Cerita Ita: menang                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel menang

Menang Contest Raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua,  nak kongsikan cerita hari tu aku ada menang contest raya dari Denaihati..  alhamdulillah sesaja la masukkan gambar masa raya hari tu.. mana la tau ada pulak rezekinya kan.. syukurlah jugak..  Menang Contest Raya dari Denaihati!  permintaan Tuan Amir Denaihati waktu tu suruh masukkan dalam komen gambar yang kita rasa paling kelakar atau paling menarik atau paling cantik untuk kawan-kawan undi.. kemudian mereka akan pilih 5 pemenang dari pilihan like tertinggi sekali antara komen..  niat hati waktu tu nak belanja kakak husna makan durian kalau dia memang.. rupanya Allah nak permudahkan niat mak dia ni.. akhirnya gambar kami pertaruhkan tu berjaya jadi antara 5 pemenang.. syukur alhamdulillah.. semoga Allah permurahkan lagi rezeki buat Tuan Amir Denaihati dan team.. InsyaAllah kalau ada lagi aku akan sentiasa sokong!  Ceritaita

Ceritaita menang Giveaway Mrs Pip

assalamualaikum semua, minggu ni penuh dugaan tapi tak terkecuali jugak ada berita gembira.. dugaan kereta yang diuji rosak berkali-kali sangat menduga hati dan poket.. kalau nak kenangkan macam tak daya nak fikir dah.. baiki je la mana yang ada.. belum lagi dugaan-dugaan lain yang menguji kesabaran diri sejak beberapa tahun ni.. tapi rasanya tak perlu nak cerita dengan semua orang.. orang nampak macam aku senang tanpa sebarang masalah terutama kewangan.. tapi biarlah aku sorang yang tanggung.. kali ni aku nak cerita pasal Ceritaita menang giveaway Mrs Pip!  Ceritaita menang Giveaway Mrs Pip berita gembira jugak la ni pasal sebelum ni mana pernah aku menang hadiah apa-apa pun.. ok tipu.. pernah la menang hadiah dari kak anim untuk contest dia dulu.. dengan menang voucher Telekung Siti Khadijah 2 kali.. pastu menang novel Legasi Tombiruo dari contest ulasan novel.. pastu menang voucher Sushi King dari Bro Framestone.. pastu menang hadiah set Tangled dari blogger Nadia a...

Menang duit raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua, semalam dah cerita pasal rezeki menang RM500 dari SGshop.. hari ni nak cerita pulak menang duit raya dari Tuan Amir Denaihati yang baik hati.. alhamdulillah.. rezeki duit raya seingat aku memang tiap tahun ada je disediakan hadiah berbentuk wang tunai untuk pembaca blog Denaihati.. kadangkala contestnya sangat senang nak buat.. tapi berbaloi untuk cuba..  bukan setakat ganjaran duit raya macam ni.. malahan beliau memang rajin sangat panjangkan rezeki yang beliau terima melalui cara macam ni.. antaranya yang aku pernah join ialah.. 1. Senaraikan entri blog yang paling banyak dikongsikan oleh pembaca Denaihati. 2. Senaraikan entri blog yang paling suka kita baca dalam bulan Ramadhan. 3. Senaraikan status facebook page Denaihati yang paling aku suka.. yang ni yang terbaru la.. dan sebagai ganjaran, peserta yang berjaya memikat juri boleh mendapat hadiah wang tunai.. yang no 1 tu aku tak berjaya.. no 2 dapat RM25 dan yang terbaru ...

Menang wang besar dari contest!

assalamualaikum semua, aku lupa nak cerita dengan korang yang aku menang contest dari blogger Ayue Idris dengan hadiah yang agak besar baru ni tau.. terkujat jugak bila diumumkan sebagai pemenang tu.. terus syukur tak terkata la.. alhamdulillah rezeki menang RM500 sebabnya masa aku join pun dan hari terakhir dah pun tau.. berebut nak join jugak bila tau nilai hadiah.. hadiahnya ialah boleh menang voucher bernilai RM500 dari SGshop.. mau tak berebut nak join kan? pulak tu dalam kepala memang dah ada dah apa je barang yang aku cadang nak beli.. itu pun kalau aku menang la.. sekali ayue umumkan pemenang kat facebook dia tu memang aku sangat terkedu la.. nama dalam senarai tu nama yang terakhir pulak tu.. alhamdulillah.. itu la orang cakap kalau dah rezeki tu tak ke mana kan? bertimpa-timpa rezeki datang sebulan dua ni.. semuanya harus disyukuri walaupun ada yang cuma sikit sangat pada orang lain.. tapi pada aku walau sikit atau banyak tetap rezeki dari Allah jua Maha Pem...

Hadiah Voucher RM200 dari Telekung Siti Khadijah

assalamualaikum semua, tadi aku ada post gambar dapat voucher RM200 dari Telekung Siti Khadijah kan? haa.. ni aku nak cerita macamana aku boleh dapat voucher tu. masa dapat surat ada tulis alamat astro aritu aku rasa dunia aku macam berbunga-bunga.. eh silap hati aku la berbunga-bunga.. hahaha bestnya bila akhirnya berada di tangan shah pun macam terkejut apa pasal pulak tetiba aku sengih lebar nampak sampul tu. pastu lelaju cari gunting dan tengok isi apa kat dalam dia. bila dah dibukak je dan tengok.. Yess! akhirnya voucher RM200 berada dalam genggaman aku ! senyum je la aku lepas tu.. kejap-kejap belek voucher tu.. kejap-kejap belek.. hahaha.. dah rupa bebudak baru dapat kasut baru je dah gayanya..  tapi sebenarnya sambil belek sambil tengok kot-kot la voucher tu ada tulis tanda expired ke kan.. ternyata takde pulak tulis.. bersyukur lagi tu.. sebab aku belum lagi ada bajet nak beli telekung ke apa lagi kan.. masih ada benda penting yang aku kena bayar dan ...

Menang Hadiah Peraduan 'Mak Saya Kata Saya Anak Bijak' Anjuran Dutch Lady

Assalamualaikum semua, hari ni dapat perkhabaran gembira... aku menang peraduan anjuran Dutch Lady.. contest 'Mak Kata Saya Anak Bijak'.. alhamdulillah syukur.. walaupun sebenarnya cuma menang tak banyak tapi aku bersyukur betul la... peraduan Dutch Lady sebenarnya kalau ikutkan macam ramai je yang dapat sebab dia kira semua 250 penyertaan pertama setiap minggu.. tapi tak boleh la dapat berulang.. cuma satu hadiah je untuk setiap peserta... peraduan ni dah berlangsung lama dari 7 Ogos 2016 lagi dah tau... cuma aku tau dah awal bulan September tu haaa... itu pun sebab Pinky Momma share dalam blog dia.. rugi betul sebab memang tiap bulan pun kami memang membeli susu Dutch Lady untuk adik Hadi... tapi syukur la jugak dapat jugak melekat hadiah yang satu ni haa... gambar yang dipertaruhkan dan sekarang ni aku cuma bersedia dengan telefon je la... mana la tau kot-kot tetiba je Dutch Lady call ajak join untuk Hi Tea dengan Scha AlYahya dengan si comel Lara tu ke k...

Live dari Kuantan: Keputusan Final Pesta Bola Merdeka 2013

assalamualaikum semua, hari ni berlangsung perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka yang ke 41 di Stadium Darul Makmur... ramai yang datang menyaksikan kemenangan pasukan kebangsaan Malaysia yang digelar harimau muda menggondol kejuaraan buat kali yang 12... tahniah Pasukan Malaysia... Malaysia mengalahkan Myanmar dengan 2 jaringan berbalas 0 sehingga minit terakhir perlawanan...syabas.. aku cuma mampu tengok perlawanan secara langsung dari tv je la...dan memang akhirnya melaporkan kemenangan secara langsung dari kuantan pasal aku duduk kat kuantan kan? ;) hehe...jangan marah ya... apa pun terjadi kami tetap menyokong dari rumah...nak menonton di stadium pepaham je la...dengan cuaca yang selalunya hujan sekarang ni di kuantan dan dengan adanya anak kecik...rasanya tak bape sesuai untuk kami pegi..ditambah pulak dengan harga tiket..boleh buat makan seminggu tu.. tadi sebenarnya cadangan asal nak tengok perlawanan hoki di stadium hoki kuantan...tapi memandangkan hujan dah turun sejak pe...

cukup-cukuplah.....

assalamualaikum semua, ada yang rindu nak baca cerita terkini di Cerita Ita? takde apa yang menarik sangat nak dikongsikan atau sebenarnya terlalu banyak yang menarik nak dikongsikan tapi disebabkan batasan masa dan juga kehilangan mood untuk menekan keyboard bagi meluahkan rasa... tetiba rasa amat kecewa dengan keadaan sekeliling... hmmm... amat susah nak dihuraikan.... cukup-cukuplah PRU 13 dan kesannya sebut tajuk ni je tentu dah ramai yang tutup skrin dan malas nak baca sebab malas nak ambik port kan? aku bukan nak jadi penganalisa politik....cukup-cukuplah ramai cerdik pandai di luar sana untuk menjadi penganalisa politik... lagipun aku bukan siapa pun untuk mengulas jauh topik ini... sekadar insan yang sedar dirinya hanya menumpang mencari rezeki di bumi Allah dan menempatkan diri di lembayung kerajaan yang niatnya hanya satu adanya harapan untuk melengkapkan keperluan hidup anak-anak buat kesinambungan masa hadapan... Keputusan penuh PRU 13 menunjukkan..Barisan Nasion...

Aku menang contest.. Terima kasih Dryper Malaysia

salam sejahtera semua, hari ni lambat sikit bukak facebook..... tapi bila bukak je tau-tau ada berita baik.... aku menang! alhamdulillah... sebab tak ramai yang masuk kot... korang mesti pelik dan tertanya-tanya kan contest apa aku yang aku masuk ni... contest oleh Dryper Malaysia ni sebenarnya diadakan pada setiap hari isnin dalam facebook Drypers Malaysia... contest dia senang je... kat facebook dia tu nanti dia akan letak komik mingguan yang dibintangi oleh gambar anak-anak yang terpilih dari gambar yang dihantar sebelum ni oleh ibubapa.. pastu dia akan suruh kita rekakan penamat komik yang paling menarik dan akan diumumkan pada hari jumaat minggu tu jugak... dan bagi minggu pertama ni aku menang...sila cuba di minggu-minggu akan datang ye... alhamdulillah dah 3 contest menang sederet ni...rezeki.... meh tengok komik tu jom.... p/s yang line bawah sekali tu idea aku ok...heeeee....