Cerita Ita: kahwin                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kahwin

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7

assalamualaikum semua, hari ni 24hb Jun 2013 merupakan hari yang sangat istimewa untuk kami... 7 tahun yang lalu.... tanggal 24hb Jun 2006... 7 tahun yang lalu kami selamat diijabkabulkan... terasa macam kejap je masa yang berlalu....kan bang? dalam sibuk kita pejam celik... pejam celik... gaduh...gaduh... tetiba dah 7 tahun... hehe... semoga perjalanan hidup kita yang masih jauh ini diperlihara oleh Allah dari segala keburukan dan semoga kita sama-sama boleh menjalankan amanah yang digalas di bahu kita sebaik-baiknya.... dan semoga hidup kita yang ketika ini ditemani anak-anak yang sangat comel sentiasa berbahagia hingga ke syurga....amin... meh layan gambar kami masa dolu-dolu.... di hari pernikahan 24 Jun 2006   di hari persandingan 22 Julai 2006   ni pulak gambar masa kini..... gambar terbaru 30 Mei 2013 .... kejap je keluarga "berkembang" kan?   p/s ada sesiapa nak tambah komen? hehehe....

Nak mintak tolong boleh?

assalamualaikum semua, semua sihat hari ni? aku, alhamdulillah masih sihat cuma hati tak berapa sedap je tengok hari gelap semacam je kat luar tu.... risau kalau hujan terus macam hari tu...akan jadi bah semula di kuantan ni... pelik kan sebut "bah"? biasa kita sebut banjir.... tapi korang tau tak sebenarnya banjir tu bahasa jawa dan bah itulah sebenarnya bahasa melayu yang sebenar....ini mak aku yang cakap la... pasal mak aku jawa kan? anak dia tak pandai cakap jawa dah pasal dah jadi PAN ASIA.... haaa...mesti dah ada yang cakap aku ni perasan pulak ni kan? tolong sikit ye.... Melayu + Jawa = bukan PAN ASIA (perkahwinan antara orang asia) ke tu? heeeee..... mesti ramai yang tak tau....lebih-lebih lagi generasi yang muda-muda belia lagi ni kan.... ok... tengok ni apa yang aku dapat dari kamus dewan tentang bah dan banjir ni... banjir 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah , air bah : kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir y...

Cuti Kahwin di Raub?

salam sejahtera semua, sempat lagi aku buat entry sebelum balik ni... saje nak bagitau korang yang kami akan ke raub hujung minggu ni.... bukan nak kahwin lagi sekali ok... yang dulu tu masih sah.... juga bukan nak menghantar shah kahwin sekali lagi.... tidak la muka aku nak ngantor kan... kalau dia nak pegi sendiri! hihi..... sila baca sambil angkat kening ye... kami sebenarnya nak menghadiri kerja kahwin sedara shah kat sega... eh sega tu area raub ke lipis ek? aku selalu la confius... kawasan dia tu cam dekat-dekat je... mana sempadan ntah.... jadi aku nak minta jasa baik korang tolong doakan kami selamat dalam perjalanan pergi dan pulang kami ye.... kalau ada duit lebih nak je aku ambik cuti hari isnin terus lajak ke Cameron Highlands kan?.... boleh bang...?eheeeemmmm... p/s aku dah mula intai-intai tempat menarik kat raub ni... antaranya kedai borong tudung...ahahahai....korang ke mana pulak wei?? dah macam org pahang pulak dah aku ni....

Memilih Bulan Islam Untuk Berkahwin

salam sejahtera semua, bersempena kami nak balik kampung malam ni....yahuuu...eh... kami nak balik sempena adik aku yang nombor 6 akan berkahwin hujung minggu ni... yang paling tinggi tu acik..so ada 2 lagi available ok.. adik aku atau kami panggil acik dah 26 tahun dah tahun ni... wah dah besor panjang ko ye dik...kejap je rasanya ko dah besar... esok majlis pernikahan akn dilangsungkan... aku belum pasti lagi lepas solat jumaat ke sebelum ye...wah teruk akak ko ni dik... esok ko cerita dengan akak pepagi ye dik.. akan ku update esok ye kekawan.... hah... sempena nak cuti sekolah ni kan.... dan juga cuti hari perayaan yang banyak hujung tahun ni... mungkin ada antara korang atau adik beradik korang yang nak kawin tapi masih pilih-pilih tarikh yang sesuai dalam bulan islam kan? haaa.... aku ada cadangan cuba korang klik kat sini 'Pernikahan Dalam Bulan Islam' kat situ insyallah ada info yang boleh membantu.... p/s tak sabar nak balik... nak bawak cendawan, ...

welcome back!

salam semua, kejap je dah hari rabu ye? pejam celik pejam celik dah berganti hati... berganti minggu... berganti bulan... lama dah tak update blog ni... baru ni kan aku ada cakap kat korang semua yang aku balik kampung kan.... hujung minggu yang agak meletihkan.... memang sebenarnya bulan ni bulan yang meletihkan... bulan ni la kami sebok nak uruskan rumah dan pemindahan barang2 rumah.... bulan ni sebok jugak beli semua persiapan untuk rumah baru kami.... bulan ni juga sama sibuk untuk persiapan pernikahan dan majlis menyambut menantu kat rumah mak abah kami di johor... letih sangat2 setiap minggu ada program dah plan... bukan setakat setiap minggu tapi setiap hari la....tapi apa nak buat kan hidup mesti diteruskan.... dan perancangan yang dah dirancang pun kena sama berjalan seperti yang dirancang.... cerita pasal nikah... alhamdulillah adik aku, uda yang selama ni kami kenal sebagai orang yang pendiam dan susah nak bergaul akhirnya sah menjadi suami orang dengan satu lafaz akad n...