September 2017 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Pengalaman memberi ceramah

assalamualaikum semua, hari ni terasa nak tulis pulak pasal kerja.. entah kenapa pulak.. mungkin disebabkan kerja yang berlambak tak abis-abis kat depan mata ni kot.. kerja aku bukalah takat jadi doktor haiwan yang buat postmortem dan diagnosis penyakit je setiap hari.. sebagai pegawai kerajaan kami pun terbelenggu dengan tugas-tugas pentadbiran jugak.. jadi dari kita stress marilah kita tulis blog.. biar blog je yang stress.. haha Pengalaman memberi ceramah sebenarnya nak cerita.. minggu lepas ada kursus dalaman mengenai ISO 17025 kat makmal kami ni haa.. tapi cuma kursus kecil-kecilan la.. aku yang cadang nak buat pastu aku yang buat semua sudahnya sebab terlupa nak lantik AJK bagai.. nasiblah.. ni semua gara-gara jadual yang agak padat bulan September ni.. dari awal bulan aku ke KL sampai tengah bulan ke Ipoh pulak.. dan akhirnya baru balik ke makmal.. dan kena buat kursus.. jadi kelam kabut pun ada.. dan lebih best lagi aku la kena jadi penceramah pasal tak sempat ...

Kakak Husna ke Bomba lagi!

Assalamualaikum semua, hari ni nak cerita pasal kisah rombongan anak-anak pulak.. semalam kakak husna ada ikut rombongan sekolah dia ke Balai Bomba Kuantan.. lagi sekali kan? hihi.. dia dah pernah pergi sekali Balai Bomba Kuantan ni masa dia kat sekolah PASTI dulu.. ada aku ceritakan dulu kat lawatan bomba ..  dan kali ni kakak husna berpeluang pulak ikut sekali lagi dengan kanak-kanak lain di Tabika Perpaduan tempat dia belajar sekarang ni.. bukan main bersemangat lagi tau.. cikgu ada bagitau dari minggu lepas lagi akan ada lawatan sambil belajar ke Balai Bomba ni tapi aku saja diamkan sampai la ke hari Isnin baru ni..  rupanya kakak husna yang terlebih teruja tau.. nak kejut bangun pagi pun sangat senang.. lagi la kalau disuruh mandi.. kalau tak dia la orangnya yang paling banyak dramanya selama ni.. lepas je sarapan boleh pulak dia suruh kita pulak cepat sebab nak kejar bas katanya.. hahaha..  kelakar pun ada..  tapi disebabkan semalam pagi hari...

Meizu Pro 7 dan Meizu 7 Pro Plus kini dijual di Malaysia!

assalamualaikum semua, ada ke sesiapa yang kerap sangat tengok telefon bimbit dia? kejap-kejap nak klik skrin.. kejap-kejap nak belek skrin sebab nak tengok ada tak mesej baru yang diterima.. atau tetiba je rasa nak belek telefon pintar sebab nak tengok ada tak email baru yang masuk? haaa.. kalau korang memang jenis macam ni aku rasa telefon pintar yang adanya dual-skrin amatlah sesuai untuk korang.. Meizu Pro 7 dan Meizu 7 Pro Plus kini dijual di Malaysia! Telefon pintar dengan spesifikasi dual-skrin atau skrin sekunder ini mula diperkenalkan pada tahun 2014 lagi.. masa tu semua orang teruja bila dengar ada telefon pintar yang ada dua skrin.. pada depan dan di belakangnya.. dan apa yang dipaparkan di skrin kedua telefon pintar ini tetap boleh dilihat walaupun telefon telah dimatikan.. best kan?  tapi telefon yang dihasilkan pada waktu tu cuma bersaiz 4.3" sahaja tau.. macamana kalau korang tau ada telefon dengan fungsi dual-skrin yang sama tapi bersaiz lebih besar...

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Ketiga

assalamualaikum semua, mari kita sambung kisah EDP Korea untuk hari yang ketiga.. kalau ikutkan keseluruhan program EDP ni adalah selama 15 hari termasuk hari pergi dan balik.. dan hari ketiga yang aku maksudkan ialah merupakan hari kedua kami di Korea setelah hari pertama kami sampai tu kami selamat melawat Pulau Nami yang indah .. dan hari ketiga ni merupakan hari pertama program bermula secara rasminya di National Human Resource Institute (NHI) di Korea ni..  Hari Pertama kursus EDP bermula walaupun kalau ikutkan program ni dah lama berlalu.. dah masuk 2 bulan dah pun tapi aku masih terkenang-kenang.. ye la bukan selalu pun dapat rezeki ke negara orang.. dapat ditaja pulak tu.. syukur yang teramat sampai ke hari ni dan perasaan masih tak percaya pun masih ada.. NHI Korea meh kita cerita serba sedikit pasal NHI ni, apa dia NHI ni sebenarnya dan apa yang diorang buat kat sini? haa.. sebenarnya NHI ni asalnya diberi nama COTI iaitu Central Official Train...

HAKUBI WHITE C untuk putih dan cerah secara dalaman dan luaran.

HAKUBI WHITE C untuk putih dan cerah secara dalaman dan luaran. Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal produk yang selalunya dicari-cari oleh wanita.. masalah kulit termasuk jeragat, pigmentasi, jerawat, kedutan dan kulit kering hasil dari gaya hidup kurang sihat, tekanan dan ketidakseimbangan hormon yang tidak sihat adalah kesukaran yang dihadapi oleh pihak wanita di mana saja.. HAKUBI untuk putih dan cerah secara dalaman dan luaran Kulit putih dan cerah secara dalaman dan luaran ni ternyata menjadi impian dan kehendak wanita.. sebagai jawapan untuk masalah ini, Sato Pharmaceutical Co Ltd, satunya nama yang tertubuh dalam penjagaan kesihatan di Jepun, dengan kehadiran di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, telah melancarkan satu siri pemutihan baru iaitu Hakubi White C Siri dengan L-Cysteine, Vitamin C dan B6 untuk kulit yang sihat. Hakubi White C Plus Hakubi White C Plus : mengandungi formula unik menggalakkan kesihatan kulit...

Lanafira.com butik online pilihan!

Assalamualaikum semua, sejak beberapa tahun kebelakangan ni kebanyakan orang dah suka sangat membeli belah secara online.. antaranya sebab dapat jimat kos minyak dan jimat masa jugak.. antara yang menjadi pilihan ramai untuk butik muslimah ialah Lanafira.com , butik online pilihan! Lanafira butik online pilihan bagi sesiapa yang belum kenal lagi Lanafira ni meh aku cerita sikit, Lanafira ni ialah butik online yang banyak menjual pilihan pakaian muslimah.. banyak pilihan yang ada disediakan untuk semua pengunjung.. kalau korang nak cari baju muslimah yang cantik-cantik dan dibuat dari kain yang sangat selesa boleh la tinjau-tinjau butik online Lanafira ni nanti tau.   meh kita tengok apa pilihan yang ada.. Melissa Long Dress adalah antara pilihan yang terlaris dalam butik Lanafira ni tau.. tentunya sebab design dia yang sopan, kain yang selesa dan pilihan warna yang memikat kalbu.. tengok je la gambar kat bawah ni haa..  tengok ...

Masyarakat kita dah lain sangat..

Assalamualaikum semua,  hari ni entah kenapa hati rasa sebak je.. sama macam cuaca yang agak redup je hari ni.. teringat lagi kisah di sebalik kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah aritu.. bila tau sebab kejadian dan siapa yang buat terus rasa merundum hati sejak hari sabtu lepas.. sedihnya rasa.. macam tersayat-sayat hati rasanya.. tembok batu di luar.. begitu jugak di hati kita aku bukan tak sedih masa kejadian kebakaran tu.. tipu kalau aku kata aku tak rasa sedih.. sedih sangat cuma tak sampai mengeluarkan airmata sebab terfikir waktu tu.. mengenai ganjaran syahid kecil yang dikurniakan pada orang-orang yang mati dalam kebakaran dan mati lemas .. mampu berdoa masa tu semoga semua mangsa tergolong dalam syahid kecil tu nanti.. insyaAllah.. tapi bila dapat tau siapa dalang di sebalik kejadian tu lagi aku rasa teramat sedih.. yang ni memang aku nangis ok.. aku teringat.. baru tak sampai beberapa minggu lepas.. waktu dalam perjalanan aku hantar laporan prog...