Wassalam.
Sunday, 30 July 2023
Asam Pedas Ikan Parang
Wassalam.
Thursday, 29 September 2022
Harga Ikan Murah Gila di Pasar Sandakan
Hujung bulan Ogos hari tu balik kampung (Sandakan) menghadiri majlis perkaheinan anak buah. Setiap kali balik, tempat yang suka nak pergi adalah pasar ikan, tak beli tak apa dapat scan harga pun jadilah. Sakit hati tengok harga ikannya, murah gila. Pasar pertama singgah adalah pasar ikan Batu 8 (Bandar Sibuga), biarlah gambar saja yang berbicara, orang tawar ketam sebaldi dengan harga RM20 saya tak mahu sebab punya sakit hati..
Sebelum balik, sempat ke pasar awam Sandakan yang terletak di bandar. Lihatlah harganya yang saya rasa macam tak masuk akal di zaman sekarang yang segalanya serba mahal. Tak masuk akal bagi harga Lembah Klang, tapi bagi mereka di sana, memang itulah harga makanan laut di pasar walaupun ada ketikanya harga naik juga.
Wassalam.
Sunday, 28 August 2022
Ikan Susu/Bolu Bakar
Friday, 26 August 2022
Kalau Sudah Minat
Assalamm.
Baru-baru ini perjalanan balik kampung, suami singgah di tempat kawan dia yang sama hobi. Satu geng hobi membela, bukan bela hantu, tapi bela ikan sungai. Nama pun mungkin orang pahang kan, banyak sungai dan ikan, jadi automatik suka kepada ikan sungai. Kalau sudah minat, cakap lah apa pun, pasti mereka ada jalan nak jayakan hobi itu. Lihat saja rumah atau bangsal tempat kawan ini letakkan kolam dan aquarium dia. bebeapa kali dah ikut ke sini, tapi tak minat nak turun tengok ikan, kali ini rajin-rajinkan diri turun dan ambil gambar ikan.
Tangki yang paling besar, sebesar bilik tidur, menempatkan banyak ikan sungai yang bersaiz besar. Antara ikan yang ada dalam itu ikan kelah, kerai, tembat, temoleh, jelawat, lampam, tengas dan lain-lain yang saya kurang kenal.
Di samping kolam besar tu, ada satu lagi kolam yang lebih kecil dan rendah sedikit.
Fiber tank ini pun dah cukup besar dan cantik untuk display ikan, tapi lebih sesuai jika diletakkan di ruang terbuka begini.
Aquarium ini nampak biasa di sini, tetapi cukup besar bagi kita yang tinggal di dalam rumah kecil dan ruang yang sempit.
Ikan Temoleh sungai Pahang yang berusia 13 tahun dalam jagaan tuannya, beratnya dalam belasan kilo.
Mengikut cerita en.Abe, kawan ini pernah kerugian puluhan ribu ringgit ekoran ratusan ekor ikan mati disebabkan bekalan elektrik terputus beberapa hari di daerah Temerloh dan Mentakab. Kejadian berlaku ketika banjir besar yang berlaku awal tahun ini. Kawasan rumah mereka terletak di atas bukit, dan seolah-olah berada dalan pulau kerana kawasan sekeliling semua dinaiki air dan pihak berkuasa tempatan terpaksa memutuskan bekalan elektrik demi keselamatan bersama. Kiranya ikan besar yang masih ada itu adalah antara yang mampu bertahan hidup ketika itu. Semoga kejadian itu tak berulang lagi lah.
Wassalam.
Friday, 23 October 2020
Kengsom Siakap (Asam Pedas Thai Style)
Situasi kedua- juga berkisar pada ibu dan anak-ankanya. Suatu malam si ibu mengadu sakit pinggang sangat dia meminta salah seorang anak perempuannya (ada 3 orang anak perempuan di rumah ketika itu) untuk mengurut atau memicit bahagian yang sakit. Permintaannya lebih ditujukan kepada anak gadis bungsunya, tetapi si bungsu hanya berdengus ketika di suruh dan menunjukkan tanda protes. Dua lagi anak gadis di dalam bilik sibuk dengan phone dan langsung tak hiraukan permintaan si ibu. Ibu sampai mengatakan takpelah, moga esok pagi dia keras di pembaringannya, tak apalah. Kejadian berlaku dihadapan si menantu dan suami (anak lelaki si ibu) tetapi anak lelaki itu juga seakan tidak tahu apa yang terjadi kerana sibuk dengan phone sehingga isterinya memberitahu yang adik perempuannya semua menolak untuk mengurut si ibu. Si menantu jadi serba salah nak menolong sebaliknya dia minta si suami untuk memicit ibunya sendiri dengan alasan suaminya lebih tenaga untuk mengurut badan ibu yang agak plum, menantu hanya mampu sediakan minyak urut yang selalu digunakan oleh suami. Suami menolak pada mulanya dan tak senang dengan saranan si isteri sambil itu memanggil setiap adik perempuannya untuk mengurut si ibu tetapi tiada respon dari semua nama yang disebut. Akhirnya anak lelaki yang mengalah untuk mengurut ibu, ketika itu barulah si bungsu mula mendekat dan memolong menyapu minyak di belakang si ibu.
Selesai dari dua situasi itu, menantu ajak suaminya berbincang tentang peristiwa itu. Bagi menantu, perlakuan adik-adik si suami sangat melampau dan tidak boleh diterima olehnya. Kenapa si anak persoalkan si ibu yang menyentuh bahagian badan anak yang sensitif sebagai suatu yang memalukan, walaupun mungkin si ibu tanpa sengaja atau dengan tujuan untuk bergurau. Bukan kah dulu semasa bayi dan kanak-kanak setiap inci tubuh itu ibu yang basuh, gosokkan daki dan merawat jika sakit. Alasan si suami, mereka semasa kecil sangat susah, adik-beradik ramai dan ayah sakit, si ibu tidak sempat membelai atau usap-usap mereka seperti yang dilalui oleh si menantu. Si menantu beruntung, adik beradik tak ramai, punya nenek dan ibu yang sayang, setiap masa dibelai dan diusap manja. Ibu si menantu tak punyai anak ramai, tapi tak pernah meminta seperti pengemis pada anaknya jika meminta untuk dipicit atau di urut. Sebab jalan hidup yang berlainan dan pendekatan yang berlainan ker, menjadikan anak-anak juga tumbuh dan berlainan sensitiviti walaupun pada ibu mereka sendiri?. Soal lebih-lebih boleh jadi gaduh suami-isteri, jadi lebih baik berdiam diri.
Patutlah si menantu tak pernah melihat kemesraan anak-anak dan ibu di dalam keluarga suaminya tidak seperti bentuk kemesraan si menantu dan ibunya sendiri. Di sini kemesraan itu bentuknya lain, sangat berlainan dan terlalu asing bagi menantu. Mungkin di sini kemesraan itu cukup dengan hanya mengimbas kenangan semasa kecil dan disusuli dengan ketawa adik-beradik yang berdekah-dekah. Si menantu terbayang-bayang kemesraan ketika bertemu ibunya, manjanya terlebih bagai anak-anak, sesekali minta ibu suap makanan, baring dipangkuan ibu, tidur sebantal dengan ibu, sentuhan dan usapan jangan cakap lah tak terbatas. Sering kali bila si menantu tidur si ibu datang belai dan usap ubun-ubun menantu, mungkin baginya anaknya itu masih kecil walhal sudah menjadi isteri orang. Mungkin juga salah menantu tidak meletakkan diri selayaknya, inginkan kemesraan seperti yang didapati dalam keluarganya tetapi bentuk di sini berlainan dan dia belum faham atau dia masih tak membenarkan dirinya untuk masuk ke dalam bentuk ini.
Wassalam.
Friday, 16 October 2020
Gulai Pisang Muda dengan Kepala Ikan
Tuesday, 5 May 2020
Masak Lemak Ikan Masin Dengan Nanas
Masak Lemak Ikan masin Dengan Nanas
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
300gm ikan masin talang
1/2 biji nanas mengkal
1/2 kotak kecil santan
3 ulas bawang merah*
1 labu bawang putih*
1inc. halia*
10 biji cili padi* (boleh tambah atau kurangkan ikut pedas)
1 biji cili besar - potong
1 biji tomato - belah 4
Air secukupnya
Garam, gula secukupnya.
Cara Penyediaannya
* Potong ikan talang masin dan rendam seketika untuk hilangkan garam. Saya pilih ikan masin talang segar (bukan yang lama tersimpan, yang lama tu dah timbul ketul-ketul garam pada ikan),
* Blend semua bahan bertanda '*'.
* Cara saya tak tumis sebab tu tak perlu minyak pada senarai bahan-bahan. Jika nak tumis pun boleh.
* Masukkan bahan blend dalam periuk, masukkan ikan masin dan buah nenas. Tambahkan sedikit air.
* Masak hingga sedikit layu. Tambahkan garam, gula dan perasa.
* Masukkan santan, teruskan memasak hingga cukup mesra.
* Tambahkan potongan tomato dan cili besar.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api. Masa nak hidang boleh lah tabur dengan bawang goreng atau buatkan bawang goreng tumis darat pun boleh.
Monday, 6 April 2020
Salmon Grill With Monggolian Sauce.
Salmon Grill With Monggolian Sauce
Sumber: Chef Nas
Bahan-bahan
2 hiris ikan salmon
2 sudu tepung gadum
Garam dan serbuk lada hitam
Sedikit minyak / majerin
1 biji ubi kentang*
5 biji baby carrot*
5 tangkai kacang buncis*
Hirisan kobis ungu
2 biji cery tomato
2 ulas bawang putih goreng
Sedikit mixed herb
Cara Penyediaannya
* Lumur ikan dengan tepung gandum yang telah dicampur dengan garam dan serbuk lada putih.
* Guna non stick pan, panaskan sedikit minyak / majerin dan grill ikan. Balik-balikan ikan agar masak sekata.
* Sediakan sayuran, celur atau rebus sayur bertanda '*'. Perhatikan sayur jangan over cook dan benyek.
* Sayur yang telah dicelur, gaul sedikit minyak zaitun dan mixed herb.
* Hidangkan ikan bersama dengan sayur-sayur dan sos monggolian.
Bahan-bahan Untuk Sos
3 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
Tomato sos
Cili sos
Serbuk lada hitam
Madu
Garam dan gula
Minyak zaitun
Cara Penyediaannya
* Blend bahan bertanda '*'.
* Panaskan sedikit minyak, tumis bahan blend.
* Tambahkan tomato sos, cili sos, serbuk lada hitam. Tumis sampai pekat.
* Tambahkan garam gula dan madu. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
Sunday, 10 November 2019
Home Made Sardin by Noxxa
Sardin Home Made
Sumber: Group Periuk Noxxa
Bahan-bahan A
1 biji bawang holland (saiz besar)*
3 biji tomato masak ranum, jika kecik letak 4 biji*
3 ulas bawang putih*
1 cawan air
*Blend semua bahan bertanda
1kg ikan selayang / sardin / saba makeral - siang dan bersihkan, potong mengikut saiz yang dikehendaki
Bahan-bahan B
1 cawan minyak masak
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1 senduk cili kisar
1 tin tomato puri (220gm)
1 tin air, guna tin tomato puri
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara Penyediaannya
* Tekan stir fry untuk menumis.
* Tumis bahan A dan bahan B hingga pecah minyak.
* Masukkan ikan yang telah siap dibersihkan. tambahkan perasa garam dan gula.
* Tukar mod ke hingh pressure dan set masa ker 70 minit (ikan kecil), jika ikan saiz besar boleh guna 90 mint atau hingga tulang ikan mereput seperti sardin yang kita beli dalam tin.
* Jika masak dalam kuantiti banyak, perlu tambah masa hp untuk melembutkan tulang ikan.
* Sardin yang telah siap boleh diolah mengikut cara anda mengolah sardin dalam tin, nak buat sambal, masak lemak atau boleh terus dinikmati begitu saja.
* Untuk menyimpan lebih lama, sejukkan terlebih dahulu dan pack mengikut portion untuk sekali masak.
* Bekukan dalam freezer dalam bekas yang bertutup rapat.