Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Thursday, 29 September 2022

Harga Ikan Murah Gila di Pasar Sandakan


Assalamm...
Hujung bulan Ogos hari tu balik kampung (Sandakan) menghadiri majlis perkaheinan anak buah.  Setiap kali balik, tempat yang suka nak pergi adalah pasar ikan, tak beli tak apa dapat scan harga pun jadilah.  Sakit hati tengok harga ikannya, murah gila.  Pasar pertama singgah adalah pasar ikan Batu 8 (Bandar Sibuga), biarlah gambar saja yang berbicara, orang tawar ketam sebaldi dengan harga RM20 saya tak mahu sebab punya sakit hati..








Sebelum balik, sempat ke pasar awam Sandakan yang terletak di bandar.  Lihatlah harganya yang saya rasa macam tak masuk akal di zaman sekarang yang segalanya serba mahal.  Tak masuk akal bagi harga Lembah Klang, tapi bagi mereka di sana, memang itulah harga makanan laut di pasar walaupun ada ketikanya harga naik juga. 




 




Ikan-ikan untuk golongan kayangan pun ada cuma tak masuk dalam gambar, harga bawah RM20 sekilo.  Sebab teruja sangat dengan ikan-ikan yang biasa rakyat marhain beli tu yang tumpu ambil gambar ikan tu je.  Makanan laut yang mahal, dapat ambil gambar lobter je.  Tiba-tiba rasa nak balik menetap di Sandakan bila tengok harga ikan murah macam tu.

Wassalam.

Wednesday, 20 July 2022

W-W: Kuih Tak Tahu Nama?

Assalamm...

Beli di pasar tamu Sepitang, katanya kuih @ makanan orang Brunei.  Ada penjual tu bagi tahu nama tapi lupa.  Ada pelbagai jenis inti, kami beli inti lokan.  Sedap dan murah, sepeket tu RM2.00 saja.

Pulut, ada inti dalamnya dan dibalut dengan daun nipah.



Siapa yang tahu nama kuih ini, tolong bagi tahu ya.

Wassalam.

Wednesday, 13 July 2022

W-W: Kuih Pasung

Assalamm....

Kuih pasung, tempat lain mungkin dikenal dengan nama lain.  Kalau balik Sabah, jumpa orang jual mesti beli.  Buat sendiri tak pernah, nantilah belajar, ada cara gulung daun kat bawah tu.

Makan dengan tenang sambil menunggu speedboat di terminal deri Labuan ke Menumbuk, Sabah.




Boat tak sampai lagi kuih dah habis, enak banget.

Wassalam.

Thursday, 1 October 2020

Pengalaman Test Covid dan Kuarantin (SHO-14 hari)

Assalamm...

Simpan cacatan di sini sebagai kenangan bagaimana proses sample swab test covid yang saya lului semasa ketibaan dari Sabah baru-baru ini.  Tarikh kedatangan kebetulan sama tarikh yang dikuatkuasakan oleh kementerian bagi semua penumpang dari Sabah bermula 27 September hingga 10 Oktober berikutan kes covid yang meningkat secara mendadak di sana.  Sebelum ini hanya mereka yang daripada zon merah, bila sudah keluar arahan begini, saya juga tidak terkecuali walaupun bukan dari zon merah.  Semasa perjalanan balik ke Sandakan hari tu, ada 2 jenis borang juga yang diisi secara online dan manual, satu untuk jabatan kesihatan negeri dan satu lagi untuk kesihatan daerah.  Untuk memudahkan proses sebaiknya isi online sebelum terbang sebab barcode memang ada disediakan di ruang menuggu setiap gate, takde lah kelam kabut masa sampai sana atau kes bateri phone dah zero ketika itu (kes saya lah ni), tinggal bagi nama dan no ic, pegawai bertugas akan semak dalam sistem, jika ada boleh keluar.

Borang-borang ini dibekalkan oleh anak-anak kapal sebelum kapal terbang mendarat di destinasi.  Lepas keluar daripada kapal, kami ditempatkan di balai menunggu yang berkunci untuk mengelakkan penumpang bolos ke mana-mana.  Ingatan hanya sementara untuk isi borang, tetapi lama juga sebab di atas katanya barisan terlalu panjang menunggu untuk test, (difahamkan penumpang penerbangan jam 3 petang belum siap lagi ketika itu, jam menunjukkan hampir jam 12.00 tengah malam).  Penerbangan dari 3 lapangan terbang utama di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau selalu sampai dalam waktu hampir sama sementara petugas yang ditempatkan hanya beberapa orang memang tidak dapat menampung dan berlaku kesesakan.  Anggaran satu kapal 200 penumpang (jika penuh lebih lagi, memang penuhlah sebab ramai yang balik mengundi kan), kalau 3 kapal sampai serentak macamana lah mereka nak handle kalau kakitangan tidak mencukupi.  Ada sukarelawan yang memberi bantuan dan petugas KKM ditambah selepas kekalutan berlaku hingga menteri juga turun padang meninjau keadaan.
Bila dah selesai isi borang, kena menunggu lagi ramai dah bising-bising minta keluar.  Bising sebab nak pergi tandas dan ada juga yang kelaparan.  Perjalanan hampir 3 jam jika tidak mengambil sebarang makanan dan tidak ke kamar kecil memang lah rasa pundi tu dah penuh kan.  Di setiap kapal memang ramai petugas pilihanraya dari parti-parti bertanding, jadi ini lah masanya mereka buktikan yang mereka menjaga kebajikan rakyat jangan hanya bising berkempen untuk menarik undi.
Alhamdulillah, pintu bilik menunggu kami sudah terbuka boleh lah nak ke tandas.  Masa naik ke atas mencari tandas, baru lah nampak barisan yang panjang.  Sempat tanya orang yang berbaris tu dari mana dan penerbangan jam berapa.  Bila ada yang kata naik penerbangan jam 5 dan jam 6 petang (ketika itu menghampiri jam 1 pagi) tak siap lagi, dapat agak dah kami yang penerbangan jam 8 malam lama lagi lah akan menunggu.  Ada yang ambil keputusan untuk berehat dan tidur di bilik menunggu, bila dah ramai dapat port untuk baring dan tidur saya angkut beg dan bergerak ke atas.  Bukan nak potong barisan tetapi nak cari plug point nak charge phone sambil menunggu giliran penerbangan kami dipanggil.
Sukarelawan agihkan makanan dan minuman, moga hilang lapar  dan dahaga mereka yang lapar tadi.  Di bilik menunggu kat bawah tadi sudah diberi air minuman, ini ada tambahan sedikit snek.  Ambil lah kak buat lapik perut, lama lagi nak menunggu ni, nasi bungkus dah habis dapat orang yang beratur di hadapan saja.
Ini untuk saya, sebenarnya saya tak lapar sangat dah cuma agak mengantuk dan tidur duduk dekat tiang tepi orang beratur.  Saya dah makan bekalan yang sepupu tapaukan di bilik bawah tadi, sepupu tapaukan bubur menado aka berobok dan pergedil jagung, dapat share dengan adik-adik yang duduk disebelah saya.  Sepupu nak buatkan burasak sebagai bekalan tapi saya menolak sebab tak mahu menyusahkan dan tak tahu lagi keadaan masa sampai KLIA nanti.
Agaknya saya tertidur lama sangat, mencari mereka yang sama penerbangan tak jumpa, toleh ke belakang dalam barisan semua macam tak kenal.  Ambil beg sambil bergerak ke hadapan dan tanya petugas berkenaan nombor penerbangan saya sama ada sudah dipanggil atau belum.  Dia nasihatkan saya turus saja ke kaunter tempat pendaftaran untuk ambil sample tak perlu beratur lagi.  Lebih kurang jam 5 pagi, selesai ambil sample di hidung dan mulut.  Tak ingat apa dah orang kata sakit bila kena cucuk hidung tu sebab mengantuk sangat.  Rasa ngilu juga hidung nasib tak terbersin masa tu. 
Lepas ambil sample baris lagi untuk dipasangkan dengan gelang pink ini.  Merasa juga pakai gelang pink macam orang bersalin tu, hehehe.
Dah dapat gelang que lagi untuk sessi penerangan berkenaan kuarantin.  Petugas pun sudah ada yang layu masa tu, bagi penerangan ala kadar, cepat lah kami boleh keluar.  Penumpang yang dapat petugas detail macam-macam pesanan diberi, tak tahu lah masuk otak ke tidak subuh tu.
Mereka yang tinggal di negeri selangor diminta snap gambar ini.  Sila hubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing untuk mengetahui keputusan test selepas 3 hari.  Pejabat daerah tak jawap panggilan terus saja hubungi jabatan kesihatan negeri mereka pun boleh tolong semak.
Jika tiada yang jemput balik rumah, ada borang dibekalkan bagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.  Hanya tunjukkan borang itu sebab ada kes pemandu tidak mahu mengambil penumpang yang bergelang pink ni.  Mereka nasihatkan kita naik grab dan elakkan menaiki bas atau lrt.

Siap di situ, boleh lah keluar cari bagasi masing-masing.  Beg ini pun kalau pandai cakap, mesti kata dah pening pusing-pusing sejak jam 11 malam tadi orangnya tak tuntut.

Setakat kuarantin semalam iaitu hari ketiga, saya sudah hubungi jabatan kesihatan negeri bertanyakan result test saya.  Diberitahu negatif mereka sarankan pergi ke pejabat kesihatan daerah untuk dapatkan released order.  Jika tiada gejala dan memang tiada kontak rapat dengan pesakit covid, boleh lah dapat released order tu.  Samaada kena buat test ulangan, gelang pink digunting atau lengkapkan kuarantin selama 14 hari, jawapannya kena lah pergi ke sana.  Pegawai tadi nasihatkan terus saja pergi tak perlu buat panggilan sebab mereka terlalu sibuk.

Wassalam.

Wednesday, 30 September 2020

Balik Mengundi PRN Sabah 2020

Assalamm....

Tak tahu kenapa teruja sangat nak balik mengundi kali ini, mungkin sebab dah lama tak balik kampung.  Iya dah setahun lebih tak balik, hampir 2 tahun, last balik January 2019.  Tahun ini plan balik sejak dari awal tahun asyik bertangguh sebab covid, kali ini ada alasan kukuh nak balik untuk mengundi.  Ada rakan-rakan yang nasihatkan agar batalkan niat untuk balik mengundi sebab kes covid yang mengila di sana.  Ketika itu Sandakan hanya beberapa kes, itupun kes yang dipindahkan daripada hospital Kinabatangan.

Plan balik berdua dengan en. suami tapi lepas ambil kira banyak perkara, akhirnya saya terbang berseorangan.  Jika balik dari sana kena jalani kuarantin, cukup lah saya seorang kerana memang sudah tidak bekerja jadi tiada masalah cuti dan sebagainya.

Tiket saya pun lambat confirmed, kurang daripada 24 jam sebelum terbang.  Lepas balik hospital melawat FIL, baru check email kira-kira jam 8 malam untuk penerbangan 10 pagi esok, terus saja kemas baju dan settlekan hal rumah sebelum adik ipar hantar jam 5 pagi ke airport.

Kali ini tempat mengundi saya di tempat lain, tempat mengundi baru juga Dun baru setelah berlakunya pecahan kawasan, kalau sebelum ini DUN Sibuga, kini bertukar ke Dun Sungai Manila.  Pergi mengundi mengikut waktu yang disarankan oleh SPR kepada saya pada jam 10-12 tengahari di MRSM Sandakan.


Nampkanya plan bertemu kawan-kawan sekolah dan jalan-jalan lepas mengundi terpaksa dibatalkan sebab rasa keadaan tak secure sangat, takut saya membawa virus balik ke Malaya nanti.  So kita jalan-jalan di sekitar kampung saja bertemu saudara mara terdekat, kali ini bandar Sandakan saya tak pergi, lupakan lah hasrat nak angkut balik ikan bilis segala.

Sebelum hari nak balik, kerajaan dah keluarkan kenyataan semua yang balik dari Sabah wajib jalani swab test dan kuarantin di rumah selama 14 hari.  Saya tak rasa ralat atau marah pun, itu yang sepatutunya.  Moga usaha kecil kami balik mengundi dan pertaruhkan kesihatan jadi asbab untuk pemimpin yang dipilih menunaikan janji untuk membawa negeri kami sama tara dengan negeri-negeri lain di Malaya.


Tanggungjawap kami mengundi jangan lah dianggap dan disamakan dengan kami memilih buah durian atau tarap.  Untuk diri, bertabahlah menjalani kuarantin selama 14 hari, balik rumah hanya berdiam diri dalam bilik dan berkomunikasi dengan ahli rumah melalui phone.

#bahundi2020 #sabahmengundi #relakenakuarantin  #baliksabahmengundi

Wassalam.

Friday, 2 August 2019

Pasar Tamu Kota Belud

Assalam...
Pasar tamu di pekan Kota Belud memang sentiasa ada seperti biasa setiap hari ahad.  Hari Tamu Besar adalah acara tahunan yang diadakan pada setiap penghujung bulan oktober (hujung minggu dapa bulan tersebut).  Pada hari tersebut, pekan Kota Belud memang meriah macam berpesta, pasar tamu lebih meriah daripada biasa, lebih ramai peniaga, lebih banyak barang dagangan begitu juga dengan pengunjung terutama daripada luar daerah.  Kunjungan kami pada hari itu, agak lewat dah dekat tengah hari, ada antara penggerai dah mula mengemas nak balik.  Tempat jual haiwan ternakan hidup pun tak sempat kami pergi, melepas peluang nak beli kerbau atau kuda kawan kami cakap.



Kuih penyaram memang terkenal di daerah ini, sekarang kuih penyaram boleh didapati dengan pelbagai perisa keladi, pandan, coklat, susu tetapi saya suka perisa yang original.  Saiz pula comel-comel mereka buat.


Selain gerai jualan, terdapat juga gerai untuk pameran khas kepada pengunjung yang datang dari luar kawasan mengenali lebih dekat tentang budaya masyarakat suku kaum bajau di Kota Belud.  Cerminan budaya ada pada makanan, kraftangan, busana, peralatan tradisi dan pelbagai lagi.


Panorama begini sudah biasa di pasar tamu Kota Belud, ramai peniaga yang menggoreng kuih penyeram on the spot untuk pelanggan.


Unik ikan masin suku kaum Bajau, di Kota Belud ini.  Ikan masin yang telah disapu cili kisar, terliur juga tengok tu klau dapat mau bertambah-tambah makan nasi.  Ikan masin nie tak kering lagi, separa kering memang sedap jika dibakar atau goreng dengan sedikit minyak, lepas tumbuk sedikit di bahagian isi kemudian perahkan asam limau (ngenjes tulis ayat nie).


'Bosuo' sejenis jeruk orang Sabah dibuat daripada ikan sungai atau sayuran.  Yang bawah ini bosuo yang dibuat daripada ikan dan dicampur dengan nasi.  Warna gelap tu sebab campuran buah pangi (keloak / kluak).


Biji-biji macam batu dalam gambar bawah tu lah buah keloak, dalam isinya berwarna hitam.  Saya dekat dengan buah keloak sebab keluarga sebelah mak memang suka buat sambal keloak, boleh tengok sini sambal keloak.


Siapa kenal dengan buah ini?, bentuk macam buah sukun (bread fruit) tapi bukan.  Isi berulas macam cempedak atau nangka, kulit tu tajam-tajam dan bergetah macam nangka.  Masa kecil jer dulu pernah makan makcik-makcik buat sayur lemak, sedap.  Tok kami panggil buah kulo', kemangsi (bread nut) untuk dibuat sayur, bijinya seperti biji nangka boleh direbus sebagai kudapan.  Tidak kesampaian nak makan hari tu, beli 2 biji bawa balik tak sempat masak dah buruk ekoran suka bertangguh memasak.


Sihat betul belut-belut di Kota Belud nie, memang senang nak dapat belut di sini sebab daerah Kota Belud masih luas kawasan sawah padinya.


Antara barang kraf yang dijual, ini anyaman daripada pokok serdang. Kraf tangan kebanggan suku kaum bajau Kota Belud, dijadikan sebagai penutup makanan dan hiasan.


Penjual parang Bajau di pasar tamu adalah terdiri daripada pembuat, pengusaha atau tukang besi itu sendiri.  Setaip hasil karya mereka ada diletakkan ukiran tanda nama dan daerah.


Pelbagai jenis dan harga mengikut material dan ukiran pada sarung.  Difahamkan parang terbaik yang dihasilkan adalah daripada keluli rem kereta api (besi rem kereta api).


Si mandak sibuk cari parang untuk buat potong sayur katanya.


Parang Bajau yang menjadi alat tradisional kebanggan Kota Belud.  Bentuk parang dan ukiran pada sarung parang juga ada identiti yang tersendiri.


Pokcik ni asyik  betul dengan parang, tapi mampu pegang dan tengok jelah dulu.  Harga yang dipegang tu rm450, jika serius nak beli boleh lah tawar harga.


Harga untuk parang panjang / pedang, saya perasan ada yang lebih mahal daripada ini.  Tak berani lah nak tanya harga istimewa yang boleh diberi, sebab bukan nak beli pun.

Si mandak cakap sebelum kita beredar dari sini mari kita ambil gambar kenangan dulu, entah bila pula boleh datang sini lagi.  Aik macam dia pula yang tinggal jauh, padahal dia nak balik kampung memang akan lalu daerah Kota Belud ini. 


Sempat lagi si mandak beli pokok rama-rama depan pintu masuk tamu.

Nanti sambung lagi cerita pasal hari tamu besar.
Wassalam.