Cerita Ita: ancasa                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ancasa

Terserempak dengan Dollah Salleh dan PU Angah!

assalamualaikum semua,  hari ni nak cerita kisah terserempak dengan Dollah Salleh dan PU Angah.. menarik kan.. ada jugak pernah terserempak dengan artis sebelum ni tapi kan aku ni sedar diri muka tak bape siap kan.. jadi seganlah nak ajak selfie biasanya.. lagi pulak kalau masa kita jumpa tu artis tu tengah mengerlip-ngerlip lawonya kan.. kita pulak.. hish.. dengan muka berminyak sekilo.. haha.. tidaklah nak offer selfie.. malu tau..  Terserempak dengan Dollah Salleh dan PU Angah!  tapi entah kenapa hari tu boleh pulak bertukar watak.. mungkin sebab agaknya terjumpa dengan orang yang memang jadi idola ramai dan jarang la nak dapat peluang terjumpa macam tu.. jadi dengan gigihnya kami tunggu peluang nak bergambar tau.. haha.. lawak pun ada bila difikirkan..  sebenarnya semua ni berlaku hari tu masa kami pergi jemputan untuk Bufet Ramadhan di Ancasa Royale Pekan ..  meh la aku ceritakan satu-satu kisahnya.. yang ni gambar kami dengan Dollah Salleh...

Kembara Iftar di AnCasa Royale

Kembara Iftar di AnCasa Royale assalamualaikum semua, dah masuk 22 hari berpuasa di bulan Ramadhan ni mulalah dah rasa malas menyelubungi pulak bila nak sediakan makanan.. baik waktu bersahur ataupun berbuka.. sebab tu bila dapat je berpeluang berbuka dengan keluarga di luar memang tidak la kami lepaskan peluang tu.. lelagi la bila diundang ke Kembara Iftar di AnCasa Royale, Pekan, Pahang baru-baru ni.. Kembara Iftar di AnCasa Royale Pekan masa kami belum sampai, aku membayangkan yang harga buffet Ramadhan kat AnCasa Royale ni mahal tau.. ye la dengan hotel yang agak gah namanya ditambah dengan lokasi agak strategik iaitu betul-betul bersebelahan je dengan Sungai Pahang di Pekan, Pahang ni tentunya menggamit hati pengunjung dari dalam Negeri Pahang dan juga di luar negeri Darul Makmur ni.. tapi sayang disebabkan waktu yang agak terhad aku tak berpeluang untuk ambik gambar di kawasan luar dan sekitar hotel ni yang nyatanya sangat cantik permandan...