Cerita Ita: parenting                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel parenting

Tahniah Abg Long Terima Anugerah

Tahniah Abg Long Terima Anugerah Tahniah Abg Long Terima Anugerah Assalamualaikum semua, minggu ni dah merupakan minggu terakhir persekolahan bagi sesi 2022-2023. Sekejap je rasa masa berlalu kan. Sejak minggu lepas banyak sekolah dah mula adakan majlis penyampaian anugerah bagi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang atau yang mengharumkan nama sekolah. Alhamdulillah rupanya tahun ni ada rezeki abg long terima anugerah lagi di sekolah. Tahniah abg long sebab terima anugerah ni. Walaupun keputusan peperiksaan abg long tak berapa baik tapi dia menduduki tempat pertama dalam kelas dia. Syukurlah ada juga rezeki abg long. Nampaknya abg long masih lagi berpeluang mencapai kejayaan yang lebih jika abg long berusaha. Tahniah juga buat abg long kerana berjaya walaupun asyik diduga kena berpindah sekolah ke sana sini. Ummi faham dugaan anak-anak yang asyik berpindah sekolah ni kadangkala akan buat anak-anak sedikit ketinggalan dari rakan-rakan sebaya yang lain.  Jadi selalunya ummi takka...

Abg Ngah Hadir Ujian PKSK

Abg Ngah Hadir Ujian PKSK Abg Ngah Hadir Ujian PKSK Assalamualaikum semua,  kali ni giliran Abg Ngah hadir ujian PKSK pulak. Minggu lepas giliran Abg Long . Abg Ngah kali ni ni untuk ujian Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 pulak.  Dewan peperiksaan Abg Ngah semalam Tentunya lebih mudah sikit la tajuk soalan esei dia. Ini aku bandingkan dengan soalan yang Abg Long dapat untuk Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 4 ya. Adalah aku bincang-bincang sikit dengan Abg Ngah semalam.  Abg Ngah Hadir Ujian PKSK Sebelum ni adalah aku buat catatan contoh soalan PKSK yang bakal ditanya. Nanti aku tambah apa yang Abg Ngah kongsikan ni pulak kat entri sana. Kali ni skema peperiksaannya lebih kurang sama. Ada sesi soalan perlu dijawab menggunakan komputer. Dan juga ada sesi menjawab esei atau karangan cuma setakat tahap sekolah rendah iaitu 100 patah perkataan. Itu bezanya dengan kelayakan untuk tingkatan 4. Mereka perlu tulis sekurang-kurangnya 250 patah p...

Luangkan Masa Bersama Anak Sulung

Luangkan Masa Bersama Anak Sulung Luangkan Masa Bersama Anak Sulung Assalamualaikum semua, hari ni aku luangkan masa bersama anak sulung kami,  abang long. Aku akui jugak la sejak abang long semakin besar dan masuk alam remaja ni sangat kurang luangkan masa dengan dia.  Bukanlah rasa dia jauh,  cuma tak rasa macam dulu je la. Kalau dulu dia berkepit je mana ummi ayah dia pergi, tapi sekarang ni dia pilih-pilih keadaan. Banyak masa nak tinggal kat rumah je takmau ikut.  Slip ujian Pentaksiran kemasukan sekolah khusus Abg long  Kebetulan hari ni dia ada ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi kemasukan ke Tingkatan Empat (4) Tahun 2023. Jadi aku yang hantar dan ambik dia tadi. Kebetulan pulak dia habis ujian awal jadi aku bawa terus dia balik rumah tukar baju dan ikut aku semula ke tempat kerja.  Luangkan Masa Bersama Anak Sulung Susah betul nak ambik gambar anak-anak sekarang Sampai tempat kerja tadi dia kata dia lapar,  sedang elok ...

Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?

Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?  Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi? Assalamualaikum semua, korang semua mesti selalu memberus gigi kan? Kita disarankan paling kurang pun gosok gigi 2 kali sehari. Kalau ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pun lagi baik sebab baginda bersugi (gosok gigi) setiap kali solat 5 waktu. Kalau di Korea Selatan dulu pun masa aku pergi memang kagum dengan cara diorang menjaga gigi. Tapi walau banyak kali pun kita gosok gigi, pernah tak korang ambik tau apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi yang korang pakai sehari-hari? Kalau aku memang aku mengakulah tak pernah sebelum ni. Itulah ceritanya sebelum ni. Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?  Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi? Tahun lepas kan ada aku cerita pasal ulangan kami ke Klinik Pakar Gigi Pediatrik kat Hospital Sultanah Aminah je kerjanya kan.. lama dah mengulang ni. Sejak itulah kami tau pasal apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi yang kita guna ...

Abg Ngah dan Pakar Mata

Abg Ngah dan Pakar Mata Abg Ngah dan Pakar Mata : Ni gambar kami waktu baru sampai Hospital Kluang Assalamualaikum semua, semalam kan aku ada cerita yang aku pertama kali bawak kereta ke tempat kerja kan? Lebih mencabar lagi hari pertama tulah aku kena bawak Abg Ngah ke Hospital Kluang untuk sambung rutin Abg Ngah dan Pakar Mata dia jugak.  Dah la masih gugup kena pulak bawak merata.. nasib kau la Ita.. haha.. padan dengan muka sendiri. Selama ni Shah suruh bawak kereta sendiri malas kan.. nak jugak dia hantar dah padan dengan muka sendiri.  Jadi semalam tu lepas je solat zohor kat pejabat,  aku terus ambik anak-anak kat transit. Lepas tu terus hala ke Hospital Kluang atau namanya Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK).  nampak monyet tu? 😆 Kalau sesiapa yang biasa dengan hospital ni tentu tau cabaran paling besar di hospital ni adalah mencari tempat letak kereta. Terkial-kiallah aku memusing satu hospital baru dapat parking. Itu pun kat kawasan yang dekat denga...

Adam dah sekolah!

Adam dah sekolah!  Adam dah sekolah Assalamualaikum semua,  hari ni ada kisah yang best untuk ditulis dan dikenang. Jadi wajib la kena tulis dalam blog ni. Kisah Adam dah sekolah!  Teruja aku nak tulis sebab sejak Adam lahir tahun 2019 dia terus jadi budak yang membesar dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Waktu ni dia tengok ummi dia sentiasa ada kat rumah. Sebab tak boleh outstation kan..  Waktu ni jugak ayah terpaksa ubah kerjaya disebabkan masalah kesihatan. Jadi ayah dia luangkan sepenuh masa jaga dia di rumah sambil usahakan pendapatan dengan berniaga.  Sekarang ni alhamdulillah lepas Shah lalui rawatan fisioterapi dan lain-lain tu dia dah nampak ada perubahan yang baik. Jadinya dia bercadang nak bekerja semula. Jadi sementara nak dapatkan pekerjaan baru dan perubahan baru nanti tentu akan ada kesukaran kalau Adam ni takde siapa yang jaga.  gambar dalam kereta bukan main senyum si abg Jadi keputusan drastik kami buat minggu lepas. Kena han...

Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang

Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari Khamis dan tinggal beberapa hari je lagi nak habis tahun 2022 ni haa. Macam tak percaya pun ada. Pejam celik pejam celik dah habis setahun. Biasanya kalau hujung tahun ni tengah sibuk ibubapa membuat persiapan persekolahan anak-anak kan? Tapi tahun ni agak berbeza disebabkan PKP yang lepas. Musim persekolahan baru akan bermula pada Mac 2023. Kakak test baju sekolah sepasang. Murah je harga satu set je terus. Jadinya tak banyak la kedai yang buat jualan Kembali Ke Sekolah di hujung tahun macam dulu-dulu. Tapi baru ni kami pergi beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari tau, sebabnya kat Pusat Pakaian Hari  Hari dah bermula pun jualan Kembali Ke Sekolah sekarang ni. Kebetulan pulak ada baju anak-anak yang perlu diganti baru jadi kita beli je la awal untuk persediaan tahun depan terus. Kalender PERCUMA! Yang paling best bila dengar ad...

Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik

Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik Assalamualaikum semua, lamanya aku sibuk dengan kehidupan seharian dan kerja sampai lupa nak mencoretkan sesuatu kat blog ni haa.. rindu dengan blog dan semua pembaca blog Ceritaita ni sebenarnya. Tapi apa nak buat. Dah nak penghujung September baru ada kesempatan nak menulis. Bulan September ni sebenarnya ada banyak peristiwa penting berlaku. Ada banyak jugak cerita yang boleh disimpan menjadi kenangan. Antaranya hobi baru kami berkhemah sekeluarga dan hari keluarga kedua-dua belah pihak keluarga kami. Terselit di antaranya ialah sambutan hari lahir buat 3 orang September Boy dalam keluarga kecik kami ni. Abg Chik lahir pada 3 September, Adik Adam lahir pada 6 September dan Shah pulak pada 8 September. Cukup semua dekat-dekat. Jadi jimat la raikan sekali je dan kongsi kek.. haha.. bagus kan? Kami raikan secara simple je di waktu berkhemah di tepi pantai awal bulan ni. Semoga kita ada pelu...

Ketahui 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran

Ketahui 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids Assalamualaikum semua, sejak negara kita dan juga seluruh dunia dilanda bermacam-macam jenis wabak dan penyakit berjangkit seperti Covid-19 sehingga menyebabkan ramai yang hilang ahli keluarga dan sahabat handai menjadikan aku lebih serius dalam penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sendiri dan ahli keluarga aku. Sebagai seorang Vet, aku sangat mementingkan kebersihan diri apatah lagi ketika sedang bertugas. Belum lagi kita bebas sepenuhnya dari Covid-19, virus Influenza A pula mengganas menyerang kanak-kanak dan di luar negara pula cacar monyet semakin merebak di kalangan masyarakat. Kes harian Covid-19 pun masih lagi tinggi ketika ini cuma masyarakat kita sekarang ni tak cakna, tidak seperti mula-mula Covid-19 melanda negara kita. Sebagai umat Islam yang beriman, kita boleh jadikan apa yang terjadi ini sebagai pengajaran dan ingatan daripada yang Maha...