Showing posts with label Keretapi. Show all posts
Showing posts with label Keretapi. Show all posts

Tuesday, 30 August 2022

Bandar Lama Jerantut, Pahang

 

Assalamm...

Mesti ramai yang terkesan dengan semangat Mat Kilau selepas menonton filemnya kan.  Saya tak sempat pergi wayang, tapi selalu bertandang ke daerah kelahiran Mat Kilau ini iaitu daerah Jerantut, Pahang.  Nama daerah dan bandar menggunakan nama yang sama, Jerantut.  Sejak dahulu memang sudah terkenal bandar Jerantut ini, sebagai pintu utama ke Taman Negara.  Bandar Jerantut telah berkembang keluar daripada kawasan pekan lama (Bandar Lama) ke kawasan Bandar Baru dan Bandar Inderapura.  

Marilah kita jalan-jalan di Bandar lama Jerantut, yang diwarnakan bulat dalam peta.  Sebenarnya pagi itu kami nak mencari sarapan di pasar, dan seperti biasa bungkus bawah balik.  Lepas beli sarapan yang dikehendaki, rasa masih awal pagi lebih baik kita jalan-jalan di bandar lama sambil ber ootd dengan baju kelawar kata adik.

Bandar lama ini tidak lah luas mana, tapi dalam kawasan itu ada stesen keretapi, hotel, masjid, padang bola dan deretan rumah- rumah kedai lama di sebelah kiri dan kanan Jalan Besar.  Sebahagian yang masih beroperasi sudah diubah suai dan dilakukan penambahbaikkan pada struktur bangunan.

Kebanyakkan bangunan lama dibina sebelum merdeka, paling awal yang saya jumpa tahun yang tercatat pada bangunan adalah tahun 1920-an.

Bangunan hujung warna kuning dan berkaca itu adalah Hotel Darul Makmur.  Mereka yang datang dari luar kalau tiada kenalan jangan susah banyak jer penginapan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing.

Aktiviti ekonomi dan sosial masih terus berlangsung di bandar lama, sungguhpun sudah ada bandar baru yang menawarkan lebih banyak kemudahan dan pilihan untuk penduduk.

Pintu masuk ke galeri, juga tidak dapat melawat, sebab belum buka.  Kalau ada masa terluang lain hari kita datang intai apa yang ada di dalam galeri ini.

Stesen keretapi Jerantut, masih beroperasi dengan laluan keretapi antara stesen Gemas, Negeri Sembilan di selatan tanahair ke stesen Tumpat, di Kelantan.  Pengembara Train to Dabong akan melalui dan singgah di stesen ini.  Macam bestkan kembara Train to Dabong tu, tak mampu buat Train to Busan, boleh lah try yang ini.

Zero '0' kilometer bandar Jerantut terletak dihadapan Cafe Gypsy Garden yang bersebelahan dengan Aza Gallery.

Deretan kerusi dan meja cafe di hadapan Aza Gallery. Jadi jika bercadang hendak melawat galeri kena ikut pintu sebelah tepi bangunan.

Salah satu bahagian cafe Gipsy Garden,  operasi cafe pada sebelah petang, sayang belum boleh mengopi pagi itu.

Kami jumpa satu lorong ini, ada mural di dinding kedai lama. Ada bangku disediakan untuk mereka yang nak berehat.

Pawang Nong, antara pawang terkenal di Pahang, kemungkinan beliau antara pawang yang membuat perjanjian dengan buaya di sungai Pahang, wallahualam bissawab.

Demikian hasil jalan-jalan di pekan lama Jerantut, moh lah balik perut kah dan lapo.

Wassalam.

Tuesday, 25 October 2016

Naik ETS ke Sungai Petani.

Assalam...
Sekarang ini kalau dengar jer ada saudara atau kawan yang sakit, tak boleh tangguh kena pergi melawat cepat-cepat.  Ambil pengajaran kisah-kisah sebelum ini, sudah ada pengalaman tak sempat melawat, dengar-dengar orang dah takde..... pergi untuk selama-lamanya.  Perasaan terkilan, bersalah dan ralat tu tak perlu nak cakap lagi dah bagaimana rasanya.

Ini perjalanan ke utara Sungai Petani, nak melawat Mak Andak, bermusafir bersendirian jadi fikir kena naik pengangkutan awam saja yang lebih mudah.  Nak naik flight kena turun Penang, jauh pula diorang nak datang ambik.  Bas macam dah selalu sangat.  Nasib teringat yang ETS dah ada sampai ke Padang Besar, boleh lah nak cuba sebab sebelum ini pernah naik dari Ipoh ke KL masa mula-mula dilancarkan dulu (masa tu tak lancar lagi, sekejap-kejap berenti sebab bekalan elektrik terputus).


Saya pilih perjalanan awal pagi dari KL Sentral, harga yang paling murah ke Sungai Petani dengan menaiki ETS Gold, yang lebih mahal lagi pun ada.  Cadangnya memang nak naik ETS pergi dan balik tapi tiket dari SP semua sold out.  Laku keras sebenarnya tiket ETS ini terutama pada hujung minggu. 


Tempat duduk saya dalam gerabak yang terdapat sekali kemudahan cafe dan surau, jadi mudah untuk saya tak perlu jalan jauh atau tercari-cari sarapan di gerabak lain.  Banyak masa saya habiskan lepak di cafe daripada duduk di tempat sendiri. 


Jarang-jarang dapat pengalaman bersarapan sambil menikmati pemandangan di luar seperti ini.  Rasa berbaloi sangat naik train kali ini.


Sambil bersarapan, dapat berkenalan dengan seorang kakak ini, yang datang dari Negeri Sembilan menuju ke Padang Besar.  Satu family melakukan day trip untuk shopping di Padang Besar menaiki ETS.  Wau macam syok jer idea itu, next time boleh  lah try.  


Sebenarnya saya sangat tertunggu-tunggu untuk menyaksikan pemandangan ini.  Pemandangan ketika keretapi melalui tasik Bukit Merah, macam membelah lautan.  Seakan mengimbau kembali kenangan pertama kalinya menaiki kereta api dan dapat menyaksikan pemandangan cantik seperti ini.  Walupun hampir 20 tahun berlalu tapi masih segar dalam ingatan


Ketika itu perjalanan dari KL ke Butterworth menaiki keretapi Senandung Pagi.  Sebab nak sangat merasai pengalaman naik keretapi, maka bertabah lah ketika itu walaupun ada penyesalan dalam hati. Bertolak dari stesen Kuala Lumpur jam 7 pagi dan sampai ke destinasi hanya pada jam 4 petang, faham sajalah keadaan train ketika itu.  


Tak habis melayan perasaan, tak sedar train dah sampai stesen Sungai Petani.  Sampai mengikut waktu yang dijadualkan, rasa macam sekejap sangat lah pula.


Lokasi stesen ETS di SP ini pun sangat strategik sebenarnya sebab berdekatan dengan UTC  Sungai Petani dan Hotel Seri Malaysia.  Jadi kalau selepas itu nak meneruskan perjalanan atau mencari penginapan senang kan, boleh dapatkan bas atau teksi dari sini.

Ketika sampai saya masih berkira-kira nak call diorang datang ambil atau tidak.  Kalau nak merayap di Pekan Sungai Petani pun sempat lagi, tapi rasanya tak perlu kot, sebaliknya nak teruskan adventure lagi.  Cari teksi atau kereta sapu untuk balik ke kampung Sidam Kiri sendiri, buat kejutan pada Mak Andak.
Wassalam.