Cerita Ita: beras                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel beras

Nasi goreng benyek pulak buat bekal

assalamualaikum semua, aku masih lagi teruskan budaya berbekal ke pejabat selagi sempat.. masak atau bekal je la apa yang dapat.. alhamdulillah ada hari berjaya dan harinya tidak.. bergantung la kepada kesihatan badan jugak.. dan hari ni aku berjaya bawak nasi goreng benyek buat bekal.. hahaha.. Nasi goreng benyek pulak buat bekal ada cerita di sebalik nasi goreng benyek ni sebenarnya.. eh lupa nak bagi tau orang johor panggil benyek tu untuk merujuk kepada sesuatu benda yang lembik.. macam buah yang dah terlalu masak atau kuih yang terlalu lembik.. biasanya akan digunakan menggantikan perkataan lembik tu la dengan guna perkataan benyek.. cotoh ayat macam ni : "Buah pelam tu dah benyek" "Kuih tu benyek no sampai loya pulak kita nak telan" ok habis belajar bahasa, maka kita sambung kisah nasi goreng benyek tu tadi ya.. alkisah kami ni kan dah mula buat pau gebu untuk jualan semula tahun ni.. alhamdulillah rezeki yang tak pernah terjangkakan ni ...

makan apa petang ni?

assalamualaikum semua, hari khamis lepas....ala masa hari lahir aku hari tu...shah bawak kami jalan-jalan ke pasar malam inderapura...saja la nak cari apa yang best untuk makan... padahal sebelum tu dah memborong kat giant cara macam-macam termasuk la beras.... korang nak tau beras apa aku beli? beras wangi giant...boleh tahan gak harga dia..rm21.99 untuk pek yang 5 kilo je... mesti ada yang nak cakap...dah tau mahal kenapa beli pulak kan.... haaaa...ada cerita di sebalik beli beras mahal ni.... selalu-selalunya kami cuma makan beras biasa-biasa je pun...beras super tempatan faiza emas tu haaa je.. pek 5 kilo cuma rm12.99 je...separuh harga beras wangi yang kami beli kali ni... jadi mesti ada yang tanya kenapa tukar kan? dulu-dulu masa memula guna faiza emas memang jatuh cinta dan memang kiranya tak nak pandang beras lain lagi la... tapi lepas 2 tahun guna lain pulak jadinya...sejak dua menjak ni kami beli beras faiza emas tu banyak nooo beras yang hancur tu...rasanya memang lebih...