Cerita Ita: lembu                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lembu

Muzium Coklat @ Chocolate Museum di Kota Damansara

assalamualaikum semua, hari ni ada luang masa sikit nak lunaskan janji pada korang.... haaa...ini dia cerita pasal kunjungan kami ke Muzium Coklat di Kota Damansara pada hari Ahad lepas.... kami sampai sini jam 12.30 tengahari...ingatkan ramai orang pasal hari ahad kan? tapi mungkin sebab tempat ni baru dan tak ramai lagi yang tau.... aku sampai sini pun disebabkan ada alamat lengkap seperti kat SINI dan kami tuju kawasan tu dengan menggunakan GPS.... kalau diikutkan alamat lengkap dia Jalan Teknologi 3/4 tapi bila sampai jalan tu korang kena ke depan sikit untuk terus ke Jalan Teknologi 3/5 baru boleh jumpa bangunan Dr. Group ni.... sangat jelas digantung banner Chocolate Museum di pagarnya... confirm tak sesat.... bangunan Muzium Coklat Kota Damansara... kena masuk ikut pintu kanan tu... sebelum masuk bangunan ni korang kena daftarkan diri kat pondok pengawal dia untuk ambik pas lawatan.... yang ada tali kuning abg ngah pakai tu.... hanya untuk orang dewasa je pas ni...

Lembu sapo dio?

Salam sejahtera semua, Pepagi tadi shah cakap macam ni... "esok, sayang report la kat penguatkuasa pasal lembu berkeliaran kat taman kita ni...malam tadi abg balik keja, nampak dia tidur atas padang depan rumah en zahar, tempat bebudak selalu main bola tu...taik pulak melata atas jalan" dan pagi ni terbukti...masa aku sibuk nak hantar anak ke taska...tuan dia tengah sibuk  mengumpulkan lembu dengan menaiki Gen 2... Ini lembu aku cadang nak berhenti cakap kat makcik tu... "assalamualaikum makcik, ni lembu makcik ke?...saya mintak maaf la tanya pasal saya dah buat laporan kat penguatkuasa veterinar pasal lembu yang berkeliaran ni..bila-bila masa je diorang boleh tangkap makcik..." tapi malang....bila aku keluar dari taska makcik tu bersama lembu dia dah takde.... korang rasa-rasa elok aku cakap macam tu dulu ke atau terus report je ye? teringat lagu ni...."lembu sapo dio...lepas siang malam...merato-rato..."...sila sambung sendiri...heh...

Wordless Wednesday # 6

Salam sejahtera semua, Lembu siapa ni?