Showing posts with label Cucur. Show all posts
Showing posts with label Cucur. Show all posts

Friday, 26 June 2020

Cucur Nasi (Jemput-jemput Nasi aka Kueh Welcome-welcome)

Assalam...
Nasi walaupun makanan ruji rakyat sejak berzaman, patut semua orang dah jadi pakar dalam kendalikannya tetapi sebaliknya kadang jadi dilema pada suri rumah.  Masak banyak tak habis, sikit tak cukup pula lagi satu masak sebelah pagi tak sampai petang dah basi.  Sedih setiap kali kena buang nasi yang dah rosak atau basi.  Terima kasih pada yang rajin cipta resepi dengan menggunakan nasi sejuk ini.  Pertama kali try buat cucur nasi, terus jatuh cinta memang sedap rasanya.  Saya ambil resepi daripada blog FHA selemak santan, resepi cam kat bawah tu. 


Cucur Nasi
Sumber: FHA Selemak Santan

Bahan A
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan ikan bilis (35 gram) ( saya ganti dengan udang kering)
1 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit garam

Bahan B
1 biji  bawang besar 'holland' yang bersaiz besar (dibelah 16 dan dihiris kasar/kiub) * Bawang Holland lebih sedap untuk dimasak cucur
1 1/2 cawan hirisan daun sup
1 camca besar 'penuh' tepung gandum
udang hidup * optional (pun takde stok saya tukar udang geragau)

Bahan C
Minyak secukup nya untuk goreng tenggelam



Cara Penyediaannya.
* Satukan kesemua bahan A dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus dan bercampur.
Untuk memudahkan proses kisaran, guna 'batang plastis pengisar' yang  dibekalkan bersama mesin.
* Keluarkan bahan kisar dan masukkan kedalam mangkuk besar
* Tambahkan bahan B kedalam bancuhan tepung dan ratakan sehingga sebati. Tujuan tambahan tepung dalam bahan B adalah untuk memekatkan adunan kerana jika berada bersama bahan A sebelum ini, proses kisaran akan lebih sukar kerana aduanan terlalu pekat.
Adunan tepung ini memang lembut dari 'cucur bawang' biasa. Tetapi jangan risau kerana apabila digoreng ia akan kembong dengan sendiri nya.
* Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan cucur serap minyak.
* Jemput adunan dan goreng. Apabila cucur telah bertukar kekuningan baru dialihkan.
* Apabila cucur sepenuh nya bertukar kekuningan, angkat, saringkan minyak dan letak diatas 'tissu dapur' untuk menyerap lebihan minyak.
* Siap untuk dihidangkan.


Orang tu makan pun dia kata sedap, tapi lain kali saya kena buat adunan keras sikit untuk elakkan cucur berminyak.  Orang panggil cucur nasi jer kuih ini, di dunia lain cucur tu kan jemput-jemput nama lainnya.  Tapi sebab si jep tu dan tukar pula nama jemput-jemput jadi saja kueh welcome-welcome, saja jer buat lawak kan.
Wassalam.

Monday, 6 April 2020

Cucur Cempedak..

Assalam...
Jangan tanya sekarang ada musim cempedak ker tak? diam-diam sudah kalau anda tahu sekarang bukan musim.  Itu maknanya draft entry lama yang berkarat dalam folder, hehehe.  Sekarang kalau tidak silap baru nak masuk musim buah mangga, iklan harum manis Perlis dah banyak lalu lalang dekat wall.  Musim mangga tu macam pengenalan untuk musim buah akan datang tak lama lagi termasuk lah buah cempedak.


Saya masih ingat buah cempedak ini mak andak bagi dari kedah.  Busuk juga lah kereta nak bawa benda ini, tapi sebab suka jadi tidak kisah lah.  Buah mengkal belum masak waktu itu, mak andak pesan bungkus dengan surat khabar dan biar dalam sehari dua lagi.  Terlupa akan buah ini sebab bau dia tak kuat sangat, isi buah dah benyek sangat dan tak sesuai dah kalau nak goreng sebiji-sebiji begitu.


Cucur Cempedak
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Isi cempedak lenyek
Tepung gandum
Gula
Garam
Sedikit soda bikarbonat
Telur (jika suka)
Air
Minyak

Cara Penyediaannya
* Pisahkan biji cempedak dengan isinya, lenyek isi cempedak  sampai hingga halus.
* Masukkan soda, gula, garam, telur dan tepung gandum.  Tambah sedikit air jika perlu.
* Gaul sebati hingga jadi doh macam buat cucur.
* Goreng dengan minyak penuh hingga warna kekuningan. 
* Toskan minyak menggunakan tisu dapur.
* Hidangkan.

Ok sudah siap cucur kita, tinggal tunggu teh 'o' panasnya siap.  Jom kita minum petang kejap lagi.
Wassalam.

Wednesday, 20 November 2019

Cucur Manis

Assalam....
Hari tu teringin sangat nak makan cucur manis yang selalu buat dulu-dulu.  Bukan yang jenis viral bulat cantik tu, ini yang kembung pelbagai bentuk sebab scop guna sudu jer.  Dulu kalau tiada kuih atau benda sangat nak makan buat yang inilah, sebab dulu kan selalu protes jemput-jemput pisang mak (kudapan asyik-asyik itu saja, pagi petang saya cakap, tiada kuih lain).  Sekarang padan muka lah sendiri rindu, nangislah sendiri di tepi dapur.


Saya tak ingat siap yang ajar buat cucur ini, tapi rasa mesti mak lah yang bagi tunjuk ajar.  Dulu mana ada internet lagi nak dirujuk.  Mungkin sebab senang dan bahan mudah jadi lekat terus di kepala otak cara nak buatnya.  Pernah dulu berjalan-jalan ke tempat makcik (daerah lain, jauh di pedalaman dalam kem balak), konon-konon nak buat cucur nie silap macamana terletak air banyak sangat.  Tepung simpanan makcik tak cukup, jenuh bertanya setiap seorang penghuni rumah kongsi jika mereka ada stok tepung, kedai runcit kongsi pula sangat jauh, di blok lain.  Nasib ada seorang kakak yang masih ada stok tepung gandum masa tu, jika tidak cucur manis jadi pahit agaknya.  Sebab dah terbuat banyak, dapatlah satu kongsi makan cucur manis.  Rumah kongsi di kem balak dulu, macam rumah panjang, dapat pergi dua tiga kali dan tinggal seminggu dalam kem balak.


Cucur Manis (kontok-kontok Manis)
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Tepung gandum
Gula pasir
1 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara Penyediaanya
* Resepi ini tiada sukatan metrik, semua main agak-agak sendiri.  Terlebih air tambah tepung, lebih tepung tambah sikit air, tapi pastikan jangan sampai tiada rasa manis ya.
* Gaul gula dan telur hingga gula larut.  Masukkan soda dan air.
* Masukkan tepung, gaul hingga sebati dan dapat better yang sesuai.
* Better dia tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, sedang-sedang macam better buat cekodok.
* Panaskan minyak (goreng dengan minyak penuh).
* Sendukkan adunan ke dalam minyak panas (nak guna tangan pun boleh) dan goreng hingga kekuningan. 
* Angkat dan sejat minyak guna tisu dapur.
* Hidangkan.


Jom kita lawan makan cucur, sepinggan cucur manis untuk aku, sepinggan cucur bawang (savory) untuk kau.  Kesudahannya makan tak habis, gitu lah kalau tamak buat banyak-banyak nak makan untuk 2 orang saja. 

Sebenanya selalu buat jemput tak cukup sebab buat sikit sangat dan satu jenis saja.  Malam tu tak tahu apa lah yang merasuk buat terlebih pula, ingat macam kat kampung ke dulo-dulo sering ada jiran bertamu malam-malam.
Wassalam.

Friday, 2 August 2019

Pasar Tamu Kota Belud

Assalam...
Pasar tamu di pekan Kota Belud memang sentiasa ada seperti biasa setiap hari ahad.  Hari Tamu Besar adalah acara tahunan yang diadakan pada setiap penghujung bulan oktober (hujung minggu dapa bulan tersebut).  Pada hari tersebut, pekan Kota Belud memang meriah macam berpesta, pasar tamu lebih meriah daripada biasa, lebih ramai peniaga, lebih banyak barang dagangan begitu juga dengan pengunjung terutama daripada luar daerah.  Kunjungan kami pada hari itu, agak lewat dah dekat tengah hari, ada antara penggerai dah mula mengemas nak balik.  Tempat jual haiwan ternakan hidup pun tak sempat kami pergi, melepas peluang nak beli kerbau atau kuda kawan kami cakap.



Kuih penyaram memang terkenal di daerah ini, sekarang kuih penyaram boleh didapati dengan pelbagai perisa keladi, pandan, coklat, susu tetapi saya suka perisa yang original.  Saiz pula comel-comel mereka buat.


Selain gerai jualan, terdapat juga gerai untuk pameran khas kepada pengunjung yang datang dari luar kawasan mengenali lebih dekat tentang budaya masyarakat suku kaum bajau di Kota Belud.  Cerminan budaya ada pada makanan, kraftangan, busana, peralatan tradisi dan pelbagai lagi.


Panorama begini sudah biasa di pasar tamu Kota Belud, ramai peniaga yang menggoreng kuih penyeram on the spot untuk pelanggan.


Unik ikan masin suku kaum Bajau, di Kota Belud ini.  Ikan masin yang telah disapu cili kisar, terliur juga tengok tu klau dapat mau bertambah-tambah makan nasi.  Ikan masin nie tak kering lagi, separa kering memang sedap jika dibakar atau goreng dengan sedikit minyak, lepas tumbuk sedikit di bahagian isi kemudian perahkan asam limau (ngenjes tulis ayat nie).


'Bosuo' sejenis jeruk orang Sabah dibuat daripada ikan sungai atau sayuran.  Yang bawah ini bosuo yang dibuat daripada ikan dan dicampur dengan nasi.  Warna gelap tu sebab campuran buah pangi (keloak / kluak).


Biji-biji macam batu dalam gambar bawah tu lah buah keloak, dalam isinya berwarna hitam.  Saya dekat dengan buah keloak sebab keluarga sebelah mak memang suka buat sambal keloak, boleh tengok sini sambal keloak.


Siapa kenal dengan buah ini?, bentuk macam buah sukun (bread fruit) tapi bukan.  Isi berulas macam cempedak atau nangka, kulit tu tajam-tajam dan bergetah macam nangka.  Masa kecil jer dulu pernah makan makcik-makcik buat sayur lemak, sedap.  Tok kami panggil buah kulo', kemangsi (bread nut) untuk dibuat sayur, bijinya seperti biji nangka boleh direbus sebagai kudapan.  Tidak kesampaian nak makan hari tu, beli 2 biji bawa balik tak sempat masak dah buruk ekoran suka bertangguh memasak.


Sihat betul belut-belut di Kota Belud nie, memang senang nak dapat belut di sini sebab daerah Kota Belud masih luas kawasan sawah padinya.


Antara barang kraf yang dijual, ini anyaman daripada pokok serdang. Kraf tangan kebanggan suku kaum bajau Kota Belud, dijadikan sebagai penutup makanan dan hiasan.


Penjual parang Bajau di pasar tamu adalah terdiri daripada pembuat, pengusaha atau tukang besi itu sendiri.  Setaip hasil karya mereka ada diletakkan ukiran tanda nama dan daerah.


Pelbagai jenis dan harga mengikut material dan ukiran pada sarung.  Difahamkan parang terbaik yang dihasilkan adalah daripada keluli rem kereta api (besi rem kereta api).


Si mandak sibuk cari parang untuk buat potong sayur katanya.


Parang Bajau yang menjadi alat tradisional kebanggan Kota Belud.  Bentuk parang dan ukiran pada sarung parang juga ada identiti yang tersendiri.


Pokcik ni asyik  betul dengan parang, tapi mampu pegang dan tengok jelah dulu.  Harga yang dipegang tu rm450, jika serius nak beli boleh lah tawar harga.


Harga untuk parang panjang / pedang, saya perasan ada yang lebih mahal daripada ini.  Tak berani lah nak tanya harga istimewa yang boleh diberi, sebab bukan nak beli pun.

Si mandak cakap sebelum kita beredar dari sini mari kita ambil gambar kenangan dulu, entah bila pula boleh datang sini lagi.  Aik macam dia pula yang tinggal jauh, padahal dia nak balik kampung memang akan lalu daerah Kota Belud ini. 


Sempat lagi si mandak beli pokok rama-rama depan pintu masuk tamu.

Nanti sambung lagi cerita pasal hari tamu besar.
Wassalam.

Friday, 21 December 2018

Lempeng Pisang aka Banana Pancake

Assalam....
Sepanjang 2 bulan lepas, bekalan pisang emas masak dari kampung tak putus ketika itu mak dan bapak mertua banyak berulang-alik kampung dan hospital.  Pisang yang matang mereka bawa sekali, bawa pisang bertandan untuk diagih-agihkan kepada anak-anaknya.  Ada antara pisang tu yang terlalu masak sebab tak habis makan atau mereka tak sempat nak ambil.  Daripada terbuang begitu saja. saya kupas dan frozenkan isi pisang itu.  Bila dah simpan frozen memang nampak kehitaman dan kurang sikit dari segi warna tetapi masih elok jika diolah menjadi kuih untuk sarapan atau minum petang.


Menu pisang yang dapat dibuat dari buah frozen tu, dapatlah untuk semua orang sihat dan yang kurang sihat.  Bagi yang kena kontrol diet dan nak sihat, buatkan lah lempeng sementara yang masih suka dengan rasa berminyak teruskanlah dengan cekodok


Lempeng Pisang
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Sesikat biji pisang emas masak
1/2 cawan tepung
2 biji telur
3 sudu gula
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu majerin
Sedikit air

Cara Penyediaannya
* Satukan semua bahan kecuali tepung, blend hingga halus.
* Tuangkan ke dalam mangkuk dan tambahkan tepung.  Kacau rata hingga sebati dan tidak bergentel.
* Panaskan kuali letak sedikit majerin, sendukkan adunan dan leperkan dalam kuali mengikut saiz lempeng yang dikehendaki.
* Tutup kuali sebentar hingga semua permukaan lempeng matang.
* Terbalikkan sekejap jika suka.
* Angkat dan hidangkan lempeng.
* Boleh dihidangkan bersama titiskan madu, atau syrup atau dihidang bersama ais krim scoop. 

Saya makan begitu saja, sebab dah rasa sedap dan manis pisang mencukupi. 
Wassalam.

Sunday, 10 June 2018

Cucur Bawang Abe


Assalam...
Orang kata kalau dah cinta, benda kotor rasa coklat, sedap saja semua dipandangan mata harap-harap bila telan pun sama sedapnya.  Samalah ceritanya dengan cucur bawang saja atau b***h yang menjadi kesukaan en.Abe ini.  Bila dia minta dibuatkan cucur bawang betul-betul bawang, tepung, air dan sedikit garam (iya togeng bawang naseng ogi'e).  Sebab cucur simple ini dah jadi sebahagian dari resepi keluarga yang menjadi pujaan hati, jadi tak nak lepaskan peluang untuk tepek ceritanya kat sini.


Tak usaha lah pandai-pandai nak letak bahan lain udang ker, ikan bilis ker, kucai ker untuk jadikannya lebih menarik atau menambah kesedapan cucur.  Karang tidak dimakan olehnya atau makan sambil merungut-rungut.  Menurut kita memang kurang menarik dan kurang urmp kan.


Cucu Bawang Abe
Sumber:  Mulia


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - hiris nipis
Secubit garam
Air
Minyak untuk menggoreng 



Cara Penyediaannya
*  Campurkan tepung, garam dan bawang.
*  Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata hingga dapat batter yang sekata.
*  Sendukkan better ke dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan.
*  Angkat dan toskan minyak dengan tisu dapur.
*  Hidangkan bersama sos chili thai.


Selalu buat memang sedikit untuk sekali santap saja.  Nikmat makan ketika masih nak makan, cucur dah habis.  Bagi yang si tukang buat pula, semangat dapat apabila yang dimasak tu habis licin sekelip mata.


Sesiapa yang nak cuba, cuba lah no worries, boleh lah buat kudapan ketika tengah sesak, hari gaji lambat lagi nak sampai.
Wassalam.

Monday, 24 October 2016

Perkedel Jagung aka Vege Fritters


Assalam...
Menu paling feveret di kempung ketika zaman kanak-kanak dahulu,  terutama ketika musim menuai jagung.  Memang tak jemu bila mak buat yang ini dan sering kali di marah sebab tak sempat nak dihidang sebagai lauk dah luak saya rata begitu saja.  Kalau buat banyak mana pun tidak akan membazir punya mesti habis, walaupun sering dibuat lauk ulang tayang berulang-ulang, tak pernah jemu menikmatinya.  Yang paling best sebab mak hanya guna isi jagung dan tidak dicampur dengan sayur lain untuk menambahkan kuantiti, jadi rasa jagung tu memang marbeles.


Versi saya sebab inginkan hasil perkedel yang banyak banding dengan jagungnya yang sedikit, maka saya tambahkan dengan parutan lobak merah dan hirisan kobis.  Tetapi tetaplah sedap jugak, tekan lift di situ.


Perkedel Jagung aka Vege Frittes
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
2 tongkol jagung muda - hiris halus dari tongkolnya
Isi udang secukupnya
1 biji lobak merah - parut
Kobis - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
5 biji bawang putih*
2 biji bawang merah*
Daun bawang - hiris
Daun sup - hiris
1 biji telur
3 sudu tepung gandum
Air secukupnya
Serbuk lada putih
Garam
Minyak untuk menggoreng


Cara Penyediaannya.
*  Tumbuk kasar hirisan jagung untuk mengeluarkan pati dan supaya seratnya menjadi lembut.
*  Bahan bertanda "*" ditumbuk halus bersama jagung, boleh jugak di hiris atau cincang.
* Campurkan jagung tumbuk dengan isi udang, telur, sayuran lainnya, garam dan serbuk perasa.  Gaul sebati dan masukkan tepung gandum.  Jika menggunakan jagung pulut dan jagung kampung hanya gunakan sedikit tepung gandum kerana jagung itu sendiri sudah sedia berkanji.
* Masukkan sedikit air, gaul sebati dan sesuaikan kepekatan batter.
*  Sedukkan batter kedalam dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan.
*  Toskan atas tisu dapur dan boleh lah didangkan


Boleh dinikmati sebagai lauk dengan nasi atau kalau saya suka makan begitu saja bersama sos pencicah kegemaran.
Wassalam.

Wednesday, 22 June 2016

Cucur Udang Kangkung


Assalam...
Bulan posa ini, banyak betul mengimbau kenangan dengan orang-orang yang pernah hadir dalam hidup, sama ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang lama tak bersua atau langsung tidak diketahui jejaknya.  Cucur udang kangkung ini misalnya teringat kat seorang adik yang pernah duduk satu rumah sewa dulu.  Dia selalu sediakan cucur ini untuk minum petang atau ketika hendak layan cerita hindustan kenen kan pula dengan air teh panas fuhh!!.  Memang sedap dia buat cucur udang dan kangkung sebab masak sepenuh hati dan perasaan kan.  Kalau ada yang masih buntu nak sediakan apa untuk berbuka nanti boleh try yang ini sebab senang sangat.
 

Cucur Udang Kangkung
Sumber: Zetty Amilza

Bahan-bahan
Isi udang
Kangkung - potong pendek
Tepung gandum
Bawang besar - cincang
Cili merah - hiris halus
Garam
Air 
Minyak untuk menggoreng
 


Cara Penyediaannya
*  Satukan sebuah bahan kecuali minyak dan air, gaul dan sebatikan.
*  Tuang air sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga dapat adunan yang sesuai untuk buat cucur.  resepi main agak-agak saja. 
*  Sendukkan ke dalam minyak panas, dan goreng hingga kekuningan atau masak.
*  Bila dah masak, toskan guna kertas dapur dan hidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.


P/s - Kalau Zetty terbaca coretan ini, semoga awak berada dalam lindungan Allah SWT bersama keluarga dan sembuh dari segala penyakit.
Wassalam.

Friday, 1 May 2015

Bergedel Kentang & Ayam Cincang

Assalam...
Bergedel ini buat sekali ketika buat soto hari itu, entry soto dah lama up tapi pasangan dia ini terkemut-kemut nak keluar.  Nampak sangat yang up date entry main taram, tak konsisten dan ikut suka tak ikut aturan.  Sebelum pandai buat benda ini pernah gak tewas sampai tahap give up tak nak buat dah, tapi dah tahu teknik betul rasa senang lah sesangat (mula nak riak menonggek makcik ini).  Saya suka makan bergedel ini kalau takde soto pun boleh makan dengan nasi.
 
 
Bergedel Kentang dan Ayam Cincang
Sumber: Mulia
 
Bahannya
1 peket isi ayam cincang 
- tos dan goreng sedikit tanpa minyak
2 kilo ubi kentang
-  potong baji dan goreng hingga masak
3 biji cili merah - hiris halus
daun sup - hiris halus
daun bawang - hiris halus
1 cawan bawang goreng
Sedikit tepung gandum
Garam secukupnya
Serbuk lada sulah
1 biji telur
 
Minyak untuk menggoreng
telur - pukul sedikit
 
Penyediaannya.
*  Lenyekkan ubi kentang yang telah digoreng hingga halus.
*  Masukkan semua bahan yang lain ke dalam ubi kentang lencek.
*  Gaul hingga sebati dan jadi doh yang tak melekat pada jari.
*  Bentukkan bulat dan leperkan ikut saiz yang digemari.
*  Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul sedikit dan goreng dalam minyak panas hingga keperangan.
*  Angkat dan toskan dengan tisu dapur.
*  Hidangkan bersama soto atau sebagai lauk dengan nasi.


Merata pun boleh ini, makan macam makan cekodok pulak, tapi kena buat yang rasa masin dia lite sesangat.
Wassalam.