Cerita Ita: maksud                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel maksud

Fenomena Awan Arcus di Kuantan

assalamualaikum semua, kelmarin aku ada cerita pasal fenomena awan pelik yang muncul di Kuantan baru-baru ni kan? ada satu komen yang melintas masa aku cari info gambar untuk entri pasal awan tu baru ni... orang tu komen pasal awan arcus... serius aku memang tak pernah dengar... macam pelik bunyinya... terus aku cari info pasal awan ni... dan jawapannya... awan arcus ~ gambar dari google APA ITU AWAN ARCUS? Awan arcus adalah formasi awan yang rendah dan melintang. Ada 2 jenis awan arcus ni sebenarnya.. Jenis berlandas atau dikenali sebagai Shelf Clouds yang biasanya dikaitkan dengan penghujung tepi satu ribut. dan satu jenis lagi ialah jenis bergulung atau dipanggil Roll Clouds yang biasanya dikaitkan dengan udara sejuk dari laut yang tidak hadir bersama ribut. ni gambar dari airport kuantan ni gambar dari atas jambatan tanjung lumpur ni gambar di sungai isap.. awan tu atas pencawang elektrik di sg isap di gambar dari bukit rangin kuantan ni...

Kenapa dipanggil kakitangan?

assalamualaikum semua, tadi pagi ada cerita menarik sewaktu kami berada di hospital untuk rutin setiap pagi selama 3 hari ni... sebenarnya selama 3 hari ni semua anak-anak ikut aku ke pejabat... asalnya semalam je transit tutup tapi hari ni dah bukak balik dah.. cuma diorang yang taknak pergi ke transit dah... alasannya takde kawan... ceh... memang alasan betul sebab kat tempat kerja ummi pun bukannya ada kawan... tapi ntah apa yang seronok ntah agaknya... Kenapa Kakitangan? dan pagi ni semasa rutin melalui Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, abg long ternampak tulisan di bahagian tepi kawasan meletak kereta yang ada di hospital tu... kawasan tu tertulis "Tempat Letak Kereta Kakitangan Sahaja".. abg long cuma baca dengan jelas bahagian "Kakitangan" tu saja... abg long : "Ummi, kenapa dia tulis kakitangan?, apa kakitangan tu?" aku : "Kakitangan tu pegawai dia la" abg long : "pegawai tu apa?" alamak.... bi...