Cerita Ita: keputusan peperiksaan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keputusan peperiksaan

Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa

Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa assalamualaikum semua, aku pernah cerita pasal nak tengok keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu Bapa ni dulu.. tapi dulu dia punya link tu macam lain sikit.. dan tak la terperinci macam sekarang ni.. eh dah hujung tahun ni la yang aku perasan lain sikit.. dah ada penambahbaikan.. alhamdulillah semakin bagus.. ini SAPS ibubapa yang lama SAPS ibubapa yang baru kalau yang baru ada anak sekolah mesti agak tertanya-tanya apa dia SAPS tu sebenarnya.. meh kita tengok dulu maksud SAPS.. SAPS bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.. sistem ni diwujudkan untuk memudahkan ibu bapa untuk mengetahui prestasi anak-anak hanya melalui online sahaja.. mudah sangat-sangat.. kalau dulu kita cuma akan tau prestasi anak-anak melalui perjumpaan ibu bapa dan guru pada hari terbuka sekolah.. sekarang ni cuma hanya di hujung jari je semua dah boleh tengok.. ini yang lama dulu.. kalau korang tengok boleh nampak perbezaan dia kan.....

Selamat berjaya dalam peperiksaan wahai Anak..

assalamualaikum semua, minggu ni sibuk sana-sini orang bagi ucapan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat yang mengambil Peperiksaan SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.. aku pun sama ucapkan selamat maju jaya buat adik shah yang sedang mengambil peperiksaan tu jugak sekarang ni.. semoga kalian semua dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan dengan tenang..  surat pemberitahuan peperiksaan akhir tahun dalam sibuk-sibuk orang lain nak periksa besar, anak aku pun tak ketinggalan jugak.. abg long sedang hadapi peperiksaan jugak sekarang ni.. sekarang ni mungkin abg long baru sudah menjawab soalan Matematik 1 dan sekejap lagi selepas rehat akan bersambung dengan Matematik 2 dan Bahasa Inggeris... semoga anak ummi dapat menjawab peperiksaan akhir tahun ni dengan hati yang tenang hendaknya..  semua orang tanya kenapa peperiksaan abg long lambat sangat ? semua orang dah mula cari buku teks.. yang mana hilang pun dah mula cari kat kedai untuk lengkapkan sebelum dipulang...

Hari Anugerah

assalamualaikum semua, di sana sini orang sibuk cerita pasal hari anugerah anak-anak... alhamdulillah... sesi persekolahan dah berakhir untuk tahun 2015 ni... tahun akan datang tentunya akan lebih mencabar... walau apapun yang berlaku jangan berhenti menyayangi dan memberi dorongan sebaiknya kepada semua anak-anak amanah Allah ni... pagi tadi kami antara orang yang sangat gembiri kerana diberi peluang untuk melihat kejayaan anak menaiki pentas sebagai sebuah penghargaan atas usahanya untuk mendapatkan tempat terbaik di dalam kelasnya... alhamdulillah syukur... senyum meleret anak bujang tu hari ni... tahniah abg long... gambar nanti aku share sekali dengan gambar konvo abg ngah dan kakak husna hari ahad nanti... insyaAllah kalau dipanjangkan umur... di awal pagi tadi dalam kegembiraan nak menghadapi hari istimewa abg long...aku belek keputusan abg ngah dan kakak... kakak macam biasa tanda ikut suka...hahaha... abg ngah pulak banyaknya benda yang terbalik... mengingatkan ...

Cara memeriksa keputusan sekolah rendah dan menengah melalui SAPS

untuk entri terbaru dan cara gunakan SAPS terbaru rujuk SINI assalamualaikum semua, disebabkan abg long dah masuk sekolah maka mesti akan ada entry cerita pasal sekolah dan yang sewaktu dengannya... dan beberapa minggu yang lepas dah sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun di semua sekolah-sekolah di malaysia... dan yang paling mendebarkan bagi ibu bapa ialah bila nak tengok pencapaian anak-anak...lagi la bagi yang baru pertama kalinya macam kami ni... hari esok ada Hari Terbuka sekolah abg long... aku macam gigil-gigil je rasa nak pegi...kejap lagi nak siap sedia soalan yang bakal aku tanya pada guru kelas abg long...hish.. rasa macam nak pegi interview mintak kerja je la.. debar je hati.. huhu.. ini belum anak nak kawen lagi ni.. apa la ita... untuk keputusan peperiksaan abg long aku dah tak rasa risau sangat sebab dah boleh check online sekarang ni... sebenarnya dah lama pun tapi disebabkan selama ni takde anak yang sekolah maka aku memang tak ambik tau sangat la.. deng...