Showing posts with label Home Made. Show all posts
Showing posts with label Home Made. Show all posts

Sunday, 10 November 2019

Home Made Sardin by Noxxa

Assalam....
Siapa sini yang gemar makan lauk sardin?  Kita geng lah, ramai juga yang tak suka makan sardin ni, maklumlah makanan diawetkan tak fresh dan bertahun-tahun dalam tin.  Lauk sardin dalam tin bukan ikan sardin/selayang/basung mentah tu, tapi sebenarnya sardin dalam tin tu dibuat daripada ikan selayang lah kan (nama makeral).  Zaman kanak-kanak dulu, jika dapat makan makanan dalam tin, kita lagak macam orang ada-ada dengan kawan-kawan sebab susah nak dapat, lagi satu jangan harap nak  hidang lauk sardin sebab arwah bapak cukup tak suka sebab jemu antara satu kisah sardin dan kem balak.


Ingatkan dulu orang pedalaman saja yang makan lauk dalam tin begini sebab boleh simpan lama dan jauh daripada pasar.  Kisah sepupu sepapat saya yang dulu kerja dalam hutan di kem pembalakan, mereka memang sinonim dengan lauk sardin nie, sekali keluar bandar bukan beli beberapa tin, tapi angkut terus berkotak-kotak pelbagai makanan dalam tin untuk bekalan selama beberapa bulan di dalam hutan.  Sehingga kini ada yang tak boleh pandang langsung dengan makanan tin sebab terlalu bosan dan jemu termasuk arwah bapak dulu, walaubagaimana tiada lauk kat rumah tolong jangan hidang lauk sardin untuk mereka, mereka lebih rela makan nasi berlaukkan sayur bening.  Dalam banyak-banyak jenama sardin di pasaran, saya biasa beli dan makan yang cap ayam dengan cap cawan raja.  Dua ini yang paling sedap dan menepati citarasa kami.  Untung follow group masak-masak guna noxxa, ramai yang kongsikan resepi free, boleh dicuba dan salah satunya seperti penyediaan sardin home made nie.


Sardin Home Made
Sumber: Group Periuk Noxxa

Bahan-bahan A
1 biji bawang holland (saiz besar)*
3 biji tomato masak ranum, jika kecik letak 4 biji*
3 ulas bawang putih*
1 cawan air
*Blend semua bahan bertanda

1kg ikan selayang / sardin / saba makeral - siang dan bersihkan, potong mengikut saiz yang dikehendaki


Bahan-bahan B
1 cawan minyak masak
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1 senduk cili kisar
1 tin tomato puri (220gm)
1 tin air, guna tin tomato puri
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Penyediaannya
* Tekan stir fry untuk menumis.
* Tumis bahan A dan bahan B hingga pecah minyak.
* Masukkan ikan yang telah siap dibersihkan.  tambahkan perasa garam dan gula.
* Tukar mod ke hingh pressure dan set masa ker 70 minit (ikan kecil), jika ikan saiz besar boleh guna 90 mint atau hingga tulang ikan mereput seperti sardin yang kita beli dalam tin. 
*  Jika masak dalam kuantiti banyak, perlu tambah masa hp untuk melembutkan tulang ikan.
* Sardin yang telah siap boleh diolah mengikut cara anda mengolah sardin dalam tin, nak buat sambal, masak lemak atau boleh terus dinikmati begitu saja.
* Untuk menyimpan lebih lama, sejukkan terlebih dahulu dan pack mengikut portion untuk sekali masak.
* Bekukan dalam freezer dalam bekas yang bertutup rapat.


Rasa nak jual sardin lah pula, agak-agak ada orang nak beli ker?  mana tahu rezeki ada dengan meniaga sardin.
Wassalam.

Monday, 30 September 2019

Kek Durian

Assalamm...
Bekalan isi durian daripada musim yang lepas masih tersisa dalam freezer.  Walaupun tak dapat balik kampung menikmati raja buah itu, mertua tak lupa nak kirimkan buah durian atau isi durian untuk saya.  Mana yang tak makan habis tu, saya sejuk bekukan, bila nak makan baru keluarkan macam makan aiskrim durian gitu.  Beberapa kali juga olah isi durian untuk dijadikan manisan untuk bapak ketika itu, arwah memang suka sangat dengan durian dan tiada larangan dari segi penyakit untuk arwah menikmati durian.


Sementara stock isi durian masih ada, kita carilah apa lagi benda yang boleh buat dengannya.  Jumpa resepi kek durian ini dikongsikan di fb, banyak resepi kek durian yang dikongsikan tetapi cheese durian, yang ini kira macam butter kek, memang suka lah jika butter kek, maka tanpa berlengah kita try lah.  Ternyata hasilnya pun sedap juga, harum semerbak bau durian masa keluarkan kek dari oven.


Kek Durian
Sumber: Cikgu Azlina


Bahan-bahan
250gm mentega bermutu tinggi /majerin
1 cawan gula halus
1sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil esen durian/ emolco durian


**Bahan di atas mix sampai gebu


7 sudu besar susu pekat
5 biji telur
1 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan tepung naik sendiri
7 sudu besar susu segar

Cara Penyediaannya
* Masukkan 100-200 gram isi durian segar, carik-carikkan dengan 7 sudu besar susu pekat ke dalam bahan yang di mix tadi iaitu butter, gula halus, esen vanila dan esen durian.
* Mix sekejap dan masukkan telur satu per satu.
* Perlahankan mixer masukkan separuh tepung gandum yang telah diayak dan tepung tepung naik sendiri.
* Tuang pulak susu segar kemudian masukkan lebihan tepung sampai habis.
* Bakar pada suhu 170 darjah, masa 45 hingga 50 minit bergantung pada oven masing-masing.



Terima kasih kepada penyumbang resepi moga terus menjadi amal jariah yang berterusan untuknya.  Amin Ya Rabb.
Wassalam.

Monday, 31 December 2018

Jem Nenas

Assalam...
Buat apa nak susah-susah nak sediakan jem nanas tu, yang dah siapkan dah ada dijual? Nak wat gano, kalau jenis tak puashati atau tidak suka guna yang dah sedia ada.  Ini antara penyakit ketegaq kata orang tua yang dikenalpasti.  Sanggup tak payah buat langsung tart nanas jika tak ada jem buat sendiri, sebab itu menunggu punya lama baru dapat buat tart nanas.


Saya selalu sediakan jem memakan masa beberapa hari, masak sekejap-sekejap time masuk ke dapur contohnya pagi masak sekejap, malam lagi sekali, kemudian sambung esok lagi, hinggalah dapat jem nanas yang diingini.  Jenis tak sanggup nak tunggu jem tu masak dan keras sekaligus.  Sebab tu bila dah kesuntukan masa, takde jem nanas tersedia alamat tak adalah tart nanas untuk tahun tu.  Tetapi memasak yang permulaan tu, kena lama sikit sekurang-kurangnya masak hingga jus nanas kering. 


Jem Nanas
Sumber:  Mulia


Bahan-bahan
10 biji nanas mengkal sederhana besar
1 kg gula pasir
1 biji papaya mengkal (optional)
sedikit serbuk kayu manis
2 sudu makan majerin


Cara Penyediaannya
*  Parut nanas atau blend halus.
*  Option meletakkan papaya sekiranya bekalan nanas tidak mencukupi.
*  Tapis dan asingkan dari jusnya.
*  Masak serat nanas yang sudah di tapis hingga bersama gula pasir.
*  Masukkan kayu manis atau ssedikit serbuk ke dalam jem.
*  Bila sudah kering dan likat, masukkan majerin dan gaul hingga rata.
*  Sejukkan jem sebelum digunakan.

Nota - Jem homemade macam ini tak guna sebarang pengawet, jadi nak guna lama boleh simpan dalam peti ais.  Jangan tutup botol atau kontainer jem sekiranya jem masih panas.

Gentel jem bentuk panjang atau bulat-bulat terpulang nak guna untuk nastar atau tart.  Guna plastik glove jika tidak suka ianya melekat pada tangan.  Hari tu ada nampak orang jual gadget untuk bentukkan jem nanas, lepas ini lagi mudah lah kerja.
Wassalam.

Wednesday, 24 June 2015

Cili Padi Kering

Assalam...
Cerita cili padi tak abis lagi, yang hari tu cerita pasal minyak cili en.Abe punya part.  Sekarang giliran cerita saya pulak tentang cili padi.  Dulu ceritanya masa duk penang, ramai kawan mami, mamu yang jadi pembekal cili padi kering goreng ini.  Bila tanya beli kat mana?  Beli dekat kedai rempah little india jugak.  Sebab sini cam jauh jer little india tu, maka kita try test cuba buat sendiri, menjadi ke tak?...
Murahkan cili yang kita orang beli ini dengan kualiti yang masih elok.  Ratakan jer cili atas permukaan rata, tampi takde tudung periuk pun berguna.  Saya keringkan pun guna cahaya matahari yang memasuki tingkap.  Letak jer tudung periuk dekat tingkap tak terjaga pun sebenarnya, kadang cerah atau hujan biar jer situ sedar-sedar dekat sebulan.  Kalau jemur betul-betul bawah panas terik dua minggu dah ok. 
Cili kering tu nak diapakan or buat aper nanti kita sambung eh...dah pedih mata dah nie tahan ngantuk, semalam cuma tidur-tidur ayam dalam kereta perjalanan selama 7 jam dari pj ke jerantut dan balik semula ke pj.  Sahur dalam kereta makan roti gardenia dengan air mineral, sampai rumah dah subuh gajah, dan bersiap untuk pergi kerja..
Wassalam...

Tuesday, 23 June 2015

Home Made: Telur Masin

Assalam...
Mari kita meniru untuk kebaikan bersama,tapi jangan lupa bagi kredit sumber yang ditiru tu jer, minta halalkan.  Nanti tak berkat pulak.  Saya memang penggemar telur masin, dulu mak pun suka buat sendiri telur masin dan ilmu itu menurun kepada kakak.  Sampai ke saya lambat sikitlah dulu-dulu semua buat tak tahu.  Pernah suatu hari dengar satu ceramah tentang orang perempuan yang kesuntukan masa nak masak.  Penceramah tu kata sampai telur masin pun beli jer yang dah siap rebus.  Terkena batang hidung sendiri, jadi dari saat itu kalau nak makan telur masin beli yang masih bersalut arang dan rebuslah sendiri.  Jadi kita buka satu langkah lagi, cuba sediakan sendiri sebab jumpa cara penyediaan yang mudah tak perlu nak cari tanah, lumpur, dedak apa semua..
Kalau boleh dapat, pilihlah telur itik yang berwarna biru-biru tu.  Hasil telur masin bahagian kuningnya lebih cantik daripada telur yang kulit berwarna putih.
Saya cnp cara-cara buat telur masin bersama tipsnya dari blog  Along Roz (HomeKreation - Kitchen Corner), minta halal ye kak.

Telur Masin
Sumber: Along Roz

Bahan
30 biji telur itik - basuh bersih
2 pkt garam (+- 700gm)
2 liter air
2 cawan air panas
Balang atau botol


Penyediaannya
* Campur garam dan air sehingga larut, di dalam balang kaca besar.  (saya guna balang plastik bekas kopi 434).
*  Masukkan telur dan biarkan selama 4 minggu.
*  Telur masin yang direbus, kuningnya akan merah berkilat dan berminyak apabila cukup matang.


TIPS: 
Tip dari Mymoone Esa, sahabat FB: letakkan sebungkus plastik yg berisi air di atas telur2 itu supaya elok tenggelem di dalam air dan tidak terapung.


Ini rupa telur masinku...sampai dah berminyak-minyak.  Masa tepat 30 hari berendam dalam air garam sempat rebus sekali, rasa masin tu ngam-ngam.  Yang ini dah terlebih masin bagi saya yang tak suka masin, yang suka makan masin sedang elok lah tu.  Lain kali kena keluarkan dari air garam dan simpan dalam peti sejuk setelah genap sebulan.
Daripada 30 biji telur yang buat hari itu, tinggal hanya 4 biji khas untuk dibekalan pada ibu mertuaku esok.
Wassalam..

Sunday, 21 June 2015

Minyak Cili Padi

Assalam...
Khas untuk penggemar makanan pedas atau cili padi sekalian.  Terkadang bila kita beli cili tak habis makan dan yang lebihnya terbuang begitu saja.  Suatu hari kami jumpa cili padi merah yang masih segar dengan harga murah, stock akhir, maka memboronglah kami seperti memborong gula-gula dan coklat.
Tuan pengarah yang punya bahagian ini, tapi part nak membuang tangkai cili tu hambalah yang laksanakan.  Takut pedas katanya.  Kalau takut dengan pedas jangan bermain cili padi, makan takpe.
 Goreng dengan api perlahan sehingga cili garing.
Minyak Cili Padi.
Sumber: Abe Nas.

Bahan-bahan
Cili padi segar
Minyak masak
Garam
Botol untuk menyimpan.

Cara Penyediaan.
*  Bersihkan cili, buang tangkai dan cuci bersih.
*  Panaskan minyak, masukkan cili padi dan garam.
*  Goreng cili dengan api perlahan sehingga garing.
*  Sejukkan dan simpan dan botol.  Cili boleh jugak diblend hancur sebelum disimpan.


Contoh penggunaan minyak cili, dalam menu megi goreng jerangkap samar ini.  Atas tu potongan cili padi yang segar, dalam megi goreng tu pulak dah dicampur dengan minyak cili padi.
Wassalam.

Sunday, 13 July 2014

Home Made - Olio Herbs

Assalam...
Syyyhhhhhhh...nak share satu rahsia untuk menghasilkan olio herbs yang selalu chef-chef hotel buat.  Mereka tak guna pun chili flake saja atau guna fresh garlic atau english parsley, sebaliknya mereka combined ketiga-tiga bahan ini dengan menghasilkan olio herbs yang istimewa.
Olio Herbs
Sumber: Abg Nas

Bahan-bahan
30 tangkai cili kering - buang biji dan keringkan
300gm english parsley - buang tangkai dan keringkan
500 gm bawang putih - hiris nipis dan keringkan.

Cara penyediaan
1. Kalau ada oven canggih, bolehlah guna untuk mengeringkan bahan-bahan tersebut, jimat masa untuk meyediakannya.  Sebab saya guna kaedah manual so makan 2-3 hari jugak ler nak tunggu bahan-bahan tersebut betul2 kering.
2. Panggang setiap bahan dalam oven dengan suhu 100'C sekejap, kira-kira 2 minit atau hingga betul-betul garing.  
3. Ramas kesemua bahan hingga halus dan campurkan.  Simpan di tempat kedap udara, supaya tahan lebih lama.
English Parley yang telah siap diramas.
Garlic flake ini sepatutnya, keringkan 2-3 hari sebelum di panggang sekejap.  Sebab nak cepat hari itu, lepas slice terus goreng.  Hasil tak sehalus yang dikehendaki ketika meramas, berketul-ketul sebab garing tak sama rata.
Ramas cili kiring yang telah dipanggang sekejap hingga halus.
Contoh hidangan mengunakan olio herbs..
Kawan-kawan yang nak ubah selera berbuka posa makan aglio olio bolehlah cuba letakkan herbs ini, gerenti sedap. 
Wassalam