Cerita Ita: penampilan audit vs audit                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penampilan audit vs audit

Julai : Bulan ujian buat kami

Assalamualaikum semua, tadi pagi dah cerita pasal ujian kan? Kebetulan bulan julai ni banyak pulak ujian besar yang terjadi buat kami. Ini antara ujian yang aku boleh ceritakan kat korang la. Sebab ianya tak melibatkan aib sesiapa. Bulan Julai 2023 Kebakaran di PPIT Batu Pahat Ujian Pertama : Pusat Operasi Batu Pahat Terbakar Kejadian kebakaran berlaku pada awal pagi 4hb Julai yang lepas. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak bomba. Tapi memang habis rentung la ruangan pentadbiran tu. Syukur juga ianya tak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan. Cuma kerosakan harta benda sajalah. Itu pun kami sedih jugak. Maklumlah harta kerajaan ni bukan senang nak dapat gantinya. Masa kejadian ni berlaku dalam pukul 3 pagi macam tu. Memang bukan waktu bekerja la waktu ni. Ada seorang pemandu lori yang melalui kawasan pejabat ni dan ternampak kepulan asap keluar dari bangunan. Alhamdulillah beliau sangat peka dan terus menelefon bomba waktu tu. Jadi tak sampai beberapa minit bomba dan s...