Cerita Ita: niat puasa                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel niat puasa

Cara ajar anak belajar berpuasa

assalamualaikum semua, semalam aku ada cerita pasal bagi ganjaran pada anak yang baru belajar berpuasa kan? hari ni aku nak kongsikan cara ajar anak belajar berpuasa yang aku gunakan beberapa tahun ni.. nampaknya cara ni agak berkesan untuk anak-anak aku yang bertiga awal ni.. setakat ni berjaya la untuk 3 orang tu.. untuk adik hadi belum tau lagi la.. Cara Ajar anak belajar berpuasa aku akui la nak latih anak belajar berpuasa ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi pada ibu bapa.. betul la kata orang, kita yang membentuk anak dari acuannya.. macam jugak berpuasa ni.. walaupun tak diwajibkan untuk anak-anak kecil berpuasa tapi latihan tu mesti la kita mulakan dari awal lagi.. supaya bila sampai umur diwajibkan tu semuanya jadi biasa dan dah tak perlu paksaan dan tekanan.. dalam agama Islam, setiap umat diwajibkan mengerjakan kesemua rukun islam dan memegang kepada rukun iman bagi meneruskan kehidupan.. Rukun Islam ni selalu ditanya dalam temuduga perkahwinan...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

assalamualaikum semua, selamat menyambut ramadhan bagi semua umat Islam... alhamdulillah diberi peluang bertemu dengan ramadhan lagi kali ini... dan semoga ini bukan ramadhan yang terakhir untuk kita semua...amin.. semoga aku boleh memanfaatkan bulan ini sebaiknya....inshaaAllah... malam ni akan bermula cabaran untuk bangun dan memasak makanan bersahur untuk keluarga kecil kami...dan tahun ni kami nak cuba latih abg long bersahur dan berpuasa.. semoga dipermudahkan urusan kami hendaknya...amin... teringat sejak minggu lepas lagi...abg long dah sibuk tanya-tanya... abg long : ummi, bila saya nak puasa ni... semua orang kat tadika nak puasa... aku : tadika mana? (sebab dia ada 2 tadika..pagi tadika kemas.. petang transit) abg long : tadika ustazah la ummi... saya nak puasa ni.. aku : abg long tau ke puasa tu macamana? abg long tak boleh makan... tak boleh minum waktu siang tau... abg long : saya tak boleh minum? macamana saya nanti? (dengan muka panik) aku : siang tak boleh ta...