Cerita Ita: Shopee                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Shopee

Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

98% Percaya Kuasa Membeli Lokal untuk Memperkasakan Komuniti Kurang Bernasib Baik Assalamualaikum semua, menjelang Hari Kebangsaan ke-67, kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' Shopee mendedahkan suatu trend: rakyat Malaysia semakin bersatu menyokong perniagaan tempatan . 98% responden bersetuju bahawa membeli lokal memperkukuh dan memperkasakan komuniti kurang bernasib baik, mempertengahkan perasaan bangga dan solidariti nasional yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna.  'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024'   Kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' ini meninjau 2,000 pengguna Malaysia dari pelbagai latar belakang, di mana hasil kajian menunjukkan bahawa 15 kali lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyokong usahawan tempatan berbanding jenama antarabangsa. Ini mencerminkan komitmen yang kukuh untuk menyokong jenama dan penjual tempatan. Dengan memilih produk dan perkhidmatan tempatan, pengguna mengiktiraf kualiti dan keaslian baran...

Shopee Dapati 93% Wanita Malaysia Cari Fesyen Muslimah Inklusif

Fesyen Muslimah Inklusif 74% Pengguna Shopee Mengutamakan Pakaian dengan Saiz, Umur, dan Jenis Bentuk Badan Berterangkum Assalamualaikum semua, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan merupakan platform utama yang menyediakan pilihan fesyen Muslimah inklusif. Kajian Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit oleh Shopee mendapati 93% responden mencari pakaian Muslimah dan inklusif di platform, di mana hampir semua responden (98%) menyatakan keyakinan bahawa Shopee dapat memenuhi keperluan mereka untuk gaya ini. Hasil tinjauan ini mengukuhkan kedudukan Shopee sebagai destinasi utama untuk fesyen Muslimah yang memenuhi pelbagai gaya dan jenis bentuk badan. Hampir tiga perempat (74%) daripada responden mengesahkan pakaian inklusif yang menyediakan saiz, umur, dan jenis bentuk badan merupakan keutamaan mereka. Tambahan lagi, 16% mencari pakaian sopan yang sesuai untuk semua aktiviti, menunjukkan keperluan untuk pakaian versatil sesuai dengan gaya hidup mereka. Manakala, 10% me...

Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

  Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live Bukan Sekadar untuk Raya: Bayu Somerset Takrif Semula Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ditubuhkan pada 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang dahulunya bekerja sebagai pegawai bank, melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya didominasi dengan rekaan bersederhana. Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang, warna kulit, saiz, majlis, atau musim.   Sambil menguruskan lima cawangan kedai fizikal, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan...

SKECHERS AND MEW SUPPASIT LAUNCHES SPECIAL COLLABORATION

  KUALA LUMPUR, 14 October 2020 - Footwear brand SKECHERS has launched a special collection in collaboration with Mew-Suppasit Jongcheveevat, SKECHERS Thailand’s Brand Ambassador. Malaysian fans of the Thai actor can now get their hands on the much-anticipated “Mew Collection : The Moon Is Beautiful” exclusively on Shopee from 15 October 2020. SKECHERS AND MEW SUPPASIT LAUNCHES SPECIAL COLLABORATION  The Mew Collection : The Moon Is Beautiful consists of caps, t-shirts, hoodies, jackets, pants and bags, and comes in 4 different colours - black, yellow, white and grey, for customers to mix and match into several different styles. SKECHERS Thailand Brand Ambassador Mew-Suppasit not only conceptualised the idea but also selected the colour scheme and designed the logo of the entire collection. Mew-Suppasit Jongcheveevat , SKECHERS Thailand’s Brand Ambassador said, “It was very exciting to be working with SKECHERS in creating this new line of collection, especially knowing tha...

Duduk Rumah, Shopee Hantar

Duduk Rumah, Shopee Hantar Duduk Rumah,  Shopee Hantar Assalamualaikum semua,  kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Dalam tempoh ini, para pembeli masih boleh mendapatkan barangan penting mereka di Shopee, dan dihantar terus ke rumah melalui kempen 4.4 Shopee Brands Festival dari sekarang hingga 4 April. Platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit dan pembekal seperti FreshTap, Vinda, PetPet, Pediasure, Friso, dan Enfagrow serta Tefal, Watsons, Arctic Hunter, Photobook Malaysia, Unilever, HomeHuk, L'Oréal, realme, P&G dan Reckitt Benckiser untuk meningkatkan bekalan dan memberi pengguna pengalaman membeli-belah atas talian tanpa bimbang. Duduk Rumah,  Shopee Hantar Kempen ini turut menampilkan koleksi produk khas "Stay Home Essentials" atau “Keperluan Ketika Duduk Di Rumah” yang menawarkan barangan runcit segar dan beku, bahan masak...

SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY

SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY  Assalamualaikum semua,  dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna.  SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY  Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangk...

Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta

Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta  Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%. Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta  Sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ini, Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kaji...

Kerjasama Shopee dan honor bagi pelancaran eksklusif honor 9 Lite

Kerjasama Shopee dan honor bagi pelancaran eksklusif honor 9 Lite Telefon pintar honor 9 Lite akan dijual secara eksklusif di Kedai Rasmi honor di platform Shopee pada 9 Mac pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja. Kerjasama Shopee dan honor bagi pelancaran eksklusif honor 9 Lite Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.  ...

Akhirnya Shopee jadi tempat cari dapur baru!

assalamualaikum semua, minggu ni semua laman web shopping online tayang promosi sempena hari gaji..  tak kurang jugak kawan-kawan yang tunjuk hasil dapatan belian masing-masing..  haha.. aku pulak kebetulan dapur yang kami guna selama hampir 7 tahun lamanya tu dah mintak berehat.. abis runtuh dah tungkunya.. jadi aku ambik peluang jugaklah nak cari pengganti.. jadi secara tak langsung akhirnya Shopee jadi tempat cari dapur baru!  Akhirnya Shopee jadi tempat cari dapur baru!  kalau ikutkan kami nak je repair dapur yang ada kat rumah ni untuk berjimat.. tapi apakan daya rasanya memang dah tak mampu lagi dah nak bertahan dapur tu.. ni pun kami tengah fikir apa nak buat dengan dapur lama.. sayang pulak kacanya masih utuh.. cuma tungku je yang tak dapat nak ditolong lagi.. dapur lama tu ada 3 tungku,  2 tungku besar dan satu tungku kecik kat tengah-tengah.. yang dah runtuh tu yang 2 tungku besar kat tepi dua-dua tu la..  yang dah runtuh tu bukan t...

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari 2018. assalamualaikum semua, haa.. siapa kat sini suka shopping kat Shopee?  baik ngaku..  hehehe pasal boleh geng dengan aku.. tadi pun aku selamat terima cerek letrik.. murah dan berbaloi la beli.. harga kat luar dekat RM50 jugak tu.. aku dapat dalam harga lebih murah.. eh tu nanti aku cerita kat entri lain la.. kali ni aku nak kongsikan berita baik bagi pengunjung tetap Shopee..  berita yang patut korang tau..  Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari rasanya ramai dah tau yang Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tuna...