Cerita Ita: isu semasa                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel isu semasa

Kisah Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat

Assalamualaikum semua,  hari ni dikejutkan dengan berita sedih di pagi hari.. berita kebakaran yang meragut nyawa lebih 20 orang anak-anak tahfiz dan guru mereka di awal pagi.. ada pulak berita yang ianya bukan berpunca dari litar pintas.. Allah.. harapnya siasatan akan menemukan punca sebenar nanti.. janganlah ada unsur khianat hendaknya.. sumber : berita harian apa pun aku tak mau ulas kisah sedih tu.. biarlah pihak bertanggungjawab menyelesaikannya nanti.. cuma doa dititipkan buat anak-anak ini serta ahli keluarga mangsa agar tenang dan sabar menghadapi ujian yang berat buat mereka ini.. aku percaya hari ni satu malaysia menangisi pemergian mereka.. jugak ku pohonkan untuk mereka yang sedang sibuk berkongsikan gambar dan video kejadian..  cukup-cukuplah menambah pilu sekelian hati manusia yang menontonnya.. kami sangat terkesan walau bukan ahli keluarga mangsa.. tapi cukup untuk membuatkan kami terbayangkan anak-anak kami di waktu tu.. tolonglah jadi ...

Nukilan Raja Shamri yang patut dijadikan panduan

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis...diduga anak sakit berturut-turut... apakan daya ... ujian kami anak-anak selalu sakit... kami kena redha semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga... diuji bermakna Allah nak kita dekat dengan Dia... diuji bermakna Allah sayang... diuji bermakna masa ada lagi nilai kehidupan yang perlu kita syukuri... dan hari ini terbaca nukilan seorang tokoh tersohor... aku kenali beliau ketika kejadian banjir besar di Kelantan satu ketika dulu.... sebelum itu memang jujur aku kata aku jarang ambil tau pasal pakar-pakar motivasi di luar sana... jarang la pakar yang berjaya menunjukkan yang beliau betul-betul bangun dari kesusahan zaman lampau... berlainan dengan YM Raja Shamri Raja Husin ... seorang yang pernah digelar wira tak didendang satu ketika dulu... sedikit biodata tentang diri YM Raja Shamri... (disalin dari facebook Raja Shamri ) Dilahirkan di Pasir Puteh Kelantan, YM Raja Shamri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan...

Teruskan mohon PRIMA.. tiada tarikh akhir..cara-cara memohon?

assalamualaikum semua, baru-baru ni kecoh di sana sini orang hantar sms dan whatsapp berantai yang kononnya permohonan skim Rumah Perumahan Rakyat 1 Malaysia akan ditutup pada 28 Februari 2014... disebabkan tu laman web PRIMA jammed sampai tak boleh nak dibuka... hehe..panik semua orang... nampak sangat orang malaysia memang suka buat benda di saat-saat akhir.... tadi bila aku try masuk...nampaknya ada pemberitahuan di laman web PRIMA... PRIMA jadi tak perlu kecoh... bolehlah kalau nak daftar sekarang atau bila-bila pun ok...dan penyebaran sms adalah tipu ok...sila jangan sebar lagi... nak daftar? belum daftar lagi boleh semak kelayakan yang diperlukan macam kat bawah ni... PRIMA dah cukup semua kelayakan kena ikut proses ni pulak... cara memohon PRIMA dah dapat email baru boleh teruskan permohonan anda ok... eh lupa... nak memohon boleh ke laman web PRIMA ok.. boleh jugak tengok dimana rancangan pembangunan perumahan ni dalam laman web tu jugak... ...

Indeks Pencemar Udara di Muar membimbangkan

assalamualaikum semua, aku bersiaran dari kampung johor hari ni...alhamdulillah kami selamat sampai di kluang jam 2 pagi tadi.. sebenarnya plan nak balik memang takde tapi bila aku telefon mak semalam dan mak kata rindu dengan suara anak-anak..terus shah buat keputusan segera nak balik malam tadi jugak..kami bertolak jam 9.30 malam tadi.. jerebu di johor dah semakin membimbangkan..kat rumah mak aku ni pun suasana kat luar menyeramkan kami..dengan bahangnya sebab lama dah tak hujan... sekarang di muar dah naik ke 453 bacaan pada jam 4 petang tadi..sayangnya web yang menjadi rujukan tak menunjukkan statistik semua daerah..terutama kluang yang kami duduk sekarang ni.. semoga kita semua dipelihara Allah dari apa jua yang tidak sihat..amin... rujukan dari sini.. mStar Online : Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453 mStar Online : Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453 - http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/22/mstar_berita/20130622181654&sec=...

Indeks Pencemar Udara (IPU) seluruh negara

assalamualaikum semua, tak sempat nak karang cerita panjang ke PD aritu... cuma sempat nak update keadaan semasa negara setakat pagi tadi.... laporan mengikut yang dipaparkan dalam laman web Department or Environment Malaysia setakat 11 pagi tadi... setakat ni kawasan yang paling teruk adalah Muar.... tempat aku belajar dulu tu... untuk langkah berjaga-jaga sila rujuk entry INI .. rujukan dari SINI ... p/s susah hati bila tengok luar yang gelap semacam.....

apa dah jadi dengan Malaysia....?

assalamualaikum semua, bersantai di hujung minggu... hari minggu korang buat apa? aku tengah melepak sambil tengok jalan-jalan cari makan kat tv3 ni....bestnya tengok si pengacara ikram ni makan... dia tunjuk semua tempat yang diorang pergi sepanjang 2012 ni...menarik...menitis air liur tengok dia makan sate willy kat kajang tu... sambil tengok tv sambil baca suratkhabar....anak-anak dah kena subcontract dengan orang lain....hihi....diorang bawak berjalan màna ntah.... baru bukak je suratkhabar muka depan dah nampak berita yang mengemparkan....korang tengok la gambar kat bawah tu....bukan gambar perempuan seksi tu ye tapi berita kat belah kiri atas tu dan kat belah kanan atas dan berita utama kat bawah.... yang pertama cerita pasal maut akibat peragut yang menjadi masalah takde kesudahan bagi rakyat malaysia... yang kedua tu berita anak 3 tahun ditetak oleh ibu saudaranya yang ada masalah mental... yang ketiga ni lagi parah...anak ditinggalkan di tepi jalan...Allahuakhbar.....

Bayi 1 bulan maut ditimpa durian

salam sejahtera semua, di sebalik kisah meletup-letup di sana sini pasal Durian Crepe ... ada jugak cerita sedih pagi ni.... gigil badan aku baca....anak jatuh tangga pun aku panik semacam...alahai...kalau la itu anakku...macamana rasanya... Ya Allah.... Yusof, sayunya wajah bayi yang mati ditimpa durian NIBONG TEBAL - Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian semasa di dukungan ibunya ketika sedang mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian dibelakang rumah mereka dalam kejadian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ibunya, Samimi Kasmin, 29, membawa bersama Mohamad Yusoff itu keluar bersama, ketika sedang mengutip pakaian, tiba-tiba buah durian gugur mengenai kepala dan bahunya. berita penuh boleh baca di Sinar Harian al fatihah buat anak comel ini.... p/s hari ni pakai baju batik sambil buat postmortem 3 ekor ayam...boleh? control ayu ita! ;)

PENIPUAN PELABURAN EMAS TERBONGKAR!

salam sejahtera semua, ada berita penting nak didedahkan.. meh baca dibawah ni.... KUALA LUMPUR 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan modus operandi dalam kes sebuah bank tempatan ditipu RM75 juta baru-baru ini, adalah dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen. Disebabkan itu, pihak bank gagal mengesan ketulenan emas berkenaan ketika membuat tapisan pertama melalui timbangan menyebabkan pinjaman diluluskan. Lebih licik, sindiket itu mempergunakan penduduk kampung dengan menawarkan upah RM300 hingga RM800 seorang bagi mencagarkan emas palsu tersebut ke sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu. berita lanjut leh tengok SINI ... p/s ramai sangat yang buat penipuan berlandaskan perlaburan ni...

tempat korang ada?

salam sejahtera semua, saje aku tampal gambar ni? eh ternampak pulak sampah yang tak masuk dalam tong sampah tu kan? dan nak tanya.... tempat korang ada benda alah ni? bagi yang tak nampak sila klik gambar bagi besar ok.... tentu korang cakap takde kan? pasal kat kuantan je ada LYNAS... hehe... ke ada yang nak jawab... apa benda tu? ok... buat pengetahuan korang yang tak tau... benda alah ni adalah alat mengukur kadar radiasi semasa di Kuantan... ketepatan dia aku tak pasti tapi alat dia dah dipasang sejak tahun lepas kalau tak silap aku bersebelahan dengan pintu masuk ke Ibu Pejabat Polis Pahang... dan dah jadi kebiasaannya aku akan jeling ke skrin ni bila aku dalam perjalanan balik ke rumah.... tapi dah 2 kali bacaan yang tertera kat situ agak menakutkan....time aku lalu la..... tak sempat pulak nak snap buat bukti.... bacaan biasa aku selalu tengok adalah 127 ke 132 errr aku lupa la bacaan dia apa... esok aku update ek... tapi bacaan yang aku kata menakut...

Gempa bumi di Malaysia?

salam semua, korang perasan tak pasal berita gempar ni? aku baca pasal tagline berita ni kat tv1 malam tadi... kat tagline tu tulis gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter dirasai di Mersing, Johor pada jam 9.43 malam tadi... Ya Allah.... tak tau nak kata apa dah.... line selamat pun dah tak selamat dah sekarang ni... cerita penuh kat SINI p/s aku belum sempat call mak aku lagi kat kluang ni.... mak rasa tak ye?

Tiada apa yang menghalang mereka...

salam semua, aku buka facebook tadi dan ada kawan sekolah lama kongsikan video pasal Somalia ni.... takde apa yang menghalang mereka untuk menghafal al-quran... tapi kita yang hidup mewah dan selalu berada ni..... di mana usaha kita? p/s kesedaran untuk untuk diri sendiri dan mendidik anak2 juga...

apa tanda bumi dah tercemar....

salam semua, pagi ni agak sibuk menyiapkan report kes... tapi nak curi masa juga update blog ni... sebelum aku terus ke bilik post mortem untuk settle lagi 3 kes menunggu di situ... pagi tadi kami naik motor ke tempat keja... nak jimat minyak sikit la... dah banyak abis duit kat minyak kereta bulan ni.. itu pun kami dah kurang jalan2 sekarang ni... banyak kelebihan naik motor ni... pertama boleh jimat minyak... kedua boleh sampai awal..... kami kena balik awal sekarang ni sebab lepas je pukul 6 petang dah ada bayaran tambahan dikenakan untuk anak yang balik lewat... tengah2 jalan tadi terfikir.... banyak tanda2 bumi kita dah tercemar kan? korang nak tau apa dia? 1. korang cuba duduk2 senyap2 kat rumah..... ada tak bunyi katak? kalau jawapan korang takde sah kawasan rumah korang tu dah tercemar... sampai katak pun tak boleh hidup... korang tak caya cakap aku...leh baca kat sini... cerita pasal katak... 2. korang perasan tak bunga yang kaler perpel kat yang selalu tumbuh m...

Isu Kluang Railway Station..

salam semua, selama aku tak berblog 2 hari ni..aku mengikuti jugak isu semasa camni...sebabnya aku asal dari kluang cuma lahir je kat kota tinggi...tapi membesar di kluang la dr 3bln++.. sedih bila isu ni keluar... korang leh baca SINI dan SINI... memula aku pikir org aniaya ke? ada banyak komen di rujukan aku tu...korang fikirkan la sendiri... tapi bila bincang2 dengan family masa aku baru balik hujung minggu lepas aku tau betapa tak sensitifnya orang kita... kadang2 dalam kita sibuk mencarik makanan kita lupa semua ni... kita sibuk tanya organik tak organik... ada racun atau tak.. tapi yg nyata kita lupa ...adakah ia halal atau tak? tak guna juga kalau organik tapi tak halal kan? sesama la kita fikir2 kan... buat pengetahuan korang, aku membesar di kluang... kedai kopi ni adalah laluan aku hari2 masa aku gi sekolah kat sekolah tinggi dulu..tapi ntah kenapa aku tak penah rasa nak singgah... sehingga umur aku dah mencecah 32 tahun ni pun, sekali pun aku x rasa nak singgah......

Al Fatihah buat baby Adelia

salam semua, aku terpanggil nak buat entry memalam ni...kebetulan pulak adik dah selamat tidur.... tadi lebih kurang pukul 10 mlm aku dikejutkan dengan sms dari sahabat sekolah lama...dia bgtau anak pada rakan sekolah kami meninggal dunia kerana tersedak susu...berita keluar dalam paper utusan hari ni...aku tak tau pun kawan aku tu baru melahirkan...baru je dua bulan...kesian dia... korang leh baca berita penuh kat sini.... MALAYSIA ZOOM ... ni pulak cerita dr mak dia....aku tak leh nak tahan air mata aku....korang baca la sendiri ye... PERMERGIAN ADELIA...16 MARCH 2011 Innalillahi wailla hiraji'un....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Adelia...amin...