Februari 2021 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021

assalamualaikum semua, lama aku tak cerita pasal blog orang lain kat dalam blog ni.. sebabnya cerita diri sendiri pun selalunya tak habis tulis.. tapi semangat tahun ni lain macam sikit jadi aku nak cerita la jugak pasal 25 Mommy Blogger Malaysia Paling best untuk 2021 yang korang patut tau dan jengah blog diorang ni untuk baca dan follow ok.. marilah aku terus kenalkan satu persatu.. mommy blogger Malaysia.. 26 Mommy Blogger Malaysia Best Senarai 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021 #1. Siti Awadah   Blogger Sis Awadah ini atau aku lebih suka panggil Sis Awa je.. antara orang yang aku kagum.. seorang ibu yang bekerja sebagai surirumah sepenuh masa yang mempunyai 6 orang anak.. mula berblog pada 2017.. kiranya dalam 4 tahun macam tu tapi antara yang aktif menjana pendapatan melalui Google Adsense.. hebat dia ni.. antara mommy blogger terkenal jugak ni.. Link blog :  http://www.sishawa.com/ #2. Ardini Humaira  Blogger ini antara yang paling lama aktif berblog.....

Pageview blog dah 3 juta dan pemenang GA

Assalamualaikum semua,  hari ni nak cerita pasal pageview blog dah 3 juta dan pemenang GA yang aku buat beberapa hari lepas.. tetiba dapat idea nak buat bila tengok pageview blog dah menghampiri angka 3 juta pengunjung.. nak ambik gambar sendiri bila pageview sampai ke angka menarik macam ni sangat la susah.. jadi dengan cara buat GA atau giveaway boleh la dapat tengok angka menarik ni di blog sendiri..  Pageview blog dah 3 juta - gambar ihsan dari Blog Me Searching For Soul Syukur rasanya sebab dari awal berblog mula tahun 2008 dulu tak sangka juga blog ni akan panjang umur,  ada domain sendiri dan boleh menjana pendapatan sampingan.. dari awal dulu sebab minat menulis apa saja dalam kehidupan.. kiranya macam diari la.. dulu suka tulis atas kertas sekarang ni pindah ke blog pulak.. semoga berkekalan selagi nyawa dikandung badan.. insyaAllah..    pasal GA Ceritaita nak bagi hadiah pulak ingatkan lama sikit baru dapat pemenang.. rupanya hari ni upload pasal post...

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli

Top bantu anak orang asli Assalamualaikum semua, permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli.  Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka meneruskan persekolahan demi menjamin masa depan.  Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlin...

Wujud lagi rupanya Nuffnang

assalamualaikum semua, tadi aku luangkan masa baiki dan buang semua brokenlink yang ada kat dalam blog Ceritaita ni, alhamdulillah dari 300++ brokenlink aku berjaya buang sehingga hanya tinggal dalam 45 link je lagi.. tu yang pulun jugak buat bila ada masa.. selama ni sebenarnya tak berapa ambik tau pasal brokenlink dan apa kesan dia pada blog tapi bila dah join group Biters ni banyak la yang aku belajar.. alhamdulillah.. antara kawan-kawan yang tak kedekut ilmu..  Wujud lagi rupanya Nuffnang bila dah buat kerja-kerja membersihkan blog tadi ternampaklah sekali ada iklan Nuffnang, Nuffnang kalau sesiapa yang kenal dulu adalah antara penyumbang pendapatan terbesar untuk blogger.. aku ada la jugak beberapa kali buat cash out dengan Nuffnang.. tapi entah kenapa pendapatan Nuffnang macam terhenti sejak tahun 2018.. masa tu macam dia lebih fokus dengan blogger-blogger popular saja rasanya.. jadi blogger yang sendu-sendu macam aku ni memang agak menjauh la..  tapi tetiba tadi terfiki...

Ceritaita nak bagi hadiah!

Ceritaita nak bagi hadiah! assalamualaikum semua, lamanya tak balik ke masa lampau masa orang sibuk buat giveaway dan contest di sana sini tu kan.. dulu masa awal berblog masing-masing sibuk buat giveaway dan contest.. tak kurang juga yang rajin bersegmen di sana sini.. hari ni tiba-tiba pulak aku rasa macam nak buat giveaway yang simple dari Ceritaita.. yang bertajuk Ceritaita nak bagi hadiah! Ceritaita nak bagi hadiah! bunyi macam best kan? jadi hadiah pun mestilah best.. tapi aku bukan nak bagi hadiah banyak pun.. dan bukanlah best mana pun.. cukuplah sebagai ingatan.. dari blog Ceritaita untuk semua pembaca tersayang.. dan aku sediakan 2 hadiah untuk pemenang yang akan dapat nanti.. satu hadiah untuk pembaca bertuah dan satu lagi hadiah buat blogger yang bertuah.. hadiahnya aku taknak cerita dulu la.. bila dah ada pemenang je nanti aku terus bagi boleh ke macam tu? eh nanti dulu aku belum cerita lagi apa kandungan post Ceritaita nak bagi hadiah ni dan apa yang korang perlu buat unt...

Happy Birthday to me!

Assalamualaikum semua,  cerita lama tapi sibuk nak tulis jugak..Happy Birthday to me! dah masuk bulan Februari dah pun.. hahaha.. tapi aku rasa tak salah kot buat post ni.. cuma mengenangkan umur yang makin meningkat naik.. bukan makin muda.. makin banyak perlu dikejar untuk bawak saham ke sana..  Happy Birthday to me! tahun ni dah genap umur 42 tahun pun.. ada yang kata 20 tahun umur tambah 22 tahun pengalaman.. tapi kalau tanya aku.. lebih kepada 2 tahun je pengalaman.. kenapa aku kata macam tu ? sebab setiap yang datang memberi ilmu baru dalam hidup.. banyaklah kalau nak ceritakan.. tapi terasa hari ni aku nak jugak senaraikan apa yang berlaku dalam hidup.. 1. Keluarga  Umur aku dah 42 tahun.. selama 12 tahun aku dibesarkan di sebuah perkampungan felda di Kluang.. ya aku anak Felda.. generasi kedua.. puas la bergelumang dengan sawit masa kecik.. bila dah masuk sekolah menengah sempat la sekolah di kampung sekejap sebelum ditempatkan di sekolah berasrama di Muar.. belaj...