assalamualaikum semua, lamanya tak kongsikan cerita pasal kehidupan aku kat blog ni.. aku baru je balik hadiri minggu sukan jabatan di Kelantan semalam.. nantilah aku ceritakan pasal sukan tu.. pagi tadi kami sertai gerai jualan bersempena Mesyuarat Agong Puspanita Negeri Pahang.. kami jual susu segar dan pau jugak karipap frozen.. alhamdulillah jualan agak bagus.. cuma tak sangka akan terkena musibah cermin retak di jalan Sungai Soi petang tadi.. Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi selepas jualan tadi, kami putuskan nak lalu jalan dari Indera Sempurna sebab ada hal di sana.. jadi kami kena lalu jalan dari Sungai Soi menghala ke Kampung Kempadang untuk sampai ke rumah kami di Bandar Putra.. sampai di jalan kawasan hadapan Petronas Sungai Soi tu shah dah bunyi, katanya banyak batu berterabur di sepanjang jalan tu.. shah kata mesti ada lori ni yang bawak dan terjatuh dari lori.. memang nampak pun sepanjang jalan tu banyak batu kasar dan halus.. ma...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.