Julai 2023 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

Azan Maghrib : Kaedah Penentuan dan Panduan Waktu Solat

Assalamualaikum semua, hari ni tetiba rasa nak menulis pasal Azan Maghrib. Sejak bulan lepas aku banyak bergerak dari satu negeri ke satu negeri. Terfikir pasal waktu solat di setiap negeri yang aku singgah. Paling kritikal bila kita nak buat solat jamak dan qasar. Kena tau waktu solat yang sebenar di negeri yang kita singgah tu. Azan Maghrib   Maksud azan ialah seruan atau laungan yang dibacakan oleh tukang azan. Tukang azan ini dipanggil bilal atau muazzin. Seorang bilal mestilah lelaki yang beragama Islam. Perempuan tidak boleh melaungkan azan di mana-mana pun ya. Azan dilaungkan oleh bilal yang dilantik bagi setiap masjid di Malaysia. Azan maghrib tu sendiri ialah azan yang dilaungkan pada ketika masuknya waktu maghrib bagi setiap kawasan. Biasanya azan maghrib juga dijadikan panduan bagi waktu berbuka puasa. Ianya berbeza-beza mengikut tempat samada di negeri atau daerah. Azan Maghrib Johor Waktu Azan Maghrib di Johor mudah untuk diakses dan ada dipaparkan secara online oleh M...

Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah!

Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk 1hb Muharram 1445H dalam kalender Islam. Sekejap je setahun dan berlalu dan tibanya awal Muharram semula. Semalam semua orang tentunya dah membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun kan? Hari ni juga tentu ada yang dah niat puasa sunat awal Muharram juga. Hari ni juga hari terbaik untuk kita mulakan sesuatu yang baru atau berhijrah kepada yang lebih baik. Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah! Bulan Muharram dalam Kalender Islam Setiap awal Muharram ataupun 1hb Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Ianya membawa maksud diharamkan iaitu bulan yang dilarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Ianya juga popular dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah.  Tahun ini telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bahawa tarikh 1 Muharram 1445H adalah pada 19hb Julai 2023 dan ditetapkan sebagai cuti umum awal Muharram tahun baru Islam bagi semua negeri-negeri...

Main Bowling di Melaka International Bowling Centre MIBC

Assalamualaikum semua, masih lagi kisah yang berlaku bulan lepas. Tak sempat lagi nak ceritakan pengalaman kami bermain bowling di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Harap masih belum terlambat nak flashback ya. Baru ni ada aku ceritakan kisah kami ke Melaka dan menginap di Bayou Lagoon Park Resort . Melaka International Bowling Centre (MIBC) MIBC Kisah awal cadangan main bowling Kisahnya waktu awal-awal dah buat keputusan nak adakan bengkel ni, bos bagi cadangan untuk kami adakan pertandingan boling suka-suka antara kami peserta bengkel. Disebabkan semua VetEC hantar wakil untuk bengkel jadi bos cadangkan kami hantar nama peserta untuk permainan boling ni sekali jalan la kiranya.  Aku rasa macam tak best jugak mulanya sebab aku bukan pandai main bowling pun selama ni. Selalu main pun dengan anak-anak je la. Itu pun ada sekali je tahun ni masa aku ceritakan kisah luangkan masa bersama anak-anak aritu je pun. Sekali bos ajak untuk bertanding pulak dah. Mana maunya nak main....

Julai : Bulan ujian buat kami

Assalamualaikum semua, tadi pagi dah cerita pasal ujian kan? Kebetulan bulan julai ni banyak pulak ujian besar yang terjadi buat kami. Ini antara ujian yang aku boleh ceritakan kat korang la. Sebab ianya tak melibatkan aib sesiapa. Bulan Julai 2023 Kebakaran di PPIT Batu Pahat Ujian Pertama : Pusat Operasi Batu Pahat Terbakar Kejadian kebakaran berlaku pada awal pagi 4hb Julai yang lepas. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak bomba. Tapi memang habis rentung la ruangan pentadbiran tu. Syukur juga ianya tak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan. Cuma kerosakan harta benda sajalah. Itu pun kami sedih jugak. Maklumlah harta kerajaan ni bukan senang nak dapat gantinya. Masa kejadian ni berlaku dalam pukul 3 pagi macam tu. Memang bukan waktu bekerja la waktu ni. Ada seorang pemandu lori yang melalui kawasan pejabat ni dan ternampak kepulan asap keluar dari bangunan. Alhamdulillah beliau sangat peka dan terus menelefon bomba waktu tu. Jadi tak sampai beberapa minit bomba dan s...

Ujian

Assalamualaikum semua, aku terbaca di dinding facebook seorang kawan. Dia ditimpa ujian yang sangat berat. Lebih berat lagi bila dia ceritakan kisah ujian yang menimpa tetapi orang tidak percayakan ceritanya. Pada aku hilang kepercayaan dari orang lain itulah ujian sebenar buatnya. Gambar hiasan ketika proses melupuskan ternakan Ujian Maksud ujian itu sendiri ialah untuk mencuba atau memeriksa tahap seseorang. Dalam konteks kehidupan dan agama, ujian adalah untuk menguji tahap ketahanan iman seseorang menghadapi masalah dan dugaan dalam kehidupan. Komen positif dan negatif Tapi di sebalik itu ada banyak komen baik dan memberi semangat di statusnya itu. Aku, dalam kebanyakan masa memilih untuk diam, baca dan hadam. Ada banyak perkara yang boleh dibaca dan dihadamkan dengan baik. Ambillah sebanyak mungkin komen yang positif supaya kita terus bersemangat untuk hidup yang lebih baik. Kadangkala antaranya ada jalan penyelesaian bagi masalah yang kita sedang hadapi. Mana-mana komen yang nega...

Pengalaman Bermalam di Bayou Lagoon Park Resort

Assalamualaikum semua, ya Allah lama betul aku tak menulis kat blog ni kan ? Kat Instagram dan Facebook pun dah jarang-jarang. Tapi aku nak jugak cerita kisah bermalam di Bayou Lagoon Resort Melaka baru-baru ni. Bayou Lagoon Park Resort Melaka  Dah lama sebenarnya Bayou Lagoon Park Resort Melaka ni mula dibuka pada tahun 2013 macam tu kot. Aku pun tak berapa ingat bila. Tapi kalau kami yang jarang-jarang ke Melaka ni. Bayou Lagoon Park Resort ni antara yang kami tak pernah jejak kaki lagi la. Sama juga dengan A'Famosa Resort. Entah bila ada rezeki nak singgah. Kisahnya masa hujung bulan Jun lepas aku ada bengkel di Melaka. Kebetulan pulak bengkel tu pada hari Rabu sampai Jumaat. Hari Jumaat kan sekolah di Johor cuti, jadi dapat idea boleh la anak-anak stay sekali sambil diorang boleh mandi manda kat waterpark situ kan? Jadi aku gerak dulu Rabu tu dan mereka menyusul pada hari Khamis. Dapatlah bermalam semalam dengan keluarga di Melaka. Marilah aku ceritakan kisah kami kat sini. Car...