Showing posts with label Daku Teruja Pada. Show all posts
Showing posts with label Daku Teruja Pada. Show all posts

Thursday, 27 July 2023

Kenduri Kawen Anak Jiran.

Assalamm....

Hari minggu lepas mmenyempatkan diri dengan jiran-jiran memeriahkan majlis nikah dan bersanding anak jiran kami (Kak Uci).  Hajat hati nak pergi pagi-pagi beramai-ramai dengan jiran-jiran boleh lah saksikan majlis nikah sekali, tapi ada hal lain pula, kami dapatnya pergi sebelah petang.  Rezeki datang lambat  dapat borak santai dengan tuan rumah dan jumpa dengan ex jiran (Kak Ida dan Abang Lan) yang telah berpindah ke tempat baru.

Majlis berlangsung di Tian Nara Event Space, Elmina East.  Tempat baru bagi kami sebab pertama kali sampai sana dan tempat tu agak tersorok sikit, nasib pergi tu berempat dengan jiran-jiran.  Walaupun tersorok tapi best tempatnya, parking senang, dekorasi dewan pun cantik.


Selamat mendapat menantu Kak Uci, dan untuk pasangan pengantin baru Ferra dan Taufiq semoga mahligai yang dibina menjadi sakinah, mawahdah dan dalam rahmah Allaah Taala sentiasa..aamiin.

Wassalam.

Sunday, 23 July 2023

Buah Jujube @ Buah Bidara

Assalamm...

Entri pengenalan untuk tahun ini, separuh tahun sudah berlalu rupanya.  Takkan nak biar setahun berlalu tanpa coretan kan, tapi tak tahulah sama ada selepas ini masih ada entri menyusul ataupun menjadi the one and the only.  

Rasa tidak puas hati orang pasaraya bagi label buah jujube tapi orang lain panggil buah bidara menyebabkan keingin tahuan itu tinggi.  Buah sama atau buah lain, memandangkan semua sama dari segi rasa, bentuk dan warna.  

Dari pencarian tu, memang pasti nama jujube atau bidara itu adalah buah yang sama.  Cuma satu info lagi adalah buah jujube ini adalah kurma cina atau red date (red date kering adalah dari buah jujube yang berwarna merah bukan hijau begini).  Jadi jika sebelum ini terbayang red date itu adalah seperti buah kurma dari timur tengah, ternyata meleset sama sekali.

Sekarang ini tak musim lagi kot buah jujube ini sebab dah lama tak jumpa. Kalau tak silap setiap hujung tahun buah ini banyak dijual.  Sekarang tengah viral buah donut peach pula, buah peach dulu bentuk dia comel saja, sekarang senget-senget macam donut, buah cacat atau dibentuk dalam acuan tak pastilah pula.  Awak dah rasa ke donut peach tu?  Saya belum lagi, kalau buah peach bentuk yang asal tu dah biasa makan.
Wassalam.

Wednesday, 9 November 2022

W-W: Doha Ada Apa?

Assalamm...

Tak jumpa apa-apa di Doha selain bear besar, warna kuning dan buncit ini. Duduk kaku di tengah-tengah alam di Hamad International Airport.  Rasa kurang puas sebenarnya sebab transit 12 jam di Doha, tapi tak boleh keluar berjalan-jalan walaupun kami dah beli pakej jalan-jalan sekitar bandar Doha, efeknya aku kesejukkan dan beku dalam surau.  Kena akur itu undang-undang negara mereka mulai 1 November 2022 semua yang transit tidak dibenarkan keluar kecuali mereka ada tiket nak tengok perlawanan bola sepak piala dunia huhuhu.  Tidak baik bermuram nestapa mana tahu lepas ini Allah bagi rezeki lebih baik boleh jalan-jalan keseluruh negeri pasir berdengung bernama Qatar.  Allah sebaik-baik Perancang dan Pelaksana.



Wassalam.

Wednesday, 12 October 2022

W-W: Kain Kemban

Assalamm....

Dulu selalu berangan nak potong kain batik yang ada dan letak cerut/getah biar senang bila kita pakai tak perlu simpul.  Perempuan zaman moden memang ada yang tak tahu simpul/ikat kain batik.  Sudah ada kain kemban dijual yang ready made begini, cukup senang order saja.  Saya rasa benda ini menarik untuk dimiliki terutama kaum hawa jadi kita panjangkan di sini, demi sama-sama memelihara kesopanan dan harga diri sebagai muslimah ketika mandi.

Kainnya lembut, material cotton, selesa dan ada belahan dihadapan senang untuk meratakan sabun atau menggosok bahagian depan badan.  Berminat sila wassap nombor ini +60129220523.




Saya dapat hadiah ikat rambut yang sama corak dengan kain kemban yang saya beli.

Wassalam. 

Thursday, 6 October 2022

Lana's Bakery Land (Wholesale Bakery Supply)


Assalamm....

Betapa pentingya menyimpan data dan infomasi kata orang, sebab mungkin berguna pada masa akan datang.  Tapi kalau dapat data privasi dan pribadi orang jangan suka-suka nak sebarkan, dapat ke orang yang tak bertanggungjawap naya orang tu.  Tapi kalau info pasal kami jumpa satu kedai bahan-bahan bakeri ini, bagus untuk di kongsi.  Tempat begini selalu menjadi syurga shopping untuk para bakers sekalian, yang tak pegang title bakers macam saya pun boleh datang nengok-nengok.

Ceritanya, suatu hari kami berkunjung ke kedai yang selalu pergi nak dapatkan satu produk, tapi diberitahu stok habis sejak beberapa bulan yang lalu.  Tiba-tiba macam gelap dunia, masa sudah suntuk, nak berkejar ke cawangan lain kedai itu jauh pula.  Nasib sel-sel otak orang sebelah bersambung dia kata pernah jumpa kat tik-tok atau kawan dia ada cerita ada satu tempat baru dalam kawasan ini kalau nak beli bahan-bahan kek atau yang sewaktu dengannya.  Saya tak layan tik-tok sebab tu saya tak tahu, haruskah aku menjerumuskan diri ke apps itu? Walaupun dia terlupa nama kedai, cari punya cari Alhamdulillah jumpa juga kedai ini.

Masuk-masuk je memang teruja tengok tempat ini, walaupun senyap sunyi sebab dalam tu ada 2 orang pekerja dia saja di kaunter.  Kawasannya besar iyelah lokasinya dalam kawasan industri kan bukan macam lot kedai biasa.  Tak akan ada kes berlaga punggung jika pembeli ramai mamcam yang selalu terjadi di kedai-kedai bahan bakeri lain.

Seronok dapat memilih bahan-bahan dalam peti sejuk beku begini.  Senang nak banding harga mengikut jenama kan.

Tiada masalah nak beli barang yang berat dan besar sebab ada troli disediakan, dan tinggal tolak ke kereta apabila sudah selesai berbelanja.

Para coklat terpamir cantik di dalam bilik khas yang di namakan chocoland.

Semestinya jika ke kedai bahan bakeri, bukan bahan saja dijual, assessori, peralatan, packaging dan segala yang berkaitan ada di sini.

Sebenarnya ini kunjungan kali kedua, baru dapat menjelajah dan ambil gambar.  Pertama kali tu hanya beli bahan yang dikendaki terus caoww.

Para bakers yang nak pergi tu alamat kedainya, minta tolong jer pakcik waze atau makcik google map tunjukkan. Insha Allah jumpa.

Lana's Bakery Land - Wholesale Bakery Supply
14, Jalan Teknologi, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya Selangor.
Buka setiap hari - 9.00am 7.00 pm.

Wassalam.

Wednesday, 5 October 2022

W-W: Rezeki Dari Kolam Pancing


Assalamm...

Kawan saya Ida yang kerja di tempat kolam pancing udang, tiba-tiba bagi plastik merah yang berisi udang harimau segar.  Saya yang teringin makan udang tumis begini bagai orang mengantuk dapat bantal.   

Tanpa buang masa, malam tu juga masak tumis udang begini.  Sempat budak nana makan sebelum hantar dia balik ke kolej.  Berselera sungguh dia makan, rindu kampung dah kot budak ini, sabar ya cuti semester nanti boleh balik kampung.

Rezeki Allah hantar melalui kawan yang dikenal begitu-gitu saja.  Syukur Alhamdulillah, tak rugi kita menyambung ukhwah sesama manusia kan.

Wassalam.

Thursday, 29 September 2022

Harga Ikan Murah Gila di Pasar Sandakan


Assalamm...
Hujung bulan Ogos hari tu balik kampung (Sandakan) menghadiri majlis perkaheinan anak buah.  Setiap kali balik, tempat yang suka nak pergi adalah pasar ikan, tak beli tak apa dapat scan harga pun jadilah.  Sakit hati tengok harga ikannya, murah gila.  Pasar pertama singgah adalah pasar ikan Batu 8 (Bandar Sibuga), biarlah gambar saja yang berbicara, orang tawar ketam sebaldi dengan harga RM20 saya tak mahu sebab punya sakit hati..








Sebelum balik, sempat ke pasar awam Sandakan yang terletak di bandar.  Lihatlah harganya yang saya rasa macam tak masuk akal di zaman sekarang yang segalanya serba mahal.  Tak masuk akal bagi harga Lembah Klang, tapi bagi mereka di sana, memang itulah harga makanan laut di pasar walaupun ada ketikanya harga naik juga. 




 




Ikan-ikan untuk golongan kayangan pun ada cuma tak masuk dalam gambar, harga bawah RM20 sekilo.  Sebab teruja sangat dengan ikan-ikan yang biasa rakyat marhain beli tu yang tumpu ambil gambar ikan tu je.  Makanan laut yang mahal, dapat ambil gambar lobter je.  Tiba-tiba rasa nak balik menetap di Sandakan bila tengok harga ikan murah macam tu.

Wassalam.

Wednesday, 31 August 2022

W-W: Sungai Pahang

 


Assalamm...

Petang-petang lalu atas jambatan yang merentasi Sungai Pahang di Jalan Felda Jengka 23 & 25.  Kordinat (3.7288976, 102.3714185), kami dari arah Rumpun Makmur ke Kuala Krau.  Ragu juga boleh singgah ke tak atas jambatan tu, tak nampak signboard larangan berhenti dan melihat ada sekumpulan remaja yang mengambil gambar di atas jambatan jadi kita pun berenti.  Sekejap saja nak tengok sungai Pahang dari atas jambatan.

Banyak sanggar ikan di tebing kiri kanan sungai. Sangkar ternakan ikan patin dan talapia merah yang memang sinonim dengan negeri Pahang.
Bila lori tangki minyak lalu, terasa gegaran kuat atas jambatan, cepat-cepat ajak suami beredar dari situ.  Tahu takut.

Sudah lepas kawasan tu baru berani bertanya pasal buaya ada atau tiada di sungai Pahang, katanya ada tapi tak pernah dengar kes penduduk mati kena baham buaya macam cerita bujang senang di Sarawak.  Menurut cerita orang-orang tua, pawang-pawang dulu sudah buat perjanjian dengan buaya sungai Pahang, sejauh mana kebenarannya terpulang nak percaya atau tidak.

Wassalam.

Friday, 26 August 2022

Saya Juga Ada Hobi

Assalamm....

Semestinya saya juga ada hobi, hobinya emak-emak sangat, tapi saya tak cenderung kepada hobi mengumpul tupperware atau pinggan mangkuk.  Itu dulu, sekarang sudah tak relevan pada saya, sekarang sudah insaf cukup pakai apa yang ada.  Guna je pinggan ikea dua hengget lebih tu, pecah tak sakit hati.  Hobi yang lebih berfaedah untuk kegunaan seisi keluarga, hobi beli sabun basuh pinggan juga masih berterusan hingga kini, sekarang sabun untuk badan pula.

Tersuka dengan mandian ginvera world spa ini setelah diperkenalkan oleh adik.  Dia yang mula-mula beli beberapa botol untuk bawa balik kampung, walaupun bawa sendiri toiletries setiap balik kampung tetap juga nak cuba mandian ini, jadi tersuka dan kita pun angkut sekali dari watson atau guardian jika ada offer.

Wangian turkish ini, boleh lah kau nak berangan mandi sambil ada orang gosok-gosok kan badan macam puteri raja kerajaan Othmanian dulu.  Jangan berangan jadi hurem si gundik raja sudah.

Balinese ini kesukaan en.abe, bau-bau serai dan bunga kemboja.

Kebanyakkan dah try tinggal wagian japanese lagi belum.  Tapi semua macam best je pakai sebab semua ada microbeads, nak manjakan diri di spa memang jarang, jadi ada yang ini ok lah sebab boleh scrub badan setiap hari pagi petang pun boleh.

Saya mencari shower scrub Japanese yang satu lagi, warna merah (valcano ash - bamboo salt).  Tunggu ada offer di dua kedai tu baru beli, iceland warna hitam (sea mud - charcoal) dan swiss pink (alpine roses - edelweiss) pun kena top up, stok dah habis dalam kabinet.

Wassalam.

Kalau Sudah Minat

Assalamm.

Baru-baru ini perjalanan balik kampung, suami singgah di tempat kawan dia yang sama hobi.  Satu geng hobi membela, bukan bela hantu, tapi bela ikan sungai.  Nama pun mungkin orang pahang kan, banyak sungai dan ikan, jadi automatik suka kepada ikan sungai.  Kalau sudah minat, cakap lah apa pun, pasti mereka ada jalan nak jayakan hobi itu.  Lihat saja rumah atau bangsal tempat kawan ini letakkan kolam dan aquarium dia.  bebeapa kali dah ikut ke sini, tapi tak minat nak turun tengok ikan, kali ini rajin-rajinkan diri turun dan ambil gambar ikan. 

Tangki yang paling besar, sebesar bilik tidur, menempatkan banyak ikan sungai yang bersaiz besar.  Antara ikan yang ada dalam itu ikan kelah, kerai, tembat, temoleh, jelawat, lampam, tengas dan lain-lain yang saya kurang kenal. 

Di samping kolam besar tu, ada satu lagi kolam yang lebih kecil dan rendah sedikit.

Fiber tank ini pun dah cukup besar dan cantik untuk display ikan, tapi lebih sesuai jika diletakkan di ruang terbuka begini.

Aquarium ini nampak biasa di sini, tetapi cukup besar bagi kita yang tinggal di dalam rumah kecil dan ruang yang sempit.

Ikan Temoleh sungai Pahang yang berusia 13 tahun dalam jagaan tuannya, beratnya dalam belasan kilo. 

Mengikut cerita en.Abe, kawan ini pernah kerugian puluhan ribu ringgit ekoran ratusan ekor ikan mati disebabkan bekalan elektrik terputus beberapa hari di daerah Temerloh dan Mentakab.  Kejadian berlaku ketika banjir besar yang berlaku awal tahun ini. Kawasan rumah mereka terletak di atas bukit, dan seolah-olah berada dalan pulau kerana kawasan sekeliling semua dinaiki air dan pihak berkuasa tempatan terpaksa memutuskan bekalan elektrik demi keselamatan bersama.  Kiranya ikan besar yang masih ada itu adalah antara yang mampu bertahan hidup ketika itu. Semoga kejadian itu tak berulang lagi lah.

Wassalam.