Cerita Ita: ISO                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ISO

Aku sangat kagum dengan korang!

Assalamualaikum semua, jumaat aritu kan aku ada seminar GLP di UKM,  Bangi. Manalah nak tau hidup aku ni agaknya memang ditakdirkan bertemu jodoh dengan sistem kualiti.. Dulu di tempat kerja lama kena laksanakan ISO 17025, sekarang ni di tempat kerja baru pulak kena persiapkan diri dengan GLP dan AAALAC..  pengsan!  😅 Ok ini memang buat aku sangat kagum dengan korang tau! Semua cerita berkait dengan gambar keletihan di bawah 😆 Aku sangat kagum dengan korang!  Tapi ni cerita pagi kelmarin..  Pagi tu aku naiklah kenderaan yang dah ditempah oleh rakan sekerja.. alhamdulillah kami sembilan orang dapat naik van dengan selesanya sampai ke tempat dituju.. dapat la berlunjur kaki dengan riang gembira sampai tempat dituju.. sebelum tu sempat la sarapan french toast dan pau gebu kami yang tak jemu dimakan.. cewaah puji diri sendiri nampak.. eh tak.. aku puji hasil tangan suami sendiri je pun 😜 Dah sampai ke UKM dan menjalani latihan selama sehari suntu...

Pengalaman memberi ceramah

assalamualaikum semua, hari ni terasa nak tulis pulak pasal kerja.. entah kenapa pulak.. mungkin disebabkan kerja yang berlambak tak abis-abis kat depan mata ni kot.. kerja aku bukalah takat jadi doktor haiwan yang buat postmortem dan diagnosis penyakit je setiap hari.. sebagai pegawai kerajaan kami pun terbelenggu dengan tugas-tugas pentadbiran jugak.. jadi dari kita stress marilah kita tulis blog.. biar blog je yang stress.. haha Pengalaman memberi ceramah sebenarnya nak cerita.. minggu lepas ada kursus dalaman mengenai ISO 17025 kat makmal kami ni haa.. tapi cuma kursus kecil-kecilan la.. aku yang cadang nak buat pastu aku yang buat semua sudahnya sebab terlupa nak lantik AJK bagai.. nasiblah.. ni semua gara-gara jadual yang agak padat bulan September ni.. dari awal bulan aku ke KL sampai tengah bulan ke Ipoh pulak.. dan akhirnya baru balik ke makmal.. dan kena buat kursus.. jadi kelam kabut pun ada.. dan lebih best lagi aku la kena jadi penceramah pasal tak sempat ...

Kursus lagi..

assalamualaikum semua, hari ni aku sibuk dengan kursus internal audit ISO.. esok pun ada lagi.. mesti korang nak kata kerja dengan kerajaan ni asyik kursus je kan.. nak buat macamana..kursus ni kitorg dah rancang sejak tahun lepas lagi..dan akhirnya alhamdulillah terlaksana jugak.. tapi bila dah kursus bermakna masa nak berblog terhad...dan aku dah semakin tak sihat..dah mula batuk-batuk sejak Sabtu..ini makin teruk dan suara pun dah hilang...kesian anak-anak tak dapat dengar suara ummi dia.. tadi pun adik husna siap bawak pamplet ada gambar tunjuk kat aku suruh bacakan..alahai anak.. badan pun dah rasa sengal-sengal je ni..macam nak demam pun ada.. dah amalkan minum air kayu manis dengan madu..alhamdulillah bagus untuk batuk tapi suara pulak yang makin tak ada.. nak tau petua legakan batuk dengan air kayu manis? senang je..ada blogger ajar dulu.. caranya rendam kayu manis dalam segelas air panas..biar dia suam-suam baru letak sesudu teh madu..kacau dan minum..buat je bila ter...