Jun 2024 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2024

Abg Ngah Main Hoki La Pulak

Main Hoki Untuk Sekolah Tetiba kena pakai baju putih untuk hoki sekolah. Kelam kabut ayah pergi beli.  Assalamualaikum semua, kali ni nak cerita pasal minat Abg Ngah yang satu ni. Sejak Tingkatan 1 lagi dia dah nyatakan hasrat nak sertai kawan-kawan sekolah dia main hoki. Tapi disebabkan dia masih bersekolah agama sebelah petang masa tu nak menghabiskan Darjah 6 sekolah agama, jadi aku mintak dia bersabar je la dulu setahun. Dan tahun ni bila dia mintak kebenaran sekali lagi nak sertai latihan hoki sekolah, aku jadi tak sampai hati la pulak nak tolak. Dia pun sertai latihan pertama.. kemudian kedua kemudian seterusnya. Kata dia cikgu kata dia boleh la main walau tak hebat mana.  Wakil Hoki Sekolah  Sebenarnya waktu dah habis latihan demi latihan tu, abg ngah ada cakap yang cikgu akan pilih yang terbaik untuk bermain sebagai wakil sekolah. Tapi ntah macamana kumpulan yang ada tu pun bilangan cukup-cukup makan je. Jadi tak memasal cikgu pilih je la semua. Rezeki awak la abg...

Cara Pakai Moisturizer Dengan Berkesan | Moisturizer Terbaik - Jenis Water Based Sesuai Untuk Kulit Berminyak

Cara Pakai Moisturizer Untuk Kulit Berminyak  Assalamualaikum semua, tahun ni genap usia aku menganjak ke 45 tahun. Antara perkara yang aku paling jaga di usia aku ni ialah rambut dan kulit. Lagi la pulak bila ada jenis kulit muka berminyak macam aku, semua kena ambik tau termasuklah cara pakai moisturizer terbaik untuk kulit berminyak. Basic Skincare Routine Rasanya ramai dah tau kerja aku macamana kan? Kalau yang taktau lagi, marilah aku kongsikan. Kerja aku ni kebanyakan masanya kena berada di luar berjumpa dengan penternak. Jadi kulit aku akan selalu terdedah dengan cahaya matahari yang lama. Kulit aku bulak jenis berminyak, kalau terdedah lama bawah cahaya matahari akan jadi kusam. Lebih teruk lagi bila kena sunburn yang jadikan tona kulit tak sekata akibat sunburn.  Kulit pun akan jadi kurang selesa, rasa gatal-gatal sebab terdedah dengan udara luar dalam masa yang lama.Kalau tak ada basic skincare routine rasanya kulit aku akan lebih cepat menua sebelum waktunya disebab...

SELAMAT KEMBALI!

Perancangan Hidup Assalamualaikum semua, korang sihat ke? Kesian blog ni terabai bila tuan dia sangat sibuk dengan perancangan hidup sebulan dua ni. Aku cuma sempat letak gambar dah coretan sikit je di Facebook dan instagram. Blog Tempat Mencurah Rasa Tapi tetap rasa tak best kalau tak tuliskan di blog semua benda yang berlaku. Bagi aku blog ni la tempat aku curahkan semua kisah kehidupan kami sekeluarga. Jadi kena tulis juga apa jua yang berlaku buat kenangan. Ada banyak kisah tertunggak ni.. Tapi akan kucoretkan satu persatu nanti. InsyaAllah. Keputusan Temuduga Kenaikan Pangkat Yang pertama aku nak cerita ialah benda besar yang jadi dalam hidup dan kerjaya aku, ianya biar jadi kenangan dan ingatan di suatu hari nanti. Keputusan temuduga bulan 7 tahun lepas dah selamat aku dapat hujung bulan lepas. Terima keputusan dengan bermacam rasa. Pertama kali tentulah aku rasa gembira bila berada dalam senarai nama sebagai salah seorang yang berjaya selepas menempuh sesi temuduga yang agak men...