Cerita Ita: ancasa resort                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ancasa resort

Kembara Iftar di AnCasa Royale

Kembara Iftar di AnCasa Royale assalamualaikum semua, dah masuk 22 hari berpuasa di bulan Ramadhan ni mulalah dah rasa malas menyelubungi pulak bila nak sediakan makanan.. baik waktu bersahur ataupun berbuka.. sebab tu bila dapat je berpeluang berbuka dengan keluarga di luar memang tidak la kami lepaskan peluang tu.. lelagi la bila diundang ke Kembara Iftar di AnCasa Royale, Pekan, Pahang baru-baru ni.. Kembara Iftar di AnCasa Royale Pekan masa kami belum sampai, aku membayangkan yang harga buffet Ramadhan kat AnCasa Royale ni mahal tau.. ye la dengan hotel yang agak gah namanya ditambah dengan lokasi agak strategik iaitu betul-betul bersebelahan je dengan Sungai Pahang di Pekan, Pahang ni tentunya menggamit hati pengunjung dari dalam Negeri Pahang dan juga di luar negeri Darul Makmur ni.. tapi sayang disebabkan waktu yang agak terhad aku tak berpeluang untuk ambik gambar di kawasan luar dan sekitar hotel ni yang nyatanya sangat cantik permandan...