Cerita Ita: gajah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gajah

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...

Susulan berita warga emas maut diserang gajah

salam sejahtera semua, ini entry susulan merujuk kepada entry semalam Warga Emas Maut Diserang Gajah dah aku dapat pun cerita penuh dia dari sinarharian.... 27 November 2012 KLUANG - Seorang warga emas meninggal dunia selepas dipercayai diserang gajah liar di kebun kelapa sawitnya berhampiran Kampung Orang Asli Punan, Kahang, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Toh Sam Yit, 79, dari Taman Lian Seng di sini ditemui meninggal dunia dalam kecederaan parah oleh beberapa penduduk orang Asli kampung berkenaan, kira-kira pukul 6.30 petang. "Toh bersama seorang cucu lelakinya yang berumur 14 tahun pergi ke kebun tersebut pada pukul 4 petang. Dia dikatakan memeriksa tanaman sawitnya seorang diri manakala cucunya menunggu di pondok di tengah kebun," katanya hari ini. bahaya betul kalau dalam hutan bersendiri kan? kalau nak baca penuh leh tengok kat Sinarharian .. p/s ada report perlu dibereskan.....nanti la kita ci...