Cerita Ita: johor                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel johor

Akhirnya aku ditukarkan ke Johor!

Assalamualaikum semua,  setiap hari ada sejarahnya tapi hari ni sejarah yang patut sangat ditulis buat kenangan.. sejarah yang pastinya akan memberi kesan besar buat kami sekeluarga.. kesan positif atau tak tu tak pasti lagi tapinya harapan kami semoga ianya beri impak positif bukan saja buat kami tapi untuk semua orang di sekeliling kami nanti.. ya.. akhirnya aku ditukarkan ke Johor! Akhirnya aku ditukarkan ke Johor!  dah agak lama jugak aku berniat nak berkhidmat di Johor, negeri kelahiranku.. tapi apakan daya bila kita cuma seketul mentimun yang akan selalu digolek-golekkan oleh orang lain.. tapi kali ni aku cuba untuk menggolekkan diri sendiri.. harapnya tak hancur berkecailah nanti.. haha..  sebenarnya aku masih belum naik kerja dari cuti bersalin pun lagi.. ok.. patut dah naik hari semalam lagi tapi aku tambah mohon lagi 2 hari cuti sehingga hari ni untuk temankan adik Nafis Adam ke klinik untuk ambik suntikan bagi bulan kedua dia.. nasiblah kali ni...

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor assalamualaikum semua, tadi aku dah kongsikan  Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Pahang .. dan disebabkan aku ni masih berdarah orang Johor dan akan jugak berulang balik ke Johor bila ada kelapangan untuk menziarahi keluarga kat sana.. jadinya kemungkinan kami untuk berpuasa di Johor tentunya akan ada.. jadi aku rasa aku pun patut kongsikan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor, negeri kelahiran aku ni jugak.. meh tengok jom! ZON 1 : Pulau Aur dan Pulau Pemanggil Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor ZON 2 : Johor Bahru , Kulai, Kota Tinggi, Mersing  Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor ZON 3 : Pontian dan Kluang Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor ZON 4 : Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat ...

Selamat dah seorang lagi adik!

assalamualaikum semua, hai korang.. lamanya aku tak update blog ni.. dah bersawang dah pun.. banyaknya dugaan sejak akhir-akhir ni.. belum lagi dengan adegan berebut hp dengan anak-anak bila sampai rumah.. makanya blog ni la jadi mangsanya.. lama tak berupdate.. padahal punya la banyak aku nak ceritakan kat blog Ceritaita ni.. aku lompat je la pada cerita terbaru ya.. baru ni kami balik kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik lelaki aku yang terakhir berkahwin.. alhamdulillah selesai dah majlisnya hari Sabtu lepas.. selamat pengantin baru Alang!  adik aku ni kalau ikutkan bukanlah yang bongsu lelaki.. yang bongsu lelaki dah ada anak dah pun.. dah nak masuk 3 orang anaknya.. tapi mungkin sebab perwatakan dia yang agak pemalu tu la lambat sikit bertemu jodoh.. tapi apapun aku syukurlah.. dah selamat kesemua 5 orang adik beradik lelaki dan seorang perempuan.. cuma tinggal adik perempuan kami yang bongsu je sekarang ni masih membujang tu.. itu pun masih setia menja...

Jalan-jalan tengok sale di JPO

assalamualaikum semua, hujung minggu lepas kami balik kampung.. sempat la menyinggah kat Johor Premium Outlets yang tengah sibuk sale.. sesaja la jengah JPO ni.. maklumlah.. walau kami ni orang Johor tapi agak jakun jugak nak menyinggah tempat macam ni.. hari tu kami singgah banyak jugak butik.. tapi satu ni yang agak menggugat iman jugak.. kali pertama jejak kaki di JPO Butik Padini tengah promosi jualan murah selama 4 hari aritu.. banyak jugak la yang murah.. baju budak ada yang dijual dengan harga RM9 je.. ada jugak baju yang cantik-cantik berharga RM13-19.. memula tu aku macam teruja jugaklah nak memilih tapi bila aku tengok je barisan orang yang nak membayar tu hati terus jadi tawar..  sebabnya kami sebenarnya nak ambik mak dengan abah kat hospital.. itu tujuan utama sebenarnya datang ke JB ni.. tapi ternampak pulak status kawan kata ada sale jadi singgahlah kejap nak tengok.. tapi ye la sebab dah nak hari-hari kemudian ni agaknya pilihan dah tak banyak sangat...

Sejuknya air di Hutan Lipur Gunung Belumut

assalamualaikum semua, apa korang buat pada cuti sekolah ni dengan anak-anak ? kami balik kampung je.. bukan la sesuatu yang sangat best pun agaknya untuk sesetengah orang tapi bagi kami dah macam best sangat sebab kami dapat pergi ke Air Terjun Gunung Belumut yang baru je dibuka semula! bergambar di hadapan pintu masuk Hutan Lipur Gunung Belumut Sejak kecik lagi aku memang takde sangat pergi ke tempat rekreasi lain walaupun kami tak jauh dari bandar Mersing yang ada pantai.. dan bandar Kota Tinggi yang jugak ada air terjun..  Boleh nampak permandangan gunung ni dari mana-mana area kampung aku ni sebenarnya makin dekat dia melambai kami untuk datang.. Air Terjun Gunung Belumut atau Hutan Lipur Gunung Belumut ni la yang kami selalu pergi waktu musim cuti, musim panas dan waktu tiada bekalan air paip di kawasan kami.. air terjun ni jugak selalu menjadi destinasi kunjungan saudara-mara yang datang bertandang ke rumah mak dan abah.. antara alasan pa...

Setahun berlalu.. tenanglah di sana wahai sahabat..

assalamualaikum semua, pagi ni bila aku bukak ke notification di facebook melalui telefon masa kat rumah mak ni terpandang satu kenangan yang dikongsikan terjadi setahun yang lepas.. kehilangan salah seorang sahabat kami.. arwah Suhaidah Mansor.. satu nama yang masih meniti bibir kami setiap masa rasanya.. aku mengenali sahabat ini sejak dari kami sama-sama bersekolah dulu.. di sebuah sekolah yang kami sayang di Muar, Johor.. persahabatan itu akhirnya dibawa sehingga bila-bila rasanya.. banyak sangat kenangan manis bersama arwah.. dan pada hari ni pada tahun lepas kami kehilangan  seorang sahabat yang sangat baik.. dan selalu berfikiran positif serta sama mengajak kami berfikir positif tentang semua perkara.. arwah pergi setelah beberapa bulan berlawan dengan penyakit kansernya.. aku pun tak sempat berjumpa dengan arwah sebelum pemergiannya.. juga tak dapat hadirkan diri pada hari pemergiannya..  doa dariku untukmu wahai sahabat.. semoga kau tenang d...

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Johor Tahun 1437H / 2016M

assalamualaikum semua,  mesti ada yang pelik bila tengok tajuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri Johor macam kat atas tu kan? hehehe... jangan la pelik... aku tak pernah malu nak mengaku yang aku masih anak jati Johor walaupun sekarang ni sedang mencari sesuap rezeki dari negeri Pahang Darul Makmur...  masih banyak perkara tentang Johor yang aku bawak bersama ke Pahang ni... antaranya makanan tradisi Johor yang memang sentiasa memikat hati... mee bandung, nasi ambeng, otak-otak...hish banyak lagi la... rasa tak tertulis... lagi la pulak bila sampai bulan Ramadhan ni... semuanya bila ditulis dapat bayangkan kesedapannya... al maklumlah... iman nipis... memang banyak menu yang kami akan beli bila kami balik ke Johor bila tiba masa bulan Ramadhan... antaranya ialah murtabak... murtabak yang sangat best tiada tandingan bagi tekak kami ni... sampaikan shah dah tak berapa makan murtabak biasa-biasa yang dijual di sekitar Kuantan ni... nak tunggu balik Johor j...

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing, Johor

assalamualaikum semua, dah lama sebenarnya nak kongsikan pasal tempat best ni... tapi asyik la bila kami pegi je takde rezeki kedai ni bukak.. tapi kami memang dah sedia maklum yang keropok lekor dari kedai ni sedap... sedap gila la sampai kami bersungguh-sungguh nak pegi beli... dan selepas diduga beberapa kali dengan bermacam ujian...antaranya.... kami sampai dah lewat sangat...kami tiba mersing dah malam... kami sampai kedai tak bukak walaupun hari siang lagi... huhuhu.... inilah yang dinamakan rezeki kan? mesti korang pelik macamana aku boleh tau keropok kat kedai ni sedap sedangkan aku sendiri tak pernah berjaya beli lagi kan? hehehe... mesti la sebab aura keropok sedap tu memanggil-manggil... hahahah....sila jangan percaya yang tu... sebenarnya aku tau kedai ni dari adik aku la yang selalu beli kat kedai ni... kira regular customer la gitu....siap dia pesan lagi kalau nak beli jangan beli yang harga rm2 satu...beli yang rm1 je sebatang tu... bukan sebab harga dia lebih ...