Hujan Mula Turun Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis kisah hidup di blog ni. Agak sibuk dengan aktiviti harian. Banyak yang nak diceritakan bermula kisah bulan 7 selepas aku bertukar tempat kerja baru aritu. Tapi dek disebabkan kesibukan masih tak dapat menulis semuanya sebagai kenangan. Hari ni agak suram, sama suramnya dengan cuaca. Dari awal pagi dah mula mendung dan hujan lebat sehingga tengahari tadi. Selepas itu pun cuaca agak suram dan sejuk. Sejuk Mencengkam Suhu pun terasa sangat sejuk, entah kenapa rasa sejuknya sampai rasa mencengkam tulang. Padahal setiap malam aku rasa panas sampai berpeluh-peluh waktu tidur. Bila sejuk-sejuk macam ni terus teringat pengalaman masa duduk di Kuantan satu ketika dulu. Musim Sejuk Bermula Kalau dulu-dulu, bila masuk je bulan 10 ke atas memang akan bersedia dengan musim hujan yang merangkap musim sejuk bermula. Masa tu sejuk betul sampaikan duduk kat luar rumah pun rasanya macam pasang aircond dalam bilik. Boleh menggigil la. Tapi y...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.