Cerita Ita: sale                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sale

SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY

SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY  Assalamualaikum semua,  dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna.  SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY  Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangk...

Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa

assalamualaikum semua, dari mula puasa aku nak cerita pasal kasut Adeena Limited Edition ni.. tapi sebab aku janji nak cerita sekali dengan kongsikan video di.. jadi asyik la terbantu hajat di hati.. entah kenapa la handphone ni sangat tak berkerjasama di saat aku memerlukan.. sudahnya dah lepas raya ni la baru aku dapat sambung cerita.. harapnya tak terlambat la nak kongsikan dengan korang kenapa Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa.. Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa dari aritu IJMAL keluarkan kasut baru aku dah mula telek-telek dah.. bukanlah telek dalam mangkuk ajaib tu haa tapi telek dekat IJMAL punya website.. dekat Facebook IJMAL.. memang dah mula la berangan nak sarung ke kaki.. haha.. gitu sekali.. tapi betullah orang cakap kalau nak sesuatu tu kita berangan dulu pun takpe.. lepas berangan tu mana tau tetiba ada rezeki nak sarung betul kan? dan rezeki aku akhirnya dapatlah Adeena Limited Edition tu tersarung cantik di kaki.. alhamdulillah....

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk meme...

Jalan-jalan tengok sale di JPO

assalamualaikum semua, hujung minggu lepas kami balik kampung.. sempat la menyinggah kat Johor Premium Outlets yang tengah sibuk sale.. sesaja la jengah JPO ni.. maklumlah.. walau kami ni orang Johor tapi agak jakun jugak nak menyinggah tempat macam ni.. hari tu kami singgah banyak jugak butik.. tapi satu ni yang agak menggugat iman jugak.. kali pertama jejak kaki di JPO Butik Padini tengah promosi jualan murah selama 4 hari aritu.. banyak jugak la yang murah.. baju budak ada yang dijual dengan harga RM9 je.. ada jugak baju yang cantik-cantik berharga RM13-19.. memula tu aku macam teruja jugaklah nak memilih tapi bila aku tengok je barisan orang yang nak membayar tu hati terus jadi tawar..  sebabnya kami sebenarnya nak ambik mak dengan abah kat hospital.. itu tujuan utama sebenarnya datang ke JB ni.. tapi ternampak pulak status kawan kata ada sale jadi singgahlah kejap nak tengok.. tapi ye la sebab dah nak hari-hari kemudian ni agaknya pilihan dah tak banyak sangat...

Riangnya hidup kanak-kanak!

assalamualaikum semua, semalam kami sempat la bawak budak berdua yang ada kat rumah ni haa ke Giant Kuantan.. eh aku belum cerita lagi kan yang anak bujang aku yang lagi dua, abg long dan abg ngah tu dah selamat kami tinggalkan kat kampung.. happy je anak buah aku kan, wafiq nama dia.. belakang tu abg ngah.. hai abg ngah.. ummi rindu.. diorang la yang beria-ia sangat nak tinggal.. kena pulak atuk wan dan atuk abah pun suka sangat kalau diorang nak tinggal buat peneman riuh-riuh kat rumah atuk tu.. ntah-ntah jadi kawan gaduh agaknya.. hahaha.. sebenarnya kami balik sekejap hujung minggu lepas untuk jenguk mak dan abah.. tu yang tetiba datangnya idea anak-anak ni nak tinggal rumah atuk sementara cuti sekolah.. dan jadinya malam ni aku dengan shah kenalah bergerak ke kampung untuk ambik anak-anak dan bawak balik sini sebelum sekolah bermula minggu depan.. pulak tu hari ahad aku kena pergi Putrajaya untuk wakil bos untuk meeting.. fuh.. dah terbayang keletihannya.. apa...

Promosi Diskaun 50% untuk Kupon Tempat Letak Kereta

assalamualaikum semua, semalam ada kawan tetiba tanya dalam group whatsapp pejabat, dia tanya siapa yang nak kongsi beli kupon tempat letak kereta untuk Majlis Perbandaran Kuantan.. katanya murah sebab ada diskaun 50%.. Promosi kupon tempat letak Kereta MPK wah.. aku yang dengar apa lagi laju je komen nak join beli.. katanya kena cukupkan 10 buku kupon tu baru boleh dapatkan harga diskaun 50% tu.. tu yang dia ajak kongsi ramai-ramai untuk cukupkan 10 buku tu.. dan alhamdulillah menjelang petang semalam dah selamat kupon parking tu sampai ke tangan aku.. dah yang paling best aku tengok kupon tu boleh digunakan sehingga tahun 2018 tau.. jadinya kalau korang yang berhajat nak borong banyak pun boleh.. Kupon parking MPK caranya boleh dapatkan di Pejabat Unit Letak Kereta, Blok C, Kuantan Centre Point.. untuk 10 buku tu cuma RM33 je harganya.. jadinya satu buku tu cuma berharga RM3.30 je.. berbaloi kan ?  jadi cepatlah ajak sedara mara, kawan-kawan p...