Cerita Ita: tarikh                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tarikh

Festival Layang-Layang Sedunia ke 28 di Pasir Gudang 2026

 Fe stival Layang-layang di Pasir Gudang Assalamualaikum semua, kalau sebut pasal festival layang-layang ni. Terus terbayang pelbagai jenis corak dan bentuk layang-layang gergasi yang diterbangkan tinggi di langit. Kami pernah jugaklah pergi ke festival layang-layang ni sekali je dulu. Kena gigih ya nak ke festival ni. Satu sebab kena datang awal untuk dapatkan tempat letak kereta yang dekat. Kedua kena sedia modal banyak sebab jualan dia semua best kat situ. Muzium Layang-Layang Yang jadikan dianya unik dan best ialah pelbagai layang-layang yang diterbangkan tu bukan saja dari Malaysia tapi dari seluruh dunia. Aku pernah jugak pergi Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang ni selain dari musim festival dunia macam ni dulu. Kat situ ada satu muzium layang-layang yang mempamerkan semua jenis layang-layang terutama layang-layang dan wau di Malaysia. Cantik-cantik semuanya. Muziumnya agak luas jugak. Baguslah untuk pengetahuan am anak-anak pasal layang-layang. Promosi Festival Layang-layan...

dah nak abis dah....

assalamualaikum semua, aku nak tanya korang ni..... korang tak perasan ke? tahun 2012 ni dah nak abis dah..... hari ni dah 27 Disember 2012 dah..... lagi 4 hari lagi dah nak masuk tahun baru 2013 dah.... dan itu bermakna CONTEST CERITA ITA pun dan nak sampai ke tarikh penutupnya.... tapi masih tak ada lagi yang nak masuk contest ni.... sedih la...hukhuk.... korang taknak hadiah ke? ke hadiah tu macam tak best je? nak tambah jadi best lagi ke? atau masa pendek sangat? meh la join..... aku nak bagi betul-betul ni.... ikhlas ni..... kalau masih kurang yang nak join atau dapat cuma 5 peserta atau kurang sampai tarikh tutup tu nanti... aku akan bagi hadiah utama tu pada semua peserta yang join ok... jadi jangan lepaskan peluang dan meh join reramai..... nampak gambar budak cute kat tepi pakai baju pink tu?  haaaa.... klik kat situ untuk maklumat lanjut..... p/s lemas dah tengok entry melekat ni....kita kasi lekat terus kat tepi la.....