Cerita Ita: rm2                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rm2

Donut Coklat Murah cuma berharga RM2 di Kuantan!

Donut Coklat Murah di Kuantan! assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan satu lagi tempat makan best dan wajib pegi kat Kuantan ni.. ianya ialah Donut coklat murah yang cuma berharga RM2 je satu tau.. haa.. teruja nak tau? meh teruskan baca..  mulanya aku terbaca pasal donut ni masa aku tengok paparan di wall facebook masa scroll status kawan-kawan.. tetiba ada iklan pasal satu bakeri ni jual donut murah dan lembut.. teruslah menarik hati kan? Donut Coklat RM2 pastu baca pulak review dan komen-komen orang lain dalam status facebook yang diiklankan tu memang mengakui yang donut tu sangat sedap dan lembut.. siap ada pulak komen yang kata dia tak sempat beli sebab dah habis.. lagi teruja aku nak cuba rasa.. sedap sangat ke? nampak kan iklan melalui facebook ni sangat mempengaruhi.. buktinya aku dah terpengaruh ni haa.. hahaha.. Donut Coklat RM2 ok meh kita cerita kat mana nak cari donut sedap dan murah ni? kat bawah ni ada gambar kedai bakeri yang d...

Singgah Makan Lauk RM2 di Gerai Kak Som!

Lauk RM2 viral di Kuantan assalamualaikum semua, semalam along aku tag aku kat satu artikel pasal kedai makan lauk murah berharga 2 ringgit kat Kuantan , hebat betul sebab sampai keluar dekat suratkhabar Sinar Harian tu.. jadi disebabkan dah terkenal gitu aku pun nak cuba la jugak.. kalau orang sebut pasal makan sedap laju je kan aku ni...hahaha.. sila bertabah lah.. teruja kan baca ni? dan kami pun secara rasminya membuat lawatan sambil makan ke Gerai Kak Som yang berada di Tanjung Api.. kalau nak tau agak mencabar cerita aku nak cari kedai makan Kak Som ni.. memula aku dengan shah dengan gamblenya kami meninjau secara rambang je kat kedai makan di sekitar Tanjung Api.. konon-konon niatnya nak tengok signboard la yang bertulis Gerai Kak Som seperti yang tertulis di suratkhabar tu.. jadi kami berhenti dan tengok setiap kedai makan yang ada sepanjang Tanjung Api tu.. siap sampai tersesat kat kedai makan kat Pantai Selamat lagi.. hahaha.. lepas tu dah abis da...