Cerita Ita: 2015                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2015

Eh...keluar dalam majalah ke?

Assalamualaikum semua, belum cerita kan cerita hot terbaru ni? atau lebih tepat perasan hot...hehehe... cerita dia macam ni... masa bulan oktober lepas ada aku ternampak iklan kat facebook Pa & M a ...dia tulis pasal sesiapa yang ada pengalaman pertama kali menghantar anak ke taska atau pengasuh dan nak pengalaman dia dikongsi bersama pembaca boleh email ke alamat email yang diberi pada iklan tu masa tu... dan aku pun gatal-gatal la tangan menaip email mengenai pengalaman menghantar anak-anak... tak ku sangka dipilih pulak untuk dimasukkan ke dalam slot pembaca tu....dan dengan rasminya keluar dalam Majalah Pa & Ma Keluaran Bulan Disember 2015 ...alhamdulillah... cuma yang agak mengecewakan aku terlambat menghantar gambar untuk dimuatnaik bersama pengalaman tersebut dan gambar yang disertakan oleh penerbit adalah gambar yang sedia ada dalam blog...pun boleh la... dari takde muka kan... hehehe.... meh cer acu tayang sikit keratan majalah tu jom.... ecece.......

50 Nama anak @ bayi popular di Malaysia tahun 2015

assalamualaikum semua, teringat dulu ada jugak pernah aku tulis entry yang sama macam ni..tapi TAHUN 2013 .. dan selepas 2 tahun dan menghampiri akhir tahun 2015 mari kita tengok nama anak @ bayi mana yang paling popular pada tahun ni...mungkin entry ni dapat membantu ibubapa yang sedang mencari nama sesuai bagi anak mereka yang sedang dilahirkan... Ini 25 nama popular bagi bayi lelaki Mohamed +0 Ahmad +2 Amar +0 Adam -2 Ethan last seen: 2010 Umar +4 Aqil -1 Danish +8 Izz new Aidan last seen: 2013 Aish +4 Jayden last seen: 2012 Abdul new Hud new Daniel -2 Noah new Lucas +5 Mikhail -11 Amsyar -11 Yusuf -9 Firash -9 Emir +3 Iman last seen: 2013 Dani new Amir new Ini pulak 25 nama popular bagi bayi perempuan Nor +0 Hannah +4 Aishah +0 Siti last seen: 2013 Zara -3 Puteri +6 Nurul +9 Sophia -3 Sara last seen: 2013 Dhia +0 Alya last seen: 2013 Nayla new Arianna +5 Keisha last seen: 2013 Ainul new Ayra new Alicia -13 ...

Hari Anugerah

assalamualaikum semua, di sana sini orang sibuk cerita pasal hari anugerah anak-anak... alhamdulillah... sesi persekolahan dah berakhir untuk tahun 2015 ni... tahun akan datang tentunya akan lebih mencabar... walau apapun yang berlaku jangan berhenti menyayangi dan memberi dorongan sebaiknya kepada semua anak-anak amanah Allah ni... pagi tadi kami antara orang yang sangat gembiri kerana diberi peluang untuk melihat kejayaan anak menaiki pentas sebagai sebuah penghargaan atas usahanya untuk mendapatkan tempat terbaik di dalam kelasnya... alhamdulillah syukur... senyum meleret anak bujang tu hari ni... tahniah abg long... gambar nanti aku share sekali dengan gambar konvo abg ngah dan kakak husna hari ahad nanti... insyaAllah kalau dipanjangkan umur... di awal pagi tadi dalam kegembiraan nak menghadapi hari istimewa abg long...aku belek keputusan abg ngah dan kakak... kakak macam biasa tanda ikut suka...hahaha... abg ngah pulak banyaknya benda yang terbalik... mengingatkan ...

Promosi Tiket Zoo Negara Bersama Bonuslink 2015-2016

assalamualaikum semua, pagi tadi ada dapat email dari Bonuslink...selak-selak ternampaklah ada promosi bagus yang perlu dikongsi dengan semua orang... tapi dengan syarat korang kena ada kad bonuslink dulu baru la boleh melayakkan diri untuk menuntut diskaun tiket ni... menarik kan? ni pulak harga biasa kalau takde diskaun macam kat atas tu... harga tiket biasa tapi kena ingat ye... kena tunjuk mykad dan jugak kad bonuslink untuk melayakkan korang dapat harga tiket diskaun ni... jom cepat... tawaran habis pada 31 Januari 2016... sempat lagi ni nak tunggu diorang repair dulu lebuhraya dari kesan tanah runtuh semalam tu kan... seram tengok gambar runtuhan tanah di Lebuhraya Karak tu... p/s agak emosi dengan orang share tentang ayam kena cucuk hormon...kesian orang yang tak mampu nak beli ayam organik yang mahal2...hmmm...terasa macam nak buat entri je... ada ke yg nak baca?

Kek Apam Susu

assalamualaikum semua, lama tak menulis..terkejar-kejar rasanya sekarang ni.. tahun ni abg long dah naik tahun 2.. abg ngah dan husna masing-masing dah 5 dan 4 tahun dan dah sama-sama masuk ke PASTI mulai tahun ni..tinggal adik hadi masih di pengasuh lama.. alhamdulillah setakat ni mereka semua serasi.. baru perasan rupanya entri pertama di tahun 2015 adalah entri wordless Wednesday.. hehe..maaf la ye..banyak yang nak ditulis tapi tak tertulis-tulis jugak.. ok kali ni kita share resepi kek yang jadi kegemaran anak-anak..sedap jugak kek ni kalau cicah dengan air kopi atau teh..ala-ala bahulu pun ada..macam resepi kek minyak jugak cuma takde baking powder dan minyak je dalam adunan.. Resepi Kek Apam Susu Bahan-bahannya: 1) 4 biji telur. 2) 1 sudu teh esen vanilla 3) 1 sudu besar ovalate 4) 1 cawan gula pasir 5) 4 sudu besar susu pekat 6) 2 cawan tepung gandum 7) Pewarna ikut suka Cara-caranya: - No 1 hingga 5 di blend hingga halus dan kembang. - Selepas itu masukkan t...

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh

assalamualaikum semua, blog ni lama dah sunyi.. sama cuba menyelami rasa sedih mangsa-mangsa banjir di seluruh negara... 2014 memang merupakan tahun yang sangat menguji bagi semua rakyat Malaysia.. tapi sentiasalah berdoa semoga kita semua tetap tabah hadapi semua dan Allah permudahkan urusan kita..amin.. pagi ni keluar je dari bilik air abg long bertanya pasal naik sekolah bila... dah lama sebenarnya soalan yang sama keluar dari mulut abg long..rasanya sebab dia dah puas cuti agaknya..dan dah mula rindu kawan-kawan. dan elok je aku jawab pagi tadi..."sekolah abg long mula 5hb bulan depan..sekarang ni dah 29hb dah pun...cuma tinggal dalam seminggu je lagi.." ceria muka dia bila dengar jawapan aku tadi... tapi bukak je Berita Harian Online hari ni...dapat berita sesi persekolahan ditangguhkan seminggu disebabkan banjir yang melanda seluruh negara sekarang...alhamdulillah..terima kasih atas keperihatinan kementerian pendidikan atas isu banjir ni.. walaupun semingg...

Winter without snow

assalamualaikum semua, seperti ramalan kajicuaca..musim sejuk macam tahun lepas akan bermula lagi di Malaysia ni.. kalau ikutkan dah bermula sejak pertengahan disember tahun lepas yang juga menyaksikan bencana alam terbesar yang melanda negeri kelantan dan pahang.. dan kalau di pahang ni daerah pekan masih tak banyak perubahannya..ada jalan pekan yang runtuh menyebabkan terputusnya hubungan pekan dengan kuantan melalui jalan darat. di kuantan saat ni masih hujan renyai-renyai dan kadangkala lebat sejak semalam..langit masih gelap.. suhu sekarang ni di luar tu 24°C ....sejukkk...macam duduk dalam aircond.. alhamdulillah.. Allah bagi aircond free je.. adakah kita tengah mengalami winter di Malaysia? di bawah ni gambar laluan pekan kuantan yang masih tak boleh dilalui pada 5/1/2015...sumber fb Warga Kuantan.. huwaaa.. macamana n ak balik kampung ni... p/s semoga mangsa banjir di mana berada pun yang tak mempunyai rumah ada tempat berlindung dari hujan dan panas..

balik dulu lah! gi daftar tahun satu sesi 2014..

assalamualaikum semua, konon tak sempat nak update blog kan? hahaha..ambik kau....berturut-turut entry... aku balik dulu la pasal la ni takde elektrik lagi kat opis tu haaa...berasap kau... balik gi singgah daftar sekolah abg long jap... untuk tahun satu sesi 2014.. memana yang ada anak lahir tahun 2007 dan 2008 dah boleh daftar mula 1 Mac 2013 sampai 31 Mac 2013 ni.. bawa surat beranak anak, bil air@api, ic penjaga sekali... daftar waktu pejabat je tau... harapnya petang ada la elektrik...banyak benda nak buat ni untuk esok..adoiiiaiii.. p/s serangan kat sabah masa lagi berlangsung...Ya Allah permudahkanlah urusan mereka...amin..