Cerita Ita: hadiah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hadiah

Hadiah apa yang akan diberi pada pasangan?

Assalamualaikum semua,  dah tengah malam ni baru bertenang sikit rasa nak menulis.. sebenarnya ada sesuatu yang terlintas di fikiran aku saat ni.. soalan dari seorang rakan di facebook.. Hadiah apa yang korang bagi pada pasangan di hari kelahiran korang?  pada aku yang membaca soalan tu merasakan sangat aneh soalan yang ditanyakan sebenarnya..  Hadiah apa yang akan diberi pada pasangan?  Maunya tak aneh.. kita nak bagi hadiah pada orang lain di hari kelahiran kita sendiri? memula rasa macam pelik tapi bila difikirkan balik betul jugak.. kita patut ucapkan terima kasih atas apa jua jasa yang orang berikan kepada kita.. baik besar atau kecil.. macam orang tolong sapukan bilik.. orang tolong basuhkan baju.. wajarlah kita ucapkan terima  kasih..  Jadi apalah salahnya kalau kita dapat beri ucapan terima kasih pada orang yang banyak jasanya kepada hidup kita terutama ibu kita yang melahirkan kita ke dunia.. untuk ayah yang membanting tulang dan t...

Hadiah perpisahan yang aku terima

Assalamualaikum semua, dah masuk bulan Ogos dah pun.. marilah kita menulis setelah sekian lama menyepi..kali ni nak tulis pasal hadiah perpisahan yang aku terima waktu perpisahan yang berlaku sebulan yang lepas.. tak pernah akan lupa nak tulis pun.. cuma masa je yang tak mengizinkan.. semenjak berpindah ni, banyak perkara yang kami buat untuk kena sesuaikan diri..  Hadiah perpisahan yang aku terima  banyak la perkara.. terutama hal sekolah anak-anak.. alhamdulillah dah selesai juga satu dua perkara tu.. jadual harian kami pun masih lagi kelam kabut.. ada hari yang dah jejak maghrib baru sampai rumah.. maklumlah masih tak biasa lagi dengan jalanraya di Kuala Lumpur yang agak sibuk ni.. kami baru nak kenal laluan mana yang boleh kami lalu untuk elakkan kesesakan.. nantilah aku ceritakan yang tu.. kali ni nak cerita pasal hadiah yang aku dapat aritu..  Jam Tangan Jam Tangan Ada beberapa hadiah yang aku terima.. macam gambar kat atas tu la....

Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta

Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta  Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%. Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta  Sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ini, Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kaji...

Ceritaita menang Giveaway Mrs Pip

assalamualaikum semua, minggu ni penuh dugaan tapi tak terkecuali jugak ada berita gembira.. dugaan kereta yang diuji rosak berkali-kali sangat menduga hati dan poket.. kalau nak kenangkan macam tak daya nak fikir dah.. baiki je la mana yang ada.. belum lagi dugaan-dugaan lain yang menguji kesabaran diri sejak beberapa tahun ni.. tapi rasanya tak perlu nak cerita dengan semua orang.. orang nampak macam aku senang tanpa sebarang masalah terutama kewangan.. tapi biarlah aku sorang yang tanggung.. kali ni aku nak cerita pasal Ceritaita menang giveaway Mrs Pip!  Ceritaita menang Giveaway Mrs Pip berita gembira jugak la ni pasal sebelum ni mana pernah aku menang hadiah apa-apa pun.. ok tipu.. pernah la menang hadiah dari kak anim untuk contest dia dulu.. dengan menang voucher Telekung Siti Khadijah 2 kali.. pastu menang novel Legasi Tombiruo dari contest ulasan novel.. pastu menang voucher Sushi King dari Bro Framestone.. pastu menang hadiah set Tangled dari blogger Nadia a...

Kakak husna mewarna di Perasmian Serambi Teruntum

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak ceritakan pasal kisah kakak husna masuk pertandingan mewarna pada hujung minggu lepas.. pertandingan dianjurkan bersempena majlis pembukaan Serambi Teruntum dan juga perasmian semua stesen Radio RTM di saluran Astro dan Njoi..  serambi teruntum semua kanak-kanak dalam sekolah kakak dijemput untuk hadir tapi disebabkan ramai ibubapa yang ada masalah jadi tak ramai la yang dapat hadir.. kami sendiri sampai dah agak lambat.. sebab kami dah rancang akan hadiri majlis jemputan kahwin pulak di Lipis lepas majlis kakak husna selesai..  majlis dimulakan dalam jam 9 pagi macam tu la.. ramai betul orang di Serambi Teruntum hari ni.. tapi tempat dia sangat luas dan selesa.. siap disediakan kemudahan bilik air jugak di situ.. taman permainan kanak-kanak yang selesa pun ada dalam tu tau.. taman permainan kanak-kanak blogger di mana-mana.. hehehe buat pengetahuan sesiapa yang belum tau, Serambi Teruntum ni seben...

Hadiah Disney Tangled set dari Giveaway!

Assalamualaikum semua, sebenarnya ini cerita minggu lepas tapi bila hadiah sampai aku takde kat pejabat sebab hadiri konvensyen minggu lepas.. giveaway ni dah berlalu dalam bulan 6 aritu.. dihandle oleh blogger Nadia Johari .. Disney Rapunzel Tangled set masa giveaway ni aku hantar 2 penyertaan.. tapi tak pernah terfikir la akan ada peluang nak menang.. niat masa tu kalau menang nanti,  hadiah boleh bagi kat anak-anak la.. ye la kalau nak belikan sendiri mana la termampu.. set permainan Disney tu wei.. mahal tu..  sekali bila nad umumkan jadi pemenang kat facebook dia minggu lepas tu terus rasa teruja la aku.. jadi tak sabar nak terima kiriman hadiah tu.. tapi dijadikan cerita aku kena sambung kursus ke Ipoh pulak baru ni.. langsung la tak dapat nak tengok hadiah tu lagi..  dan semalam bila masuk je pejabat terus tengok ada bungkusan.. hahaha..  memang dah sampai tau.. teruja betul aku!  terima kasih nad.. semoga murah rezeki nad untuk bua...

Menang duit raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua, semalam dah cerita pasal rezeki menang RM500 dari SGshop.. hari ni nak cerita pulak menang duit raya dari Tuan Amir Denaihati yang baik hati.. alhamdulillah.. rezeki duit raya seingat aku memang tiap tahun ada je disediakan hadiah berbentuk wang tunai untuk pembaca blog Denaihati.. kadangkala contestnya sangat senang nak buat.. tapi berbaloi untuk cuba..  bukan setakat ganjaran duit raya macam ni.. malahan beliau memang rajin sangat panjangkan rezeki yang beliau terima melalui cara macam ni.. antaranya yang aku pernah join ialah.. 1. Senaraikan entri blog yang paling banyak dikongsikan oleh pembaca Denaihati. 2. Senaraikan entri blog yang paling suka kita baca dalam bulan Ramadhan. 3. Senaraikan status facebook page Denaihati yang paling aku suka.. yang ni yang terbaru la.. dan sebagai ganjaran, peserta yang berjaya memikat juri boleh mendapat hadiah wang tunai.. yang no 1 tu aku tak berjaya.. no 2 dapat RM25 dan yang terbaru ...

#GooseySelfie MyTOWN Shopping Centre menawarkan hadiah bernilai RM10,000 !

assalamualaikum semua, sempena hari baru di tahun baru 2017 ni aku nak kongsikan dengan korang semua pasal satu pusat membeli belah baru iaitu MyTOWN Shopping Centre yang akan dibuka pada awal tahun 2017 ni tau.. menarik bunyinya ek ? kalau nak tau kemunculannya jugak datang bersama hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000 tau ! MyTOWN Shopping Centre lokasi MyTOWN Shopping Centre ni strategik dan sangat mudah nak jumpa tau.. sebabnya kerana ianya bersambung dengan IKEA Cheras.. aku pernah ulang alik dari Kuala Lumpur ke HUKM sebelum ni memang nampak jelas dari jauh IKEA Cheras tu.. sangat senang nak pergi.. dan ianya akan dibuka pada awal tahun 2017.. jadi boleh tengok facebook MyTown ni untuk hadiri pembukaannya nanti..  Lokasi MyTOWN Shopping Centre Pusat membeli belah ni akan mempunyai lebih kurang 460 buat lot kedai dalam pusat setinggi 5 tingkat yang berkonsepkan F & B dan jugak retail.. sesuai sangat la untuk mereka yang ada family yang menc...

Hari Kanak-Kanak di Petrosains Kuantan

Assalamualaikum semua, pagi tadi kami ke pasar besar untuk beli barang basah untuk keperluan kami mungkin untuk sebulan biasanya.. dan mungkin la akan tambah sikit-sikit barang-barang yang lain yang tak ada dijual di pasar besar atau yang mana lebih murah kalau dibeli di tempat lain.. balik dari pasar tu kami singgah bawak anak-anak ke Hari Kanak-kanak di Petrosains Kuantan.. ada yang masih tak tau kat mana Petrosains Kuantan ke? Kalau nak tau Petrosains Kuantan berada kat dalam bangunan Yayasan Pahang sendiri.. dah lama dah pun berada di sini.. dari awal kami menetap di kawasan perkampungan Kempadang lagi sejak kecik abg long tahun 2008 macam tu.. bermula asalnya bangunan tu digunakan untuk pameran Dinosaur dari Petrosains dan ianya terus bertapak di situ menempatkan barang-barang ujikaji dan eksperimen sains yang sesuai untuk semua peringkat umur terutama kanak-kanak.. yang pastinya semuanya ditawarkan secara percuma kepada semua pelawat terutama penduduk di sekita...

GA sempena Anniversary Hainom ok je

assalamualaikum semua, tetiba rasa nak join giveaway dari geng blogger.. terasa best bila boleh support kawan-kawan kan.. dan giveaway kali ni dianjurkan oleh kak Hainom dari blog hainom ok je.. dianjurkan bersempena 21 tahun ulang tahun perkahwinannya.. bestnya.. aku ni baru je cukup 10 tahun pada tahun ni.. masih jauh lagi perjalanan kami kalau nak banding dengan kak hainom yang dah 21 tahun bersama dalam susah dan senang tu.. orang kata kiranya macam dah tau dah baik buruk memasing kan ?  letak gambar ni kena bagi royalti ke apa ni? :'P sebenarnya aku tak berapa ingat dari mana asal kenal kak hainom.. rasanya sebab aku rajin jengah blog kawan-kawan blog dulu.. dulu la masa memula aktif berblog.. sekarang ni dengan beban kerja macam ada ke laut sikit mood kadang-kadang.. nak update blog pun perlukan komitmen tinggi lagi la nak blogwalking.. tapi walau macamana pun kak hainom seorang blogger yang sangat rajin terjah blog orang jugak.. dalam blog ni pun ada jugak...

Menang Hadiah Peraduan 'Mak Saya Kata Saya Anak Bijak' Anjuran Dutch Lady

Assalamualaikum semua, hari ni dapat perkhabaran gembira... aku menang peraduan anjuran Dutch Lady.. contest 'Mak Kata Saya Anak Bijak'.. alhamdulillah syukur.. walaupun sebenarnya cuma menang tak banyak tapi aku bersyukur betul la... peraduan Dutch Lady sebenarnya kalau ikutkan macam ramai je yang dapat sebab dia kira semua 250 penyertaan pertama setiap minggu.. tapi tak boleh la dapat berulang.. cuma satu hadiah je untuk setiap peserta... peraduan ni dah berlangsung lama dari 7 Ogos 2016 lagi dah tau... cuma aku tau dah awal bulan September tu haaa... itu pun sebab Pinky Momma share dalam blog dia.. rugi betul sebab memang tiap bulan pun kami memang membeli susu Dutch Lady untuk adik Hadi... tapi syukur la jugak dapat jugak melekat hadiah yang satu ni haa... gambar yang dipertaruhkan dan sekarang ni aku cuma bersedia dengan telefon je la... mana la tau kot-kot tetiba je Dutch Lady call ajak join untuk Hi Tea dengan Scha AlYahya dengan si comel Lara tu ke k...