Cerita Ita: Muslimah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muslimah

Shopee Dapati 93% Wanita Malaysia Cari Fesyen Muslimah Inklusif

Fesyen Muslimah Inklusif 74% Pengguna Shopee Mengutamakan Pakaian dengan Saiz, Umur, dan Jenis Bentuk Badan Berterangkum Assalamualaikum semua, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan merupakan platform utama yang menyediakan pilihan fesyen Muslimah inklusif. Kajian Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit oleh Shopee mendapati 93% responden mencari pakaian Muslimah dan inklusif di platform, di mana hampir semua responden (98%) menyatakan keyakinan bahawa Shopee dapat memenuhi keperluan mereka untuk gaya ini. Hasil tinjauan ini mengukuhkan kedudukan Shopee sebagai destinasi utama untuk fesyen Muslimah yang memenuhi pelbagai gaya dan jenis bentuk badan. Hampir tiga perempat (74%) daripada responden mengesahkan pakaian inklusif yang menyediakan saiz, umur, dan jenis bentuk badan merupakan keutamaan mereka. Tambahan lagi, 16% mencari pakaian sopan yang sesuai untuk semua aktiviti, menunjukkan keperluan untuk pakaian versatil sesuai dengan gaya hidup mereka. Manakala, 10% me...