Cerita Ita: Skim Gaji Penjawat Awam                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Skim Gaji Penjawat Awam

laaa... harap...baru nak lompat-lompat...

salam sejahtera semua, tadi aku baru je cerita pasal kenaikan gaji nak dikajikan? ingat macam berita baik untuk semua penjawat awam... sekali kawan aku komen kat POST ni... terus aku terjah.... sekali dia keluar gini pulak dah.... pastu aku try lagi... kali ni berjaya.... dan ini hasilnya... Kajian semula gaji hanya libatkan 20% penjawat awam SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 1 November 2012 Cuepacs KUALA LUMPUR - Cuepacs berkata kajian semula gaji kakitangan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa semalam, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum. Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu memandangkan kira-kira 20 peratus daripada 1.3 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan mereka harus diberi perhatian supaya tidak ketinggalan. jadi pada sesiapa yang baru nak berangan lompat-lompat kegumbiraan macam aku tu.... sila maklum o...

Berita Baik bagi Kakitangan Kerajaan

salam sejahtera semua, tetiba je masa rehat ni teringat nak letak berita gembira ni... berita ni dah keluar dalam suratkhabar minggu lepas lagi... dan pada sesiapa yang dah terlepas nak membacanya boleh la rujuk lepas ni ye... apa beritanya tu? haaa... ini dia.... Skim Gaji Penjawat Awam Dikaji Semula macam ada kelegaan bila baca tajuk ni... harapnya dipercepatkan dan janganlah selaras dengan kenaikan harga pulak... macam sebagaimana biasa setiap kali kenaikan gaji mesti ada kenaikan harga... mana la nak ada nafas yang lega... untuk yang nak baca lebih lagi boleh tengok kat SINI ye... p/s bila perut kenyang mata makin layu...ada batang mancis lebih tak?