Cerita Ita: your parents                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel your parents

Cabaran Menulis Day 5 : Your Parents

Ibubapamu Assalamualaikum semua, tajuk kali ni agak menarik. Rasanya aku dah banyak jugak berkongsi pasal mak dan abah dalam blog ni.. tapi ianya tidaklah terlalu menyeluruh sebab ada benda yang tak perlu dikongsikan pun. Ditambah lagi abah aku bukanlah seorang yang suka kisahnya dicanangkan merata-rata. itu juga antara sebab aku tak menulis tentang kisah abah sakit dulu.. tapi nak jugaklah bercerita pasal 2 manusia berjasa yang menjadikan aku manusia berumur 44 tahun hari ini.. Kenali Kedua Ibubapaku Tapi disebabkan cabaran menulis hari ni adalah kisah mengenai ibubapa. Marilah kita cerita serba sedikit mengenai ibubapa aku setakat yang aku tau dan kenal. Mana tau kalau-kalau dengan menulis ni akan bertambah-tambah doa tanpa putus dari semua yang membaca buat kedua orang tuaku ini. Abah Nama sebenar abah ialah Abd Rahman bin Mohd Ali. Abah lahir pada 5 hb Disember tahun 1951 dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor. Ya umur abah akan mencecah 72 tahun tahun ni.. alhamdulill...