Cerita Ita: kematian                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kematian

Entri blog hilang sebab racun?

assalamualaikum semua, pertamanya maaf kalau ada pembaca setia blog Cerita Ita yang menunggu cerita dari blog sejak minggu lepas.. ecece.. ada ke? hahaha... perasan sediri je la kan.. kalau ada pembaca setia ye alhamdulillah.. (sila baca ikut nada nenek dalam Upin dan Ipin ok ;) ).. kalau takde pun masih syukur sebab Allah masih bagi blog ni bernyawa... apa pun terima kasih pasal bagi sokongan ye... entri hilang sebab racun ? mesti korang terkejut apa kaitan entri blog Cerita Ita menghilang sejak minggu lepas kan.. dan paling peliknya apa pulak kaitannya dengan racun? ada kisah sedih di sebalik kisah racun ni...dan ini yang aku nak kongsikan.. bukan aku yang makan racun... atau sesiapa pun racun aku sampai buat entri blog aku hilang.. bukan.. semua bukan.. yang sebenarnya.. minggu lepas kami terima berita seorang jiran yang terminum racun dengan sengaja.. jiran yang merupakan seorang warga emas.. yang kami kenal sejak dari kecik sebagai orang yang sangat penyabar.....

Wordless Wednesday # 45

assalamualaikum semua, kematian itu pasti akan tiba... hanya luahan perasaan di pagi rabu   p/s sibuk menyiapkan semua kerja sebelum hilang dalam jangkamasa yg agak lama...

Pemergian orang yang tersayang

assalamualaikum semua, sejak 2 minggu lepas berturut-turut adalah minggu yang sangat mengejutkan bagi aku... berita pemergian orang yang tersayang oleh seseorang dari sahabat-sahabat di group whatsapps... berita pertama... pemergian suami pada junior aku masa bersekolah dulu...kehilangan suami tersayang dalam kemalangan di Negeri Sembilan... arwah suaminya meninggal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja... apa yang lagi menyedihkan yang junior aku ni tengah mengandung anak keempat mereka... semoga Allah lapangkan dadanya dan permudahkan urusannya...lebih-lebih lagi bila sampai bulan ramadhan ni... berita kedua... seorang rakan sekelas dari tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5 di sekolah di Muar dulu kehilangan isteri tersayangnya.... arwah isterinya sedang mengandung anak kelima kalau tak silap dan meninggal kerana kesukaran bernafas... semoga rakanku ini terus tabah mendidik 3 lagi anak mereka yang masih kecil... sedih aku kalau ingatkan kisah dia ni... dulu.. masa...

aktiviti best! main layang-layang..

assalamualaikum semua, hari ni hari pertama audit...hahaha...masih boleh gelak untuk lepaskan stress... semalam je dah tambah stress..elektrik takde sampai pukul 4.45 petang...letih wooo menunggu.. dan ada pulak perkhabaran sedih..menantu staf kat tempat kerja kami meninggal dunia semalam selepas terlantar di hospital lebih sebulan kerana demam panas...yang kesiannya masa arwah admit dia mengandung 6 bulan lebih..anak meninggal dalam kandungan..dah selepas 2 minggu si ibu pulak menyusul..kesian si suami yang akan sambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka 9hb ni dengan dua kehilangan besar...al-fatihah untuk kedua-dua arwah.. petang lepas kami melawat jenazah yang terus dikebumikan di kemaman pagi tadi...kami terus ambik anak-anak..bawak diorang main layang-layang dekat dengan jalan yang baru siap di perumahan kami...seronok anak-anak... eh nak sambung proses audit...jadual mengepam pun dah lari ni...waaaaaa.... p/s sentiasa hargai apa yang ada di sekeliling anda setiap masa.....

Al-Fatihah dan takziah...

salam semua, pagi ni ada email yang agak mengejutkan bila aku bukak email jabatan.... memula tu baca tajuk untuk hebahan...ingatkan hebahan biasa2 atau orang bertukar ke.... orang naik pangkat ke.... sekali aku baca... aku macam terkedu... tak leh nak kata apa dah..... UNTUK MAKLUMAN SELURUH WARGA JPV YBhg Datuk/ YBhg Dato'/ YH Dato'/ Tuan/ Puan, Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Dr. Rohani binti Kassim, Pegawai Veterinar (G 52) yang kini berkhidmat di JPV Perak telah kembali kerahmatullah pagi ini 4 Ogos 2011. Jezanah Allahyarhamah akan dikebumikan di Kg Keluarga Allahyarhamah di Bagan Serai Petang ini. Sama-samalah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin...Ya Rabbal Alamin....Al-Fatihah... inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un   semoga roh arwah tenang di sana... al-fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk seluruh ahli keluarga... p/s cerita penuh ada di SINI