Cerita Ita: pekan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pekan

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi!

assalamualaikum semua, hari ni aku berpeluang untuk sama-sama merasakan kemeriahan program tahunan yang diadakan di AnCasa Royale Pekan Pahang.. sudah menjadi tradisi bila menjelang je cuti sekolah, Ancasa Hotels dan Resorts akan merangka satu program khas sempena cuti persekolahan.. Program yang dikenali sebagai AnCasa Junior Chef ni sebenarnya dah masuk tahun yang ke 8 penganjurannya.. lama kan? dan aku baru berkesempatan hadir untuk tahun ni.. terasa rugi jugak.. Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi! mesti korang nak tau apa yang menarik dalam program ni kan? macam aku la memula tau pasal pogram ni..macam tertanya-tanya jugak apa je pengisian program tahunan AnCasa Junior Chef ni sebenarnya.. mulanya ingat pertandingan memasak atau apa.. rupanya dalam program tahunan ni kita boleh saksikan chef- chef cilik beraksi menunjukkan bakat dalam bidang masakan atau kulinari dan jugak ada tambahan aktiviti menarik untuk penduduk setempat.. Antara peserta yang ambik bahagian...

Kembara Iftar di AnCasa Royale

Kembara Iftar di AnCasa Royale assalamualaikum semua, dah masuk 22 hari berpuasa di bulan Ramadhan ni mulalah dah rasa malas menyelubungi pulak bila nak sediakan makanan.. baik waktu bersahur ataupun berbuka.. sebab tu bila dapat je berpeluang berbuka dengan keluarga di luar memang tidak la kami lepaskan peluang tu.. lelagi la bila diundang ke Kembara Iftar di AnCasa Royale, Pekan, Pahang baru-baru ni.. Kembara Iftar di AnCasa Royale Pekan masa kami belum sampai, aku membayangkan yang harga buffet Ramadhan kat AnCasa Royale ni mahal tau.. ye la dengan hotel yang agak gah namanya ditambah dengan lokasi agak strategik iaitu betul-betul bersebelahan je dengan Sungai Pahang di Pekan, Pahang ni tentunya menggamit hati pengunjung dari dalam Negeri Pahang dan juga di luar negeri Darul Makmur ni.. tapi sayang disebabkan waktu yang agak terhad aku tak berpeluang untuk ambik gambar di kawasan luar dan sekitar hotel ni yang nyatanya sangat cantik permandan...

Musim Tengkujuh bermula!

assalamualaikum semua, dah masuk disember dah pun sekarang ni... hujan dah mula tak berhenti di banyak kawasan di pantai timur... kalau dalam bahasa melayu kita dipanggil musim tengkujuh.... mungkin ada anak-anak atau generasi terbaru yang tak faham apa maksud tengkujuh tu sendiri kan? jadi aku dah tolong buat kerja sekolah sikit kat korang yang tak tau walaupun sekarang ni tengah musim cuti sekolah di Malaysia yang panjang... dan ada jugak yang dah mula selak-selak cuti sekolah tahun 2014 untuk merancang cuti (aku ler tu ;P) memula kita tengok apa maksud tengkujuh dulu... maksud musim tengkujuh pastu kita tengok status terkini paras air sungai di sekitar Malaysia pada masa ini... paras air sungai di Semenanjung Malaysia pastu kita tengok paras air sungai di sekitar pahang....  paras air sungai di Pahang pastu kita tengok pulak apa maksudnya kaler biru..merah... kuning oren tu kan....karang korang kata tak faham pulak kang... mak...

Hari Rezeki....

assalamualaikum semua, nak cerita pasal kejadian hari selasa baru ni.... sebelum ni ada sahabat blogger yang buat contest dialog...aku bukan pandai sangat pun... tapi nak cuba jugak nasib dapatkan hadiah ole-ole dari beijing... alhamdulillah... ada rezeki sebab blogger ni bermurah hati bagi pada semua yang beri komen... terima kasih kak anim ... cantik hadiah tu... sampai rumah je terus bukak dan husna yang kelek dulu... terima kasih bebanyak ye kak.. cadang nak isi telekung buat kemana-mana... cantik siap berzip... disebabkan plan kami nak hantar cheesy merry ke Pekan tak jadi hari sabtu lepas... kami hantar semula hari selasa baru ni... balik kerja kami terus ke Pekan.....terlambat sikit sebab jem di Sungai Isap... sampai di Pekan dah jam 7 malam... berkejar nak balik semula ke rumah.... alhamdulillah dapat tunaikan hajat Kak Ieda nak merasa cheesy merry... maaf atas kelewatan ye kak... harap dapat memenuhi selera akak sekeluarga...kalau tak sedap bagitau ye kak.....

Tabber Widget for blogger

assalamualaikum semua, ingat tak entry wordless wednesday aku aritu? aku janji nak cerita kat korang kan macamana aku buat jadi camtu? memula al kisahnya aku tersinggah kat blog seorang blogger ni... Blog Ieta ... hahaha... nama kitorang lebih kurang sama kan? aku tertengok la keseluruhan blog dia... cantik...kemas dan laju je loading.... nak tengok gak apa rahsianya.... sekali tu aku ternampak kat tepi belah bawah sikit belah kanan... bloglist dia.... cantik tersusun... kemas... kalau nak tau lanjut boleh tekan kotak-kotak yang ada tu je... nice! aku suka sangat.... pastu terajin la tengok kat bawah dia tu.... tertulis get this tabber widget... huhu...menarik... lagi la aku suka sangat kan...dan aku pun google la camne nak letak benda alah tu.... google punya google terjumpa satu blog lagi ni... Bloggersentral ... sangat berinfomasi...tabik spring dengan blog yang boleh bagi info-info macam ni... dan dia siap tunjukkan cara yang senang gila nak tepek widget tu dalam ...