Februari 2024 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2024

29 Februari, Istimewanya Tahun Lompat

Tahun Lompat, 4 tahun sekali Assalamualaikum semua, tahun ni merupakan tahun yang istimewa disebabkan tahun lompat. Tahun di mana bulan Februarinya akan ada 29 hari berbanding tahun biasa yang cuma ada 28 hari sahaja di setiap bulan Februari.  Tahun lompat ini hanya berlaku setiap 4 tahun sekali. Jadi ianya sangat istimewa pada aku. Untunglah sesiapa yang lahir pada setiap 29 Februari ni.. mereka cuma akan sambut hari lahir setiap 4 tahun. Tentu meriah sambutannya kan.. Sejarah Tahun Lompat Pada asalnya dulu kiraan kalender dikira dari tempoh bumi mengelilingi matahari. Tetapi setelah didapat kiraan sebenar kitaran bumi mengelilingi matahari bukanlah 365 hari tetapi yang lebih tepat ianya 365.25 hari.  Jadi untuk melengkapkan kitaran ini, maka ada tahun yang perlu ditambah 1 hari dan ditambah pada bulan Februari yang merupakan 1 sahaja bulan yang mempunyai bilangan hari kurang dari 30 hari.  Apabila ditambah hari ini pada tahun tertentu ianya akan menjadikan kitaran ...

Kisah Mati dan Cerita Sebelum Tidur

Cerita Sebelum Tidur Assalamualaikum semua, sejak dulu aku suka bacakan cerita-cerita pada anak-anak sebelum tidur. Ini anak-anak dah besar agak berkurang aktiviti ni. Kalau dulu siap ada cerita rekaan la aku buat setiap malam. Kalah penulis buku cerita kanak-kanak dah dia punya imaginasi sebab nak layankan anak-anak. Sekarang ni masih layankan juga cerita sebelum tidur ni. Tapi cuma 2 orang yang masih berminat nak dengar.. si Adik Adam dan Abg Chik.. Kalau aku bacakan cerita mesti masing-masing mudah tertidur. Banyak jugak aku baca kisah-kisah tauladan untuk cerita sebelum tidur ni. Aku paling suka buku kisah Nabi dan Rasul, juga kisah sahabat-sahabat Nabi.. tapi sayang buku-buku tu banyak yang dah rosak waktu banjir 2021 dulu. Mayat Bertukar Menjadi Babi (Hadis Palsu) Ada satu kisah yang aku suka bacakan dengan anak-anak. Kisah ni di zaman Rasulullah kita iaitu, Nabi Muhammad S.A.W... pada satu hari dikisahkan seorang pemuda telah datang sambil menangis menghadap baginda Rasulu...

Aktiviti Cuti Sekolah 2024

Luangkan Masa Bersama Anak-anak Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis kat blog ni. Rindu oii.. Tapi apakan daya, kerja hakiki mengejar macam apa ni.. Sampai rasa tak cukup masa je setiap hari. Tapi dalam kesibukan tu aku sempat jugak la melayan anak-anak buat aktiviti cuti sekolah 2024 kali ni. Walaupun hakikatnya mata ummi ayah diorang ni dah rupa kena jahit dah ni.. Cuaca panas akibat Fenomena El Nino Fenomena El Nino sebenarnya dah mula melanda negara kita Malaysia sejak dari penghujung 2023 hari tu lagi dan dijangka berlarutan sehingga pertengahan tahun 2024. Tapi hujung tahun lepas area kami duduk ni agak sejuk dan sentiasa hujan, jadi kami tidaklah rasa penangan El Nino sangat pun. Tapi sejak seminggu dua ni cuaca memang terasa sedikit panas melebihi biasa. Kalau kat rumah ni buat kerja sikit je dah macam pergi Spa dah rupanya.. mulalah sibuk cari kipas sebab panasnya Ya Allah.. tak terdaya. Bila dah panas macam ni kami mula memikirkan aktiviti menarik yang boleh di...