dah masak.
* Letakkan bownies kat dalam oven dengan pintu terbuka sedikit.
* Bila dah suam baru keluarkan dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Boleh kata ini brownies kedut ker? Tapi kedut tu tak seberapa nampak lah.   Kena test lagi lain kali untuk menjadikan dia berkedut.
Wassalam.

Monday, 23 March 2020

Kek Pisang


Assalamm..
Kek pisang cadangan menu untuk minum petang pada hari ke-6, PKP covid-19.  Itu pun kalau kawan-kawan ada stok pisang masak di rumah lah, kalau takde boleh jer tukar dan guna buah-buah lain macam mango.  Kami beli sedikit buah hari tu untuk stok macam pisang masak nie, kalau payah-payah sangat gaul-gaul buat jer cekodok untuk sarapan atau minum petang.  Pisang tu klau biar saja memang akan busuk, kita kupas dan masukkan dalam plastik kemudian simpan dalam esbok.  Nak guna baru kita lenyekkan dia.


Boleh lah buat aktiviti memasak bersama anak-anak supaya mereka tidak kebosanan dan larikan tumpuan mereka sekejap daripada tv atau phone.  Buat banyak-banyak tu nak buat kenduri ker, eh takde lah mana boleh kumpul-kumpul kan Kita bagi-bagi lah pada jiran depan, sebelah kiri kanan, atau atas bawah.


Kek Pisang
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
5 biji pisang
4 biji telur
1 cawan gula halus
1. 5 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen pisang
3/4 cawan minyak masak atau majerin cair 

Cara Penyediaannya
* Sediakn loyang pembakar, griss dasar dan lapik dengan baking paper.
* Panaskan oven dengan suhu 160'C.
* Lenyekkan 3 biji pisang hingga hancur dan gaulkan dengan soda bikarbonat.
* Jika guna butter atau majerin, cairkan dulu dan sejukkan.
* Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
* Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama gula halus dan esen pisang hingga kembang.
*  Masukkan pisang lenyek berselang seli dengan tepung yang telah di ayak hingga habis dan gaul sebati.
* Masukkan minyak atau majerin.  Gaul perlahan hingga sebati.
* Tuang dalam tin pembakar dan bakar selama 40 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing. 
* Bila dah masak, terbalikkan atas redai dan biarkan sejuk sebelum di potong.

Tadaaa, dah siap.  Buat kek pisang yang saya guna adalah pisang berangan, pisang emas atau pisang rastali.  Jika guna pisang cavandish atau pisang montal, rasa kek sedikit masam.  Tapi yang dua jenis pisang susah nak dapat, jadi selalu guna pisang berangan saja.
Wasalam.

Friday, 15 November 2019

Kek Gula Hangus aka Sarang Semut, by Noxxa

Assalam...
Masih mencari benda yang boleh dimanfaatkan menggunakan periuk noxxa, daripada terperuk jadi tukun, mari kita lenjan dia dalam masa yang sama boleh tahu kemampuannya bagaimana takdelah nanti rasa ralat sebab beli mahal-mahal kan tak digunakan.  Salah satu yang boleh dibuat adalah membakar kek, jadi alasan tiada oven untuk bakar kek dapat di atasi di ditu.  Kita juga buat kek gula hangus, kek yang sentiasa mencabar kesabaran dalam penyediaannya.  Adakala hasilnya menjadi adalaka tidak, cabaran utama adalah sarang semut tulah, kalau ada sarang maksud menjadilah kek itu. 


Kek Gula Hangus
Sumber: Azie Kitchen

Bahan A:
2 cawan gula
2 cawan air panas
6 sudu besar marjerin

Bahan B:
2 cawan tepung gandum - ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat - ayak
8 biji telur A
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu pekat manis
Cara Penyediaannya:
* Panaskan gula dengan api perlahan hingga menjadi cair dan keperangan. Setelah cair, masukkan air panas perlahan-lahan kerana ia akan merecik. Kacau sehingga gula hancur, baru dimasukkan marjerin. Kacau rata sehingga majerin hancur. Ketepikan. 
* Sementara itu, sediakan pula bahan B. Blender telur sehingga kembang selama 1 minit. Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan kacau mengguna senduk atau whisk sehingga sebati.
* Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat tadi. Kacau seketika dengan whisk hingga sebati sahaja. 
* Akhir sekali, masukkan gula hangus yang masih panas tadi dan kacau sebati. Kacau sekejap sahaja. 
* Lenser periuk Noxxa dengan majerin. Tapis adunan ke dalam periuk noxxa. 
* Set setting pada steam selama 50 minit (saya set 40 minit) dan pastikan tombol menghala ke steam. Abaikan jika keluar bunyi, mode steam memang berbunyi sampai habis masa. 
* Selepas habis bunyi beep, tekan off dan biarkan 5 minit. Selepas 5 minit, buka tudung keluarkan inner noxxa. 
* Sejukkan sekejap dan bila rasa dah boleh pegang inner, boleh keluarkan dengan berhati-hati. 

Nota:
Untuk mendapatkan kek yang berlubang, potong kek di tengah, kemudian tengok arah garisan kek. Potong kek melintangi garisan.
Jom minum petang dengan kek gula hangus aka sarang semut, kek orang lama yang masih ramai penggemarnya.  Cabaran menjadi kali ini, dan dah banyak kali percubaan hasilnya semua tidak menghampakan dengan noxxa.  Cuma sedikit berkerak di bahagian bawah kek.
Wassalam.

Monday, 30 September 2019

Kek Durian

Assalamm...
Bekalan isi durian daripada musim yang lepas masih tersisa dalam freezer.  Walaupun tak dapat balik kampung menikmati raja buah itu, mertua tak lupa nak kirimkan buah durian atau isi durian untuk saya.  Mana yang tak makan habis tu, saya sejuk bekukan, bila nak makan baru keluarkan macam makan aiskrim durian gitu.  Beberapa kali juga olah isi durian untuk dijadikan manisan untuk bapak ketika itu, arwah memang suka sangat dengan durian dan tiada larangan dari segi penyakit untuk arwah menikmati durian.


Sementara stock isi durian masih ada, kita carilah apa lagi benda yang boleh buat dengannya.  Jumpa resepi kek durian ini dikongsikan di fb, banyak resepi kek durian yang dikongsikan tetapi cheese durian, yang ini kira macam butter kek, memang suka lah jika butter kek, maka tanpa berlengah kita try lah.  Ternyata hasilnya pun sedap juga, harum semerbak bau durian masa keluarkan kek dari oven.


Kek Durian
Sumber: Cikgu Azlina


Bahan-bahan
250gm mentega bermutu tinggi /majerin
1 cawan gula halus
1sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil esen durian/ emolco durian


**Bahan di atas mix sampai gebu


7 sudu besar susu pekat
5 biji telur
1 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan tepung naik sendiri
7 sudu besar susu segar

Cara Penyediaannya
* Masukkan 100-200 gram isi durian segar, carik-carikkan dengan 7 sudu besar susu pekat ke dalam bahan yang di mix tadi iaitu butter, gula halus, esen vanila dan esen durian.
* Mix sekejap dan masukkan telur satu per satu.
* Perlahankan mixer masukkan separuh tepung gandum yang telah diayak dan tepung tepung naik sendiri.
* Tuang pulak susu segar kemudian masukkan lebihan tepung sampai habis.
* Bakar pada suhu 170 darjah, masa 45 hingga 50 minit bergantung pada oven masing-masing.



Terima kasih kepada penyumbang resepi moga terus menjadi amal jariah yang berterusan untuknya.  Amin Ya Rabb.
Wassalam.

Wednesday, 21 August 2019

Puding Kek Durian Cendol Gula Melaka

Assalam...
Sementara masih ada stock durian, kita cari menu yang menggunakan durian untuk dijadikan kudap-kudap.  Orang sakit tu pun suka jika dapat mencicip kuih-kuih basah selalu, kuih yang lembut-lembut katanya.  Hari tu terjumpa resepi perkongsian dari Kak Wan, terus rasa macam terpikat nak buat.  Puding Kek Durian Cendol Gula Melaka, memang panjang nama kuih ni sebab banyak benda dirangkum dalam seketul kuih.  Langkah penyediaan juga perlukan masa, beberapa step tapi takpe kita buat slow-slow, semoga berjaya.


Jom kita semak resepi dari blog Kak Wan.

Puding Kek Durian Cendol Gula Melaka
Sumber: Kak Wan (Citarasawan)

Bahan-bahan Untuk Lapisan Kek
125gm vanilla sponge mix
125gm telur (anggaran 3 biji gred B) 
30ml air
30ml minyak jagung
1 sudu teh pandan emulco

Loyang 9 in dialas kertas minyak
loyang 8 in (loose base tin)

Cara Penyediaannya
* Campurkan sponge mix, telur dan air dan putar dengan kelajuan rendah hingga bergaul rata.
* Tukar kepada kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan pekat.
* Perlahankan mixer, masukkan minyak jagung dan pandan emulco, putar hingga bergaul rata.
* Taung ke dalam loyang 9", bakar dengan suhu 180'c selama 25-30 minit.
* Keluarkan dari oven, dan telangkupkan atas redai.  Biarkan sejuk.
* Trim bahagian atas kek dan sediakan bahan-bahan puding. 
* Letak lapisan kek pada dasar loyang 8 in yang telah dibasahkan terlebih dahulu. 


Bahan Untuk Lapisan Gula Melaka
200ml santan kotak
300ml air
11/2 sudu teh (6gm) serbuk agar-agar.
1/3 cawan gula melaka (merah)
1 sudu besar gula halus
1 sudu teh tepung honkwee
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam

Cara Penyediaannya
* Satukan semua bahan puding gula melaka kecuali kuning telur.
* Apabila agar-agar larut, ambil satu sudu besar dan campurkan dengan kuning telur.
* Kacau rata dan tuang semula ke dalam adunan agar-agar.
* Kacau sebentar, tutup api dan tapis.
* Tuang atas kek, biarkan sejuk dan mengeras.


Bahan Untuk Lapisan Santan Cendol
200ml santan kotak
200ml air
11/2 sudu teh (6gm) serbuk agar-agar
1/3 cwan gula halus
1 sudu teh tepung honkwee
1/4 sudu teh garam
1 cawan cendol

Cara Penyediaannya
* Satukan semua bahan kecuali cendol.
* Masak hingga agar-agar larut. 
* Tuang ke atas lapisan gula melaka.
* Tabur cendol hingga merata, biar sejuk dan mengeras.
* Setelah keras cakar sedikit permukaan dengan garfu.

Bahan Untuk Lapisan Kastard Durian
200ml santan kotak
200ml air
1/2 cawan isi durian lecek
2 sudu teh (8gm) serbuk agar-agar
1/3 cwan gula halus
2 sudu teh tepung kastard
1 sudu teh tepung honkwee
1/4 sudu teh garam 
Sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaannya
* Kisar isi durian dan air hingga halus.
* Tapis dan masukkan ke dalam periuk dengan bahan lain.
* Masak hingga meletup-letup.  Kacau rata dan tuang ke atas lapisan puding santan cendol.
* Simpan ke dalam peti sejuk hingga mengeras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Walaupun hasil tak seberapa jika dibanding dengan yang Kak Wan buat, tapi Alhamdulillah rasanya tetap sedap.  Orang sakit dapat nikmati kueh ini beberpa kali, sekali hidangan bukan sepotong kecil tapi berpotong-potong besar pula potongannya.
Wassalam.

Thursday, 2 May 2019

Futry Bakery, Maros

Assalam...
Bakery Futry kami jumpa secara tak sengaja, tapi yang ini antara yang terpopular di sini.  Kakak yang kami ikut dari bandara yang bawa ke sini, katanya lebih selesa nak tunggu kenderaan di sini dan terletak berhadapan dengan Grand Mall maros.  Mula-mula kami hanya mengiyakan saja, asal boleh keluar cepat dari kawasan bandara untuk mencari kenderaan ke destinasi seterusnya ke Polman.  Kami setuju untuk ikut kakak tu dari menaiki teksi atau grab dari Bandara Sultan Hassanudin supaya lebih selamat dan terhindar daripada muslihat dan tipu daya ulat.

Toko kuih ini lebih banyak pilihan kek, roti dan kudapan, lebih selesa berbelanja dan bersih berbanding dengan bakery lain yang pernah kami singgah di daerah Maros.  Kami membeli serba sedikit untuk dijadikan buah tangan untuk orang Polman nanti.


Jagung Goreng merupakan kudapan khas Kota Makassar, ramai yang menyangka ianya kacang, dah makan baru tahu rasanya lain.


Sebahagian roti yang dipamerkan, agak terlalu awal lagi ketika itu nampak pekerja tengah sibuk buat packing di bahagian belakang.


Deretan pelbagai jenis brownies dan swiss roll.


Mencari kek yang dinamakan bruder / brudel, kek yang dibuat menggunakan tapai ubi.  Bruder / brudel adalah kek dengan kombinasi roti yang memang terkenal di Sulawesi terutama di Menado, Sulawesi Utara


Donut Futry Bakery & Cake Maros.


Kuih kering, seperti biskut juga ada.  Di sini kuih kering macam biskut ini bukan hanya dihidangkan ketika musim perayaan hari raya tetapi bila-bila masa seperti pesta perkhawinan atau acara keramaian lainnya.


Kuih duri-durian, kueh ini macam tart berintikan kelapa yang dicampurkan dengan isi durian.  Nak kata duri-durian sebagai kuih kering bukan, kuih basah pun bukan.  Boleh didapati dalam kuih tradisi harian.


Roti bantal atau paun seperti ini lah yang menjadi trade mark sebagai roti maros.


Mengancam betul cili padi yang tertanam dalam risoles tu, selain jalangkote kami beli juga beberapa ketul risoles untuk dimakan dalam perjalanan.


Bakwan udang, macam cucur udang lah klau kat sini.


Di seberang jalan sana adalah Grand Mall Maros, mall baru dan besar di kawasan Maros.  Jika tak rush boleh juga nak jalan-jalan ke sana, mereka kata mall tu keren.

Tak berapa lama kereta yang kami nantikan tiba untuk membawa kami ke Polman.  Bye bye Futry, harap dapat singgah lagi sebelum kami balik KL nanti.
Wassalam.