Cerita Ita: anak                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anak

Abg Ngah Main Hoki La Pulak

Main Hoki Untuk Sekolah Tetiba kena pakai baju putih untuk hoki sekolah. Kelam kabut ayah pergi beli.  Assalamualaikum semua, kali ni nak cerita pasal minat Abg Ngah yang satu ni. Sejak Tingkatan 1 lagi dia dah nyatakan hasrat nak sertai kawan-kawan sekolah dia main hoki. Tapi disebabkan dia masih bersekolah agama sebelah petang masa tu nak menghabiskan Darjah 6 sekolah agama, jadi aku mintak dia bersabar je la dulu setahun. Dan tahun ni bila dia mintak kebenaran sekali lagi nak sertai latihan hoki sekolah, aku jadi tak sampai hati la pulak nak tolak. Dia pun sertai latihan pertama.. kemudian kedua kemudian seterusnya. Kata dia cikgu kata dia boleh la main walau tak hebat mana.  Wakil Hoki Sekolah  Sebenarnya waktu dah habis latihan demi latihan tu, abg ngah ada cakap yang cikgu akan pilih yang terbaik untuk bermain sebagai wakil sekolah. Tapi ntah macamana kumpulan yang ada tu pun bilangan cukup-cukup makan je. Jadi tak memasal cikgu pilih je la semua. Rezeki awak la abg...

Selamat Hari Kidal Sedunia!

Assalamualaikum semua, hari ni rupanya hari istimewa buat semua pengguna tangan kiri atau orang Malaysia panggil Kidal kerana hari ni adalah hari sambutan buat semua pengguna tangan kiri di seluruh dunia. Kira hari ni adalah International Lefthanders Day.  Hari Kidal Sedunia Sebelum ni aku tak berapa ambik kisah pasal hari kidal ni pasal aku bukan seorang kidal pun. Tapi disebabkan ada seorang anak kami yang memang dilahirkan seorang kidal jadi aku teruslah jadi nak ambik tahu jugak. Itu pun aku cuma tau pasal kewujudan sambutan hari kidal sedunia ni 3 tahun yang lepas rasanya. Kesian betul 😅 Sambutan Hari Kidal Sedunia atau International Lefhanders Day Setiap tahun telah ditetapkan tarikh 13 Ogos sebagai hari sambutan untuk Hari Kidal Sedunia. Kalau sesiapa yang belum tau macam aku sebenarnya sambutan hari kidal sedunia ni dimulakan pada tahun 1976 lagi oleh persatuan tangan kidal pada masa itu. Dan ianya diteruskan sehinggalah ke hari ini. Kenapa Hari Kidal Sedunia disa...

Adik Nafis Adam dah mula makan

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. bukan takde minat tapi masa yang terasa tak cukup pulak.. selalu boleh curi jugak masa menulis bila dapat duduk-duduk sekejap ke.. kalau menyusukan anak ke.. tapi kali ni memang ke laut dalam disebabkan kesibukan kerja.. kena pulak kadang-kadang bila dah dapat duduk atau susukan anak tu waktu tu la mata ni macam kena jahit je.. terus hanyut.. silap-silap kalau pegang telefon bimbit kat tangan mau jatuh kena muka sendiri la jawabnya.. hehe.. Adik Nafis Adam dah mula makan tapi kali ni nak jugak cerita perkembangan adik Nafis Adam sebelum basi.. sebenarnya adik Nafis dah masuk 6 bulan umurnya pada 6 Mac 2020 baru ni.. dah selamat pun ambik suntikan vaksin bila cukup umur 6 bulan aritu.. alhamdulillah masih sihat membesar bagai Super Adam.. haha.. ni nama aku bagi kat dia bila nak main-main dengan dia.. dia akan senyum meleret bila aku sebut Super Adam tu.. Super Adam aku tu pun dah mula makan dah.. aku mula bagi dia makan masa...

Adik Nafis Adam dah boleh meniarap!

Assalamualaikum semua,  hari ni nak kongsikan berita gembira.. pasal perkembangan adik nafis adam.. ahli keluarga baru kami yang dah berumur 5 bulan dah pun pada 6hb Februari baru ni.. alhamdulillah adik nafis adam dah boleh meniarap!  Adik Nafis Adam dah boleh meniarap!  banyak perkembangan adik nafis adam yang tak sempat aku ceritakan.. sejak pindah tempat kerja baru ni masa agak terhad nak menulis.. tapi kali ni nak gak la berazam tulis tiap hari.. bukan tulis apa pun.. lebih pada kisah anak-anak buat kenangan je..  baru ni adik nafis adam ni kami hantar untuk vaksin untuk umur 5 bulan.. ada la buat pemeriksaan biasa dia macam timbang dan ukur tinggi dia semua tu.. berat dia naik dari 5.7kg ke 6.1kg je.. nurse pun kata tak banyak naik.. tapi pada aku oklah janji dia sihat dan pipi dia tetap labuh.. hehe.. tinggi dia pulak naik la sikit dari 62cm ke 64cm..ok la tu.. meninggi gak sampai tak muat riba dah ni..  Adik Nafis Adam dah boleh menia...

Esok dah bermula rutin persekolahan

assalamualaikum semua,  selamat tahun baru 2020.. sekejap je rasa dah awal tahun yang baru.. rasa macam baru je tulis tarikh 2019 tetiba dah kena tukar 2020.. terasa jugak la macam sangat laju.. tadi tengok adik Nafis Adam pun terasa sangat cepat tetiba adik nak masuk 4 bulan dah.. cerita pasal mengandungkan dia pun belum habis tulis lagi.. dan esok dah bermula rutin persekolahan semula!  Esok dah bermula rutin persekolahan sempena anak-anak berpindah ke sekolah baru ni aku ambik cuti untuk uruskan semuanya.. macam pelik jugak bermula sekolah pada 1 hb Januari sebab dah sekian lamanya kami berada di bawah pengurusan sekolah yang setiap hari pertama tahun barunya akan dapat cuti umum..  tetiba pulak rezeki kami berpindah ke Johor pada bulan 12 yang lepas mengubah semua rutin kami..  shah siap rilek je tadi sebab dia ingat anak-anak bercuti esok dan mula sekolah pada 2 hb Januari.. haha.. nampak macam masih terpinga-pinga dia bila aku cakap esok dah mu...

Selamat hari lahir yang ke 8 kakak!

assalamualaikum semua,  nak jugak buat coretan sempena hari istimewa buat kakak husna.. sempena hari lahir kakak yang ke 8 tahun.. dah hujung tahun biasanya kakak husna cukup umur.. hehe.. nasib anak yang dilahirkan di bulan Disember gitulah.. sekali je rasa sambut dengan kawan-kawan sekolah.. tu pun masa duduk kat taska.. nanti nak buat sambutan kat pusat tuisyen dia je la ingatnya.. Selamat hari lahir yang ke 8 kakak! Selamat hari lahir yang 8 kakak!  asal sampai je hari lahir kakak setiap tahun mesti tengah musim tengkujuh.. tahun ni pun sama.. hujan je sepanjang bulan.. tahun lepas kami sambut di Kuala Lumpur dan tahun ni kami sambut hari lahir kakak husna di Johor Bahru pulak.. alhamdulillah ada je la kenangan di setiap negeri yang kami tinggal..  macam biasa.. cuba juga carikan kek untuk anak-anak.. tapi disebabkan baru pindah ke JB ni.. kedai kek pun tak tau lagi mana yang ok.. cuba je main terjah memana kedai kek murah sekitar Bandar Baru Uda tad...

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Assalamualaikum semua,  lamanya tak menulis.. rindu nak menulis tapi apakan daya masa banyak terisi dengan persiapan untuk berpindah.. dah tak banyak masa yang tinggal untuk kami di KL ni.. cuma tinggal tak sampai seminggu.. akan bermula fasa baru kami di JB pulak nanti.. dan minggu ni terisi dengan kenangan di sekolah anak-anak.. banyak cerita gembira yang akhirnya buat aku rasa nak menulis lagi.. warna warni persekolahan anak tahun 2019.. Warna warni persekolahan anak tahun 2019! biar apa yang ditulis jadi ingatan dan kenangan buat kami anak beranak nanti.. buat kenangan juga buat semua yang pernah mengenali kami.. kenangan yang baik-baik.. InsyaAllah..  bermula dari minggu lepas lagi sehingga ke minggu ni banyak sangat nak diceritakan.. aku mulakan dengan kisah anak-anak la dulu..  Warna warni persekolahan anak tahun 2019! Warna warni persekolahan anak tahun 2019! Warna warni persekolahan anak tahun 2019! Warna warni persekolahan anak ...

Selamat Tahun Baru 2019!

assalamualaikum semua,  dah masuk tahun 2019 dah pun.. 2018 dah selamat berlalu pergi.. meninggalkan seribu satu kenangan buat kami sekeluarga.. termasuk perubahan paling besar yang kami buat iaitu berpindah ke Kuala Lumpur.. namun Kuantan akan selalu di hati kami..  Selamat Tahun Baru 2019! banyak sangat kenangan manis kami sepanjang tahun 2018 yang lalu.. antara yang akan kami kenang ialah kejayaan Abg Long mendapat 8A dalam UPKK.. tak sempat lagi aku nak tulis pasal kejayaan tu dalam blog ni.. insyaAllah satu hari akan aku tulis jugak.. sekadar buat penghargaan buat si anak..  bagi mereka yang kenal aku selama ni tentu tau sangat yang aku tak pernah pun kongsikan apa jua keputusan peperiksaan anak-anak.. biar baik atau pun tidak.. bimbang sangat akan ada yang mengata kami menunjuk-nunjuk.. tapi kejayaan anak yang satu ni aku kongsikan akhirnya.. bukan kerana nak menunjuk..  jauh sekali.. cuma aku sangat berbesar hati dan bersyukur Allah kurniak...

Naik Kelas Pertama!

Naik kelas pertama!  Assalamualaikum semua, minggu lepas semua orang sibuk dengan kisah kejayaan anak-anak.. minggu ni pulak dah mula cuti sekolah.. suka aku baca.. dan kadang-kadang senyum sendiri.. alhamdulillah bangga sangat dengan kejayaan anak-anak sahabat facebook semuanya.. juga suka dengar kebahagiaan kawan-kawan..  Bila kita di atas bukan bermakna kita yang terbaik Anak-anak aku sendiri ada 3 yang sedang bersekolah tahun ni.. Abg Long di Tahun 5, Abg Ngah di Tahun 2, dan Kakak Husna di Tahun 1.. Masing-masing ada azam berbeza bila sebut pasal sekolah.. aku suka nak tuliskan dalam blog ni sebab tahun depan agak istimewa aku rasa.. kerana akan ada 4 anak yang semuanya akan bersekolah tahun depan termasuk Adik Hadi..  Abg Long Abg Long.. sentiasa mahu jadi yang pertama  Kalau tanya abg long,  sejak dari kecil dia suka bersaing untuk jadi lebih baik.. pantang sangat kalau dia kalah.. dia memang tak pernah suka kalah.. dengan adi...

Ubat gigi Spiderman ke Princess?

Assalamualaikum semua, azam masuk setiap bulan ialah nak tulis blog setiap hari tapi apakan daya.. walau Allah bagi masa sama je untuk semua orang iaitu 24 jam sehari tapi tanggungjawab setiap orang tu berbeza-beza kan.. jadi jangan pernah pertikaikan kalau ada orang yang perlukan masa yang lebih untuk sesuatu perkara.. kerana beban setiap orang tu tak pernah sama..  Ubat gigi Spiderman ke Princess?  tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal kerja dan masa pun sebenarnya.. saja bagi intro untuk tulis dalam blog.. pasal macam dah lama takde mood membebel dalam blog ni kan.. rasa macam suram la pulak kan.. hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal ubat gigi.. bukan pasal review ubat gigi pun.. ubat gigi atas tu pun bukan ditaja.. tapi beli sendiri tau.. hehehe..  kisah ni pasal abg ngah dan ubat gigi.. kisah ni jadi pada minggu lepas.. masa tu aku terima mesej dari cikgu anak-anak di sekolah.. pesannya berbunyi macam ni.. : CERAMAH KESIHATAN GIGI DAN LATIHA...

Bila dah cuba susu Fernleaf UHT

Bila dah cuba susu Fernleaf UHT Assalamualaikum semua,  baru ni aku ada upload gambar lembu bertukar jadi sudu kat Instagram dan facebook kan?  hehe.. saja bagi teaser sebab nak cerita pasal kebaikan susu.. kalau kat rumah kami ni susu memang antara barang dapur yang wajib ada.. takde benda lain takpe janji ada susu UHT dalam kotak yang 100% Mmmmm sedapnya.. tapi kali ni kami teruja pulak bila dah cuba susu Fernleaf UHT..    Bila dah cuba susu Fernleaf UHT Maklumlah bebudak ni apa saja mesti nak guna susu.. kalau abg ngah tu bila ada kotak susu dalam peti yang belum buka lagi pun tak jadi masalah kat dia.. mesti pandai je dia bukak.. macam baru ni la.. tau-tau je dah ada kesan susu kat mulut.. tapi bila kita tanya.. eh.. pandai pulak tak mengaku minum tu.. bila kita tanya lagi dia dah senyum-senyum..  ini semua mesti sebab tak tahan godaan 100 % susu segar dari New Zealand ni.. hehehe..  Abg Ngah - budak paling suka minum susu Ya l...