Cerita Ita: percuma                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel percuma

Dapat jajan Super Ring percuma di Petron

Assalamualaikum semua,  korang sihat ke hujung minggu ni? Kat rumah ni dah mula ada yang tunjuk tanda-tanda nak batuk dah ni.. agaknya cuaca dah mula tak menentu dan tabiat yang tak suka minum air masak tu la jadi punca.. tapi bukan itu pun yang aku nak cerita sangat.. aku nak ceritakan pasal dapat jajan Super Ring percuma di Petron hari ni..   Dapat jajan Super Ring percuma di Petron kami isi minyak tadi ni kat Petron Jalan Besar kat sebelah pejabat LHDN Kuantan.. tengok pada tangan pekerja stesen minyak kat Petron tu ada bakul comel.. kat dalam bakul tu pulak ada nampak banyak bungkusan jajan Super Ring.. sambil aku tengok dan layan whatsapp orang tanya order pau frozen, aku terfikir gak.. mungkin ada kempen apa-apa kan.. sebab jarang nampak macam tu..  Dapat jajan Super Ring percuma di Petron bila pekerja tu nampak kereta kami je dia terus hulur kat shah 2 pek jajan Super Ring tu.. Shah pulak dah macam dalam cerita Setinggan tu haa.. ...

Bila keputusan darah pasangan membimbangkan

assalamualaikum semua, semalam aku sempat ajak shah singgah untuk buat pemeriksaan kat LPPKN.. kami buat pakej satu.. takkan nak suruh shah buat pakej dua pulak kan.. hahaha... ok sesiapa yang nak tau pakej pemeriksaan kesihatan yang ada kat LPPKN boleh baca lanjut kat entri UJIAN PAP SMEAR PERCUMA ni ya.. keputusan ujian darah bila buat je ujian tu macam berdebar jugaklah aku.. maklum la pasangan dengan kita kan serupa macam diri kita sendiri kan.. kalau dia sakit kita pun akan rasa sakit jugak.. kebetulan pulak semalam klinik LPPKN tu tengah buat hari untuk suntikan HPV dan ada pelajar perbidanan dari Brunei jugak kat klinik tu.. meriah la jugak semalam.. dan ada seorang tenaga pengajar dari UIAM yang ada menemani pelajar dari Brunei ketika tu.. aku pun habiskan masa berbual dengan Judy, tenaga pengajar tu.. Judy seorang pesara kerajaan dan sekarang ni berkhidmat di UIAM sebagai tenaga pengajar.. dan jelas menampakkan yang Judy memang seorang yang sangat berpengalam...

Pemeriksaan kesihatan di LPPKN Kuantan dan Ujian PAP Smear percuma!

Pemeriksaan kesihatan di LPPKN Kuantan dan Ujian PAP Smear percuma!  Assalamualaikum semua,  tadi pagi entah apa mimpi kawan sepejabat ni ajak aku ikut ke LPPKN Kuantan untuk buat pemeriksaan kesihatan kat situ.. aku pun bersemangat nak ikut bila dia ajak.. sebabnya aku ada baca pasal ujian PAP Smear percuma di LPPKN ni.. jadi laju je la nak ambik peluang..  LPPKN Sampai kat situ kami pun tanya la.. eh lupa.. harus la selfie dulu.. hahaha.. bila dah selfie baru tarik pintu nak masuk.. tapi rupanya pintu dia pakai kunci yang cuma boleh dibuka dari dalam tu.. lepas tu kami tekan loceng dan ada staf yang tolong bukakan pintu.. kawan-kawan yang sama pergi tadi kami pun tanya la pasal pakej yang ada dan pasal iklan ujian PAP Smear percuma tu.. dan dapat info yang ujian tu cuma boleh dibuat pada hari Rabu setiap minggu.. promosi ni dah dibuka dari 1 September hingga 30 November 2017 di semua LPPKN di seluruh Malaysia tau.. dan bayaran memang per...

Menang Voucher Sushi King dari Broframestone!

Voucher Sushi King dari Broframestone! assalamualaikum semua, alhamdulillah rezeki yang tak dijangka.. aku dah selamat terima voucher Sushi King dari Broframestone! syukur.. rezeki tak dijangka ni namanya.. nak tau macamana aku boleh menang voucher ni meh terus baca ye.. voucher Sushi King sebenarnya hari tu, Broframestone ada mintak orang join untuk giveaway dia.. senang sangat syarat dia.. cuma share status dia kat facebook dan komen kenapa aku patut dapat voucher Sushi King tu.. jadi aku pun cuba nasib la share status dan kongsikan kenapa aku patut dapat voucher Sushi King tu.. dan alhamdulillah syukur.. rezeki aku ada kat situ.. dan akhirnya dapat la voucher Sushi King bernilai RM50 kat tangan.. rezeki kan? bukan selalu pun dapat peluang gini.. yeay aku menang! kebetulan pulak kami sekeluarga memang tak pernah lagi makan Sushi King ni tau.. walaupun kami memang penggemar Sushi.. kalau gi mana-mana dan terjumpa sushi memang tak sah la kalau tak beli.. tap...

Tak puas bercuti ke Planetarium Negara

assalamualaikum semua, ada satu lagi kisah percutian tak terancang kami tahun lepas.. kami secara tak sengajanya singgah beriadah di Planetarium Negara! Tempat yang mesti pergi kalau bercuti di Kuala Lumpur.. kami dah sampai ke Planetarium Negara ! haha.. jangan tanya kenapa boleh sampai sini ok.. antara sebabnya ialah lepas kami berulang alik ke hospital kami cadang nak bagi anak-anak gembira sikit sebelum kami balik ke Kuantan.. jadinya hari terakhir kami di Kuala Lumpur tu kami singgah la sekejap di Planetarium Negara.. ceritanya sebab aku dengan shah tak berapa ada bajet duit yang banyak nak bawak anak-anak berjalan.. jadi aku cuma survey je la tempat yang cuma akan guna bajet minimum tapi dapat beri kepuasan pada anak-anak..  peta ke Planetarium Negara dan lepas aku google dan cari maklumat terbaca la pasal Planetarium Negara ni.. macam best sebab tak pernah pergi lagi.. terus cadang kat shah untuk pergi sini.. macam biasa shah memang dah ban...

Tempah Business Card percuma dengan PIXAJOY !

assalamualaikum semua, baru-baru ni kan aku berpeluang pergi ke acara makan-makan yang disertai oleh kumpulan media dan blogger.. dan biasanya kalau ada acara macam ni mesti melibatkan ornag yang baru pertama kali kita jumpa kan.. yang mana perlu untuk kita hulurkan business card atau kad perniagaan untuk memperkenalkan diri kita kepada orang yang baru kita kenal.. ini la fungsi kad perniagaan ni.. dan nasib aku agak baik sebab aku baru je tempah kad perniagaan percuma dengan Pixajoy sebelum tu ! jadi dengan senang hati la aku hulur je kad tu kan ? hehehe..  Kad perniagaan percuma @ free business card  sebenarnya sebelum ni aku ada menempah kad untuk blog Cerita Ita ni tapi hasilnya tak berapa memuaskan hati sangat.. kad dicetak atas kertas yang alahai.. sedih menengoknya.. bukan la kata tak cantik sebab design tu aku yang pilih sendiri dan setkan sendiri apa nak letak.. cuma kertas yang digunakan tu la.. jenis matte finish .. yang mana aku tak berapa ber...